Hotel Review | Terrapuri Heritage Village - an architecture of a LOST KINGDOM! Hati sudah tertawan sejak kali pertama ke sini dahulu sekitar 2015. Melalui pintu gerbang kayu aku berjalan masuk melepasi pepohon kemboja yang ditanam sederet. Wangi bunga kemboja sungguh nyaman dan membangkitkan semangat. Dari kawasan situ je dah nampak susun atur yang menarik bak sebuah kerajaan lama.
Untuk ke resort ini kita akan melalui kawasan perkampungan nelayan di Setiu kira-kira 50km dari Kuala Terengganu. Ada juga penduduk yang mengusahakan beberapa resort kecil di tepi pantai Kampung Mangkuk tu. Penduduk yang menternak burung layang-layang pun ramai juga. Rumah je nampak biasa tapi duit berkepuk tu.
Sesampainya kami di Terrapuri si pemlik, En Alex Lee, memberikan sedikit penerangan mengenai resort tersebut (yang kemudiannya bersambung ke malam kerana kami tak puas mendengar beliau bercerita). Kagum aku dengan pengetahuan mendalam beliau mengenai senibina dan kehidupan masyarakat Melayu sehingga mampu memberikan kiasan dan makna mendalam mengenai sesuatu perkara. Budaya Melayu sangat indah dengan kiasan.
"Saya Cina Peranakan, dulu tinggal bersama-sama orang Melayu," katanya. See... okay je kita ni boleh hidup aman sejahtera tanpa campur tangan ahli politik yang buta sejarah. Kami kemudiannya ditunjukkan demonstrasi menggoreng keropok keping dalam pasir. Wahh... can ah?
Resort ini mula beroperasi pada bulan Jun 2011 ketika acara endurance Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu. Ia bukan sahaja hotel/resort tetapi juga berfungsi sebagai muzium. Susun aturnya berdasarkan zaman kesultanan Melayu Terengganu pada abad ke17.

Di hadapan resort inilah nun di kejauhan sana Pulau Bidong, Redang, Cepu dan Pulau Perhentian. Kita tak digalakkan mandi laut di sini kerana under current yang kuat. Melepak di gazebo atau 'wakaf' best. Kalau nak mandi laut lebih baik pergi ke pulau-pulau yang terkenal dengan keindahannya.
Terrapuri - The Land Of Palaces
Sebelum kedatangan Islam, agama Hindu menjadi pegangan. Dengan tersebar luasnya agama Islam melalui pengembara dan pedagang, ia menukar sedikit demi sedikit kepercayaan masyarakat untuk mempercayai Tuhan yang satu, Allah yang Maha Esa. Ia turut mengubah seni ukiran yang menghiasi kediaman dari objek yang menyerupai binatang kepada lorekan berbentuk tumbuhan. Tiada lagi bentuk binatang mengerikan menyambut tetamu di tangga sebaliknya ditukar kepada ukiran bunga. Bunga adalah simbol harapan.
Kerana sayangnya si pemilik resort terhadap rumah pusaka warisan Melayu, 29 rumah lama telah dibeli dan dibaikpulih. 20 buah rumah bersedia menerima tetamu. Ada enam unit di central sesayap courtyard manakala yang lainnya di bahagian belakang selepas kolam renang. Enam unit lagi dijadikan lobi, spa, bilik mesyuarat, perpustakaan dan kemudahan lain.
Rumah Pulau Bahagia mengambil masa 15 tahun untuk dimiliki. Sungguh istiqamah beliau memujuk pemilik asalnya. Rumah kampung biasanya ada hubungan emosi dan nostalgia menyebabkan ia sukar dilepaskan. Ada juga rumah yang sukar bertukar tangan disebabkan masalah perwarisan. Bukan senang ya nak membina resort ni... kena selesaikan satu persatu cabaran yang datang bersama impian.

