Kementerian Kesihatan Malaysia (@KKM) telah memperingatkan supaya kita mengambil tahu tahap jerebu di kawasan masing-masing.
Jerebu ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Jerebu di negara kita ketika ini, yang IPU sehingga 400++ di Sarawak, adalah dari pembakaran hutan di Indonesia yang menyebabkan banyak sekolah ditutup. Burung pun banyak yang mati. Kita manusia ni pun tak tahan inikan pula haiwan kecil. Macam hari raya pula jerebu ni, setiap tahun dia datang 😠😠 Dahlah anak-anak nak ambil UPKK tak lama lagi.
Rajah dibawah adalah langkah berjaga-jaga yang patut kita ambil berdasarkan tahap jerebu di kawasan kita. Semoga jerebu lekas berlalu dan semuanya baik baik sahaja.
1 Comments
Harap jerubu ni segera la selesai sebab orang sihat pun boleh jatuh sakit bila jerebu ni dan paling tak tahan bila kain baju yang disidai boleh pulak berbau asap kebakaran..mmg kena pi laundry jer
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.