Tempat-tempat menarik di Setiu, Marang dan Kuala Terengganu | Hah...kita tapaw tiga sekaligus daripada lapan daerah yang ada di Terengganu. Walaupun bukan semua masuk percuma tetapi berbaloi dari segi sejarah, penghayatan dan pengalaman.
Negeri Terengganu ini luas. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara Besut (yang bersempadan dengan Kelantan) ke selatan, Kemaman yang bersempadan dengan Pahang. Sepanjang jalan pesisir pantai banyak sekali perkampungan nelayan yang dihiasi ribuan pohon kelapa. Walaupun banyak, buah kelapa masih tidak mencukupi kerana banyak digunakan dalam pembuatan serunding dan dodol. Perikanan menjadi sumber perkonomian utama Terengganu selain hasil petroleum.
Rata rata orang Terengganu berhidung mancung dan bersifat ramah, mungkin kerana mereka telah terbiasa dengan kehadiran pelancong dan pelawat. Lagipun adab Melayu itu kan memuliakan tetamu? Dari segi dialek mereka menambah huruf "g" atau " ' " di belakang perkataan. Contohnya makan jadi makang, lapan jadi lapang dan gelam jadi gelan'. Actually aku google nama pokok gelam sewaktu buat artikel lepas sebab aku tak dapat tangkap apa perkataan sebenar yang tour guide kami En Nazirul sebut 😃😃. Dia sebut "gelang" ke? heheh..
Negeri ini banyak objek dan lokasi menarik yang boleh diabadikan dalam bentuk foto dan video. Banyak sangat gambar yang awesome dikongsikan orang sana tak kiralah yang berstatus jurugambar profesional atau orang biasa macam kita yang semua ada smartphone ni. Setakat ini sungai dari Besut yang bersempadan dengan Kelantan hingga ke Kemaman yang bersempadan dengan Pahang dikatakan masih tidak tercemar dengan isu pembalakan. Tak hairanlah kawasan air terjunnya dan sungai tempat berkelah dan membuat aktiviti air seperti berkayak sentiasa dikunjungi ramai.
Bebaru ni deme dok share gambar hiking kat Bukit Maras dan Gunung Sarut pulok doh. Dalam MHI semalam pegawai tu kata nak buat zipline di Jambatan Angkat pula. Nak kene gi Ganu lagi nampaknya nih.
Bila dah sampai Terengganu ni lupakanlah seketika lauk ayam. Alang alang dah sampai bergasaklah makan seafood hingga puas, murah dan segar. Ikan dan sotong celup tepung di Pantai Tok Kite pun sedap gak. Nasi dagang, nasi kerabu dan nasi kuning merata orang jual. Keropok lekor (kepok gete) jangan dilupa... sedap baq hang, banyak ikan daripada tepung. Yang anak aku selalu beli kat rumah ni bila sejuk rasa chewing gam habis gula. Musykil gak, dok makang ikang hari hari pong lebih 10 peratus budok umor 10-17 tahung overweight dan obes, guane ni boh?
Dah dah, jom kita tengok tempat-tempat yang kita mungkin belum pergi di tiga daerah ni.
Ada apa di Setiu?
1) Terrapuri Heritage Resort
Kampung Mangkuk, Setiu.
Berada di sini seperti berjalan di dalam kerajaan dahulu kala. Walaupun ia tidaklah sehebat Bagan, resort lima bintang ini menjanjikan suasana yang berlainan.
Kampung Mangkuk, Setiu.
Berada di sini seperti berjalan di dalam kerajaan dahulu kala. Walaupun ia tidaklah sehebat Bagan, resort lima bintang ini menjanjikan suasana yang berlainan.
Rumah lama berusia puluhan dan ratusan tahun ini dibeli dari pemiliknya di sekitar Terengganu dan dipasang semula di sini. Diberikan nama berdasarkan tempat di mana ia diambil, ia dibiarkan dalam keadaan asal tanpa diwarnakan. Rumah je lama tapi katil, tilam, tab mandi dan peralatan lain baru dan moden.
Pemilik Terrapuri seorang yang sangat mendalam pengetahuannya tentang budaya Melayu. Mendengar penjelasan dari beliau mengenai Terrapuri membuatkan aku termalu sendiri, betapa sedikitnya pengetahuan berbanding Cina Peranakan ini. Kapsyen di instagramnya pun, walau ringkas tetapi menggunakan Bahasa Melayu yang halus dan berseni.
Beliau juga sangat menghargai barangan lama yang semakin sukar didapati. Diantara hiasan di dalam resort ialah alat mencetak batik dan gobok pakaian. Sebahagian lagi dipamerkan di restorannya, Terradala.
Bercuti di sini sememangnya untuk merehatkan badan dan minda dengan suasana perkampungan di tepi laut yang indah dan nyaman. Di depannya Laut China Selatan manakala di belakang pula sungai yang dihiasi pokok bakau. Menurut pemilik, tetamu warga eropah akan menghabiskan masa mereka di resort hanya dengan membaca buku dan berenang.
Kalau nak buat lawatan pun boleh dengan bayaran RM22 seorang sejam but pre arrangement is needed. I'll make special post about this resort later.
Kg Penarik Baru, Setiu.
Bermula dengan perasaan bimbang kaki pengunjung mungkin terluka akibat terpijak serpihan botol kaca di pantai, Tengku Mohd Ali atau Ayah Ku mula membeli botol terbuang dari penduduk kampung. Sehingga kini beliau telah mengumpul 7,000 botol termasuk yang hanyut ke pantai dan yang berikan orang ramai.
Selain botol terdapat juga mug yang mula dikumpul seawal 1976 lagi ketika beliau mengusahakan resort kecil di Pulau Kapas. Boleh tengok kat my IG for video.

