Arab Saudi keluarkan e-visa melancong dan umrah TANPA mahram | Berita baik 😍😍😍 Jika selama ini pelancong asing yang memasuki Arab Saudi terhad kepada pekerja pemastautin dan tanggungan mereka, pengembara perniagaan dan jemaah Muslim yang diberi visa khas untuk melawat Makkah dan Madinah, ianya telah berubah sejak empat hari lalu.
Dasar tertutup yang diamalkan negara Arab Saudi yang merupakan ekonomi terbesar rantau Arab semakin berubah dibawah pentadbiran Raja baharu.
Langkah untuk "membuka" Arab Saudi kepada SEMUA orang adalah satu daripada agenda utama program reformasi Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai persediaan berdepan zaman selepas era minyak dan menarik syarikat asing untuk melabur dalam sektor berkenaan yang diharapkan dapat menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Foto esqtours.com
Pengumuman Kali Pertama
Pengerusi Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) Ahmed al-Khateeb mengumumkan buat pertama kali pada Jumaat lalu, visa pelancongan yang akan dikeluarkan melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi di seluruh dunia bermula 28 September 2019.
Pelancaran visa pelancong Arab Saudi telah dibuat di tapak Warisan Dunia UNESCO di Diriyah, Riyadh, Arab Saudi. Rakyat dari 49 negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Denmark, Itali, Jerman, Singapura, Brunei dan semestinya Malaysia layak memohon visa pelancong secara dalam talian (e-visa) yang boleh selesai dalam masa 30 minit sahaja.
E-Visa ini sah laku selama setahun, multiple entry dan membenarkan seseorang pelancong untuk berada di negara tersebut selama 90 hari.
Kod berpakaian bagi wanita asing juga dilonggarkan iaitu tidak perlu keluar dengan memakai abaya, yang masih menjadi mandatori kepada wanita tempatan. Bagaimanapun, wanita asing perlu mengenakan pakaian sopan. Alkohol pula tetap diharamkan.
*Kawan aku yang bekerja di sana kata sekarang pun dah tak strict sangat pemakaian abaya ni.
Kadar Visa Melancong
SAR440
SAR350
Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan pemansuhan bayaran RM2,300 (SAR2,000) kepada jemaah yang ingin mengerjakan umrah berulang setiap tahun.
19 Peraturan Yang Perlu Dipatuhi Pelancong Ke Arab Saudi
Peraturan bertujuan memastikan pengunjung dan pelancong mematuhi undang-undang membabitkan tingkah laku orang awam. Polis Arab Saudi mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memantau kesalahan dan mengenakan denda.
Denda akan dikenakan sekiranya orang ramai melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, diantaranya:
- berpakian tidak senonoh
- mempamerkan kasih sayang di tempat awam (love affections)
- membuang sampah
- meludah
- memotong giliran beratur
- mengambil gambar dan video tanpa kebenaran individu terbabit
- bermain muzik ketika waktu sembahyang
Kadar denda yang dikenakan adalah antara 50 riyal (RM55.75) hingga 6,000 riyal (RM6,691).
Ura-ura untuk mengeluarkan visa melancong ini telah kedengaran sejak awal tahun ini lagi. Pada 9 Januari lalu Menteri Media, Dr. Awwad Saleh al-Awwad berkata, pihaknya berharap langkah terbabit akan membantu Arab Saudi membuang imej negaranya yang kurang mesra disebabkan oleh iklim sosiobudaya.
Namun begitu pada pendapat aku, eloklah pergi bersama mahram buat masa ini (boleh rujuk artikel ini- bukan untuk haji umrah sahaja). Dengan kepelbagaian bangsa dan warganegara yang bekerja di sana bimbang juga dengan kejutan budaya ni kan?
YOU yang belum ada 'imam' tu, bolehlah merancang mengerjakan umrah dari sekarang.
Berita berkaitan di sini, sini dan sini.
Nota:
Berita berkaitan di sini, sini dan sini.
Nota:
Statistik yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun 2019 menunjukkan Malaysia sudah menghantar 274,066 jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini, which is secara purata 15,226 orang sebulan.
1 Comments
Alhamdulilah....bolehlah mereka wanita yang nak pergi umrah atau haji tidak perlu nak tunggu mahram kan...
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.