Tree Top Walk di Sungai Sedim | Assalamualaikum... hangpa dah baca kan trip meredah jeram yang chek pos kelmarin? Di Sungai Sedim tu juga ada jambatan gantung atau canopy walk.
Jambatan ini dikatakan yang terpanjang di dunia, 925m dan titik paling tingginya 26.5m dari lantai hutan. Dengan kedudukannya di tengah Hutan Lipur Sungai Sedim, berjalan di atas Tree Top Walk ini sangat mendamaikan dengan bunyian unggas dan deruan air sungai di bawahnya yang direntasi sebanyak dua kali. Yang menariknya ia dibina di dua daerah, permulaannya berada di daerah Kulim manakala di seberang sungai daerah Baling.
**EDIT**rekod laluan silara ini telah dipecahkan oleh Jerman dengan panjang 1250m, di Bavarian Forest National Park (Bayerischer Wald)
**EDIT**rekod laluan silara ini telah dipecahkan oleh Jerman dengan panjang 1250m, di Bavarian Forest National Park (Bayerischer Wald)
Pembinaan jambatan gantung ini mengambil masa selama 14 bulan dan siap pada 2005. Ia berbentuk segiempat tepat dan diperbuat daripada tiang dan kekuda keluli yang keseluruhan beratnya 422,214kg. Demi menjaga kelestarian alam, hanya lori kecil dibenarkan naik sehingga ke tapak pembinaan. Lori besar dan treler hanya boleh diparkir di bawah untuk meminimakan kemusnahan flora dan fauna. Dua kali kerja mereka kena buat, dari treler pindah ke lori kecil kemudian diangkut pula ke aras yang lebih tinggi di Hutan Lipur Sedim.
Oleh kerana ia sangat kukuh dan berdiri sendiri, ia tidak berbuai sewaktu kita melaluinya. Ia juga tidak merosakkan pokok yang berusia 50-100 tahun. Nak bawa anak-anak pun kita tak bimbang kerana ciri keselamatan memang dititikberatkan dari awal proses rancangan pembinaannya.
Hanya 10 orang dibenarkan berada di antara satu satu stesen walaupun jambatan gantung ini mampu menampung lebih daripada itu. Semua ini dilakukan untuk menjaga ketahanan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

MENIMBA ILMU DI DALAM HUTAN
Kumpulan kami beruntung kerana dipandu oleh Nature Guide. Beliau menerangkan tentang hidupan yang ada di sana, kegunaannya, jangka hayatnya dan berbagai lagi.
Berada pada sudut pandangan mata burung kita boleh nampak pokok tualang yang tinggi menjulang. Ia pilihan lebah membuat sarang kerana ketinggiannya tidak memungkinkan untuk diancam oleh beruang matahari. Walaupun dari segi khasiat madu kelulut dikatakan lebih baik, kesukaran mendapatkan madu tualang menyebabkan harganya tinggi. Pernah tengok dokumentari pengambilan madu tualang tak? Too advanturous and dangerous. Beragaklah ya dalam tawar-menawar harga bila berhasrat membelinya kerana pemungut madu lebah bersabung nyawa untuk mendapatkannya.

Sambil berjalan tu kami sempat mempelajari tentang pokok meranti (shorea) yang termasuk dalam segmen kayu keras. Pokok meranti berketinggian 30 hingga 70 meter dengan batang yang lurus dan bulat. Kulitnya jika dibakar berbau seperti kemenyan. Bunga meranti ada tiga hingga lima kelopak/sayap. Bila kita lepaskan ia berpusing seperti helikopter sebelum jatuh ke tanah sehinggakan kami yang tua bangka ni pun exited, apatah lagilah bebudak.
Resin atau damar daripada pokok meranti dahulunya digunakan untuk menampal lubang/rekahan di perahu. Sekarang ia digunakan dalam pembuatan cat, varnis, lakuer, pengilat, kosmetik, farmaseutikal dan industri pergigian serta linoleum.
Di dalam hutan lipur ni ada juga pokok buah berangan. Pokoknya besar dan tinggi tetapi buahnya bermusim.
Kami juga beruntung dapat melihat ular kapak yang kekenyangan tengah dok melepak atas daun dah tak larat bergerak. Tupai kot dalam perutnya.
Satu lagi ilmu baru yang aku dapat, rupa-rupanya kita boleh memancing hanya dengan menggunakan rotan seperti di bawah. Iye... rotan yang pengetua tibai pungkok hang dulu 😁... tapi ini hat kecik.
Satu lagi ilmu baru yang aku dapat, rupa-rupanya kita boleh memancing hanya dengan menggunakan rotan seperti di bawah. Iye... rotan yang pengetua tibai pungkok hang dulu 😁... tapi ini hat kecik.
Jomlah sama sama kita melawat Tree Top Walk sempena #VisitMalaysia2020 . Bila kita dah sampai barulah boleh bercerita dengan yakin kepada pelancong dalam dan luar negara. Lagipun memacam aktiviti kita boleh buat di sini.
Tips supaya tidak pening:
Bila berjalan tu pandang ke hadapan bukan lantai jambatan. Pandang ke pokok di bawah sana okay je.
Aktiviti yang dijalankan di Tree Top Walk:
Aktiviti yang dijalankan di Tree Top Walk:
Canopy walk
Night walk
Merentas hutan (jungle trekking)
Flying fox
Abseiling
Rakit redah jeram
Merentas sungai
Tubing
Kem bina semangat (team building) dan lain-lain lagi
Fasiliti yang disediakan:
1. Dormitori / 2 bilik persendirian
2. Bilik solat
3. Tapak perkhemahan
4. Bilik seminar
5. Dewan terbuka
6. Kaunter informasi TTW
Harga tiket masuk:
Dewasa RM10, masih kekal sejak dibuka tahun 2006 dahulu.
BAGAIMANA UNTUK KE SEDIM?
1. Memandu sendiri.
Dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tu sila keluar di Seberang Jaya dan masuk ke Butterwoth-Kulim Expressway (BKE), terus menuju ke Kulim Hi Tech Park lansung ke Karangan.
2. Kalau naik KTMB ETS, stesen terdekat Sungai Petani.
Seronok naik keretapi, takdelah kebaih pungkok duduk je. Pemandangan pun menarik. Selain tu kita akan melalui terowong keretapi terpanjang di Malaysia, sepanjang 3.1km di Bukit Berapit, berhampiran Bukit Gantang, Perak. Dalam ETS kantin ada.. surau ada.. tandas pun selesa. Cuma tu lah masih ada yang tak berapa reti menggunakannya, habis basah lantai.
3. Kalau naik bas, boleh turun di Kulim/Sungai Petani/Butterworth
Banyak bas ke tiga stesen ni setiap hari tapi jangan kau percaya perjalanan enam jam dari TBS ke Kulim. Dua bulan lepas aku naik bas pagi KL-Kulim 8 1/2 jam baru sampai. Hawau.
Pengangkutan dari/ke stesen bas/keretapi Kulim/Sungai Petani boleh diurus dengan dua syarikat di bawah dengan bayaran tertentu. Kena ada prior arrangment lah, Stesen Keretapi Sungai Petani tu 40 minit dari Sedim.

Sila hubungi mereka jika terdapat sebarang pertanyaan:
Syarikat Perusahaan Azam Travel Sdn Bhd
15C, Bangunan PKNK
Jalan Tuanku Abidah
09000 Kulim
Kedah
Tel : +604 4901588
WA : +6019 4501588
Facebook: The Tre Top Walk Sg Sedim
Jomlah! Negara sendiri tak kurang cantiknya dan #dekatje
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.