Surat yang terdapat dalam sebuah botol kaca. Mujur Yvonne boleh membaca tulisan Cina dapatlah kami tahu apa yang tertulis. Lama juga botol tu hanyut.
3) Dusun Warisan
Pelong, Sungai Tong
Dusun buah-buahan tempatan seluas 20 ekar ini menawarkan pengalaman makan buah sambil mandi sungai, dengan kadar RM50 seorang. Rasanya berbaloilah dengan harga tu sebab durian isi tebal lemak berkrim tu je pun dah berapa ringgit sekilo. Kalau nak makan rambutan, rambai, duku, dokong, langsat, salak, manggis dan banyak lagi boleh petik sendiri je... pokok rendah dah berbuah lebat.
Di luar musim, pengunjung boleh saja berkelah dengan bayaran hanya RM10 seorang. Nak berkhemah pun boleh. Berkhemah berkhemah... berkhemah sama si Nopal.
4) Pantai Penarik

Antara pantai indah di Terengganu.
Ada apa di Marang?
1) Kampung Jambu Bongkok, Tanah bris @bris sand dan Pulau Kekabu yang insta worthy. Baca di sinilah ye.
1) Kampung Jambu Bongkok, Tanah bris @bris sand dan Pulau Kekabu yang insta worthy. Baca di sinilah ye.
Mengalunkan lagu tradisional dengan alat muzik moden. Ketiga-tiganya pemuzik dari jabatan berbeza. Jemput untuk kenduri kahwin bagus ni.
2) Pulau Kapas berada di daerah Marang, 6.5km di tengah laut. Jika mahu ke sana sila naik bot di Jeti Marang atau ambil pakej lengkap sehari dengan harga berpatutan ke sana.
3) Kilang pemprosesan nisan nira (nira kelapa) di Kampung Batangan. Yang asli RM4-5 sekeping. If people sells less than that most probably bercampur gula pasir. Yang asli cair di mulut.
4) Bumi Marang ada banyak emas malah ada lombong emas yang beroperasi. Kepada mereka yang ingin membuat kajian boleh berurusan dengan syarikat tersebut. Kini tiada lagi lesen persendirian dikeluarkan (kini lesen diberikan kepada Ikhtisas) sejak kes di Rusila dulu, ia telah jadi milikan kerajaan. Bak kata jemaah Twitterjaya, kalau jumpa pokok ganja belakang rumah baru kau punya, kah!
**Kalau nak tahu, sepanjang 7km jalan dari Kampung Jambu Bongkok ke Kuala Abang (Rantau Abang) merupakan tempat penyu belimbing mendarat. Itu dululah, sekarang penyu belimbing dah pupus.
Ada apa di Kuala Terengganu (Bandaraya Warisan Pesisir Air)?
1) Rumah Warisan Haji Su
Lot 7181, Losong
Rumah bekas milikan pedagang kaya di Losong ini mempamerkan keindahan serta keunikan pertukangan Melayu. Rumah ini sangat besar berbanding yang sezaman dengannya, bagaikan sebuah istana lama.
Dibuka setiap Sabtu hingga Khamis dan cuti am dari 9 pagi - 5 petang. Masuk adalah percuma.

2) Pembuatan kapal di Losong dan Pulau Duyung
Sesiapa sahaja yang mengatakan bangsa Melayu lemah dan malas, mereka perlu lebih banyak membaca. Sewaktu diserang Potugis pun Tanah Melayu dah ada meriam bukannya berperang dengan keris sahaja. Sila rujuk Muzium Malawati sana.
Walaupun mungkin tiada orang Melayu yang membuat jarum, Melayu di Terengganu sejak lama dahulu telah mampu membina kapal layar dan dagang. Malah sehingga kini mereka masih mendapat tempahan dari dari dalam dan luar negara. Ini fakta, pernah disiarkan di tv dan akhbar.