Menurut Alex, rumah bujang berserambi merupakan rumah yang tercantik di Malaysia. Ada juga yang mendakwa ia yang tercantik di Asia. Jika diperhatikan rumah di Terengganu ditegakkan dengan banyak tiang kerana dahulu ada banyak haiwan liar. Dibina tinggi juga kerana raja menggunakan gajah sebagai alat pengangkutan, senanglah berpindah dari badan gajah terus ke anjung rumah/istana. Tiang juga besar dan kuat supaya tak bergegar bila gajah menggeselkan badan. Nampak tak betapa orang dahulu berpandangan jauh dan maju teknologinya dalam membina rumah. Kenapa kita tidak berbangga dengannya?
Sayangnya senibina istana lama begini ini tidak lagi dikekalkan setelah kedatangan penjajah. Ada pengaruh Portugis/French dalam pembinaan istana baru di Terengganu.
Binaan dengan makna dan kiasan - Belalai bukan gajah, bermahkota bukan raja
Usaha mengekalkan budaya dan warisan Melayu ini demi generasi akan datang bukan alang kepalang tinggi usaha dan modalnya. But if we don't preserve who will?? Itulah yang cuba dikekalkan oleh Terrapuri supaya generasi akan datang tahu akan asal usul budayanya. Agar mereka tahu betapa tinggi dan bermaksud setiap binaannya.
Sebelum pengenalan jawi kita tiada bahasa untuk diletakkan pada ukiran dan kaligrafi. Jadi penggunaan gambar binatang, makhluk ganjil adalah biasa sebelum berubah kepada tumbuhan. Lama dahulu rumah dihiasi ukiran "kala" yang ada dua mata dengan lidar terjelir tu kerana tuan rumah percaya rumah mesti ada penjaganya. Bila Islam datang ia bertukar kepada bunga tetapi masih ada resemblance ukiran asal jika diperhatikan dengan teliti.
Mereka menggunakan pasak untuk mencantum tiang atau papan sebab itu rumah boleh dibuka dan dipasang semula di tempat lain.
Rumah-rumah warisan berusia 100-250 tahun di Terrapuri dipulihara dan dihias dengan mewah lengkap dengan pedingin hawa dan kipas siling. Lubang-lubang ukiran ditutup dengan kaca untuk keselesaan. Bilik airnya luas tembus pandangan dilengkapi dengan dua sink. Paling best di villa ini ialah tab mandi kayunya. Klasik!
Ia diberikan nama berdasarkan lokasi ia diambil. Villa-villa klasik ini juga pernah didiami bangsawan, alim ulama dan rakyat biasa. Di villa Pulau Musang ada kisah Ashabul Khafi (kalau tak silap ini rumah ulama).

Kampung Mangkok, Setiu.
Soalan hang ni...
Dua orang bertanyakan aku soalan itu bila tahu kami menginap di. Orang Melayulah yang bertanya tu... erm.. banyak sangat tengok drama (baca Mastika kot?).
Dua orang bertanyakan aku soalan itu bila tahu kami menginap di. Orang Melayulah yang bertanya tu... erm.. banyak sangat tengok drama (baca Mastika kot?).
Ada.
Ada satu rumah tu, selepas beberapa ketika guess check-in lampu berkelip-kelip kemudian padam. Wah suspens lah memasing, terus call technician.
Technician datang colek sana sini sikit lampu pun menyala semula sampai pagi (aku agak juruteknik tu mengekek gelak dengan kengkawan dia kat office. Ye lah, badan besar saiz bapak orang tapi penakut 😂😂 ).
Yang sebenarnya, dek excited masuk ke rumah tu, salah seorang tetamu pi hempaskan badan ke katil, bergegar rumah, jadi main switch lose sikit. Giler lah... badan besar pi terjun tiruk atas katil. Housemate aku berjalan dari tangga ke bilik pun bergegar kepala aku. Berjalan punya kuat, dah biasa berjalan atas simen agaknya jadi tak perasan rumah kayu cara berjalannya mestilah menapak lemah lembut seperti gadis ayu di zaman dahulu. Gituh.
Rumah-rumah lama biasanya ada "pagar rumah" yang dahulunya dipanngil barik laksamana, dimana doa dan selawat Nabi dibacakan keatasnya.
Rumah-rumah lama biasanya ada "pagar rumah" yang dahulunya dipanngil barik laksamana, dimana doa dan selawat Nabi dibacakan keatasnya.
Konklusi yang aku buat, bangsa lain dapat rumah lama buat bisnes 5 bintang. Orang Melayu NAMPAK rumah lama dia kata ada penunggu ada hantu ada bunian bla bla bla....blerghhh! Bunga yang wangi malaikat suka tapi orang Melayu kata pontianak bergayut. Aduh... nak masuk tahun 2020 dah oi.
If you are looking for a wonderful and privacy place to stay Terrapuri is highly recommend. Takde siapa tahu hang bawa isteri nombor dua ke sini. Nak melawat sahaja pun boleh juga dengan bayarn RM22 seorang sejam tetapi kena buat advance booking dulu.
Resort is well maintained and very clean. Staffs who are locals are friendly. Di depannya laut lepas manakala sungai di belakang dengan pohon nipah menahan tebing. Memalam boleh tengok kunang-kunang (fireflies). Kureng sket breakfast je lah.
Kadar bilik/rumah boleh lihat di sini tapi sekarang ada PROMOSI hebat yang valid from 01 November 2019 – 28 February 2020. Wooo... during school holiday pun terpakai promo ni.
Terrapuri Heritage Village
Kampung Mangkuk
22120 Setiu
Terengganu
T : +(609) 6245020 +(609) 6312081
F : +(609) 6228093
website : www.terrapuri.com
GPS Coordinates : 5°38'2"N 102°47'2"E
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.