Seni yang hampir pupus ditelan zaman. Daripada 40 pengusaha kini hanya tinggal dua di Kampung Ladang. Jika ingin melihat kena tanya pemiliknya dahulu ya, mungkin untuk kumpulan dari universiti atau pertubuhan tertentu dibenarkan.
Selain perhiasan tembaga, batik juga dijual di sini. Batik pasang + tempah RM150 je uols.
4) Masjid Sultan Ismail @ Masjid Raja di Chendering
Masjid di Jalan Kuala Terengganu-Marang 10km dari bandar Kuala Terengganu yang beroperasi semenjak 2011 ini mampu menampung 2000 jemaah. Masjid berwarna putih keseluruhannya ini sangat indah dengan ukiran lebat melarat. Ambillah peluang untuk solat di sini jika ke Kuala Terengganu... 2km je dari Masjid Terapung Kuala Ibai tu.
5) Warisan Sari, Kampung Tok Jembal
Tujuan penubuhan kumpulan ini ialah untuk memelihara warisan seni negeri Terengganu seperti muzik gamelan, tarian dan songket. Hanya di sini muzik gamelan di mainkan di bangunan persendirian setiap Jumaat dan Sabtu (latihan).
Peralatan gamelan diperbuat daripada tembaga bersaiz besar dan mahal. Kostum juga memerlukan kos yang tinggi. Aset paling penting di sini ialah jurulatih berpengalaman dan ahli kekal demi mempertahankan kelansungan seni budaya ini. Di sini golongan lama yang berpengalaman puluhan tahun dikumpulkan untuk mencurahkan pengalaman termasuklah seorang bekas penari istana yang diangkat sebagai resident choreographer.
Kami bernasib baik dapat berjumpa Puan Wan Salmah Sulaiman, penyanyi asal lagu Ulik Mayang yang ditulis oleh Tuan Haji Mazlan. Waktu tu beliau menyanyikan lagu lain tetapi suaranya masih lunak, menyanyi sambil duduk je.
Jika berminat untuk menonton atau terlibat kena request in advance. Kalau datang dengan group 30 orang ke... mereka bersedia untuk membuat persembahan.

Jambatan unik sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu kini menjadi mercu tanda baharu dan tarikan pelancongan ke negeri ini.
Ia adalah sebahagian daripada projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan sebahagian komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).
Cara yang lebih menarik untuk melihat jambatan ini dari dekat ialah dengan menyelusuri sungai menggunakan Terengganu River Cruise bermula dari Taman Tamadun Islam. Tambangnya hanyalah RM24.10 seorang dewasa dan RM17.80 bagi kanak-kanak/warga emas.
7) Pasar Baru Kedai Payang
Jangan lupa juga singgah Pasar Kedai Payang (macam mustahil je nak lupa heheh..). Pasar yang baharu ni lebih lapang, teratur dan selesa, tandas duduk pun ada. Sebelum ke Pasar Payang, makan dulu penuhkan perut. Bukan apa, bila duit banyak perut pula lapar, shawl yang akak penjual tu pakai pun kau berkenan hahahah... sungguh!
Pasar Payang tempat perabih duit 😁
Ini baru sebahagian je... banyak lagi yang menarik di Terengganu ni. Pakat maghi Tranung blake bohh..! Negeri cantik budaya menarik.
8 Comments
wahhh,, rupanya banyak juga tempat menarik dekat terengganu ye ^^
ReplyDeletehttps://www.nurulsyahirah.com/2019/08/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html
mmg best ke terengganu. rindunya trip terengganu ni
ReplyDeleteuntunglahhh
ReplyDeleteinstagram beğeni satın al
ReplyDeleteyurtdışı kargo
seo fiyatları
saç ekimi
dedektör
fantazi iç giyim
sosyal medya yönetimi
farmasi üyelik
mobil ödeme bozdurma
Good content. You write beautiful things.
ReplyDeletekorsan taksi
vbet
mrbahis
hacklink
hacklink
mrbahis
sportsbet
vbet
sportsbet
Good content. You write beautiful things.
ReplyDeletesportsbet
hacklink
korsan taksi
mrbahis
mrbahis
sportsbet
vbet
vbet
hacklink
Good content. You write beautiful things.
ReplyDeletehacklink
taksi
vbet
sportsbet
mrbahis
sportsbet
korsan taksi
mrbahis
hacklink
it was exceptionally helpful! I simply began in this and I’m becoming more acquainted with it better! Cheers, keep doing awesome!
ReplyDeletepreliminary protective order virginia
Feel free to leave your comment below. Thank you.