13 Makanan tradisional dan manisan MESTI CUBA di Terengganu



13 Makanan tradisional MESTI CUBA di Terengganu | Sejak dua minggu lepas aku dah tunjukkan tempat-tempat menarik di Terengganu. Sebenarnya masih belum habis lagi bercerita dan masih banyak lagi tempat yang aku tak pergi/tahu tetapi nak berehat sekejap dan berkongsi tentang makanan pula.


Malaysia ini makmur. Ada restoran yang dibuka 24 jam kerana rakyatnya suka makan. Maka tidak hairanlah kita menjadi penduduk paling obes di Asia Tenggara kerana makan berlebihan tak kira waktu. Tu yang kena beli satu atau dua saiz lebih besar bila membeli pakaian di Vietnam, gomok gomok belako.

Dahulu, jenis pekerjaan juga menentukan apa yang masuk ke mulut, contohnya golongan petani dan nelayan yang bekerja keras membanting tulang empat kerat, makanannya sudah tentulah dengan karbohidrat yang tinggi. Setiap negeri setiap suku kaum ada makanan khas mereka. Bergantung di mana mereka tinggal, gaya hidup...begitulah diet mereka.

Jom kita tengok apa makanan yang mesti cari di Terengganu.

1. Nasi dagang
Nasi dagang ialah campuran nasi dari beras biasa atau Basmathi dan pulut yang dimasak dengan santan. Ia dihidangkan dengan gulai ikan tongkol isi putih lembut dan acar sayuran. Ada juga yang menambah sambal kelapa seperti di nasi dagang Kelantan.

Nasi dagang merupakan menu sarapan pagi di negeri pantai timur Malaysia dan negeri-negeri di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Di Terengganu pula ia paling terkenal di kampung Ladang, Kuala Terengganu.


Image result for nasi dagang terengganu

2. Ketupat sotong @ Tupak sotong
Ketupat sotong adalah makanan unik dan eksotik dimana beras pulut yang telah dikukus separa masak dimasukkan ke dalam badan sotong. Ia kemudiannya direbus di dalam santan.

Asalnya hidangan ini dicipta kerana lambakan sotong sewaktu musim mencandat sotong. Ia satu sajian tradisional yang popular di perkampungan nelayan Terengganu dan Kelantan. Di daerah Kuala Terengganu dan selatan, tupak sotong dimasak lemak putih manakala di Besut pula kuah santan ditambah gula melaka membuatkannya juga sesuai sebagai pencuci mulut. 

Image result for ketupat sotong terengganu
Tupak sotong versi Besut. Sumber Citarasawan

3. Laksam

4. Nasi kapit sambal ikan
Di sebelah sini kita panggil nasi himpit. Ia dihidangkan bersama kelapa parut yang dimasak bersama isi ikan.

5. Keropok lekor
Keropok lekor (orang tempatan panggil kepok gete) diperbuat daripada isi ikan selayang atau tamban yang dicampur dengan tepung kanji, garam dan serbuk perasa. Dijual dalam dua saiz, ia menjadi snek enak yang boleh dimakan bebila sahaja.

Keropok lekor turut mengalami perubahan berdasarkan permintaan semasa. Selain yang asli ada juga keropok yang dicampur keju yang bila dipanaskan cair meleleh (jilat bibir hahahah..). Ia boleh terus dimakan begitu sahaja, direbus atau digoreng. Aku suka yang bergoreng kerana aromanya membuka selera.

Kali pertama aku makan keropok lekor ketika bersekolah di SRMJDI, Kuching. Ada seorang makcik tu berniaga di tingkat bawah kuarters tentera. Terbayang-bayang lagi situasi waktu tu. Sedapnya makan keropok yang baru digoreng... 10 sen dapat tiga batang.

Keropok lekor sangat sinonim dengan negeri pantai timur ini sehinggakan ada pihak yang mengaitkan pencapaian cemerlang calon UPSR dan SPM setiap tahun kerana banyak consume omega 3.

Aku hanya makan keropok lekor bila ke Terengganu/Kelantan sebab kandungan ikannya tinggi. Rasanya sedap dan lembut apatah lagi dicicah dengan sos manis yang disediakan. Ada juga pengusaha daripada dua negeri tersebut menghantar keropok lekor mereka ke negeri-negeri lain tetapi yang peliknya, yang banyak dijual di luar negeri tersebut selalunya keras macam tayar basikal bila sejuk hahah... herot muka nak gigit 😂😂

6. Sata

7. Ikan celup tepung


Kuih/manisan tradisional:
1. Bronok sagu
... curious sungguh aku nak tahu, rupanya kuih sagu 😁😁

Image result for Bronok sagu
Foto Rezwati

2. Ulat bulu
Rupanya seperti kuih lopes tetapi menggunakan tepung pulut dan berinti kacang merah.

3. Kayu keramat @ cakoi

4. Nekbat sira
Resipi sama macam kuih bahulu tetapi menggunakan tepung beras, kemudian dimasukkan dalam air gula (sira).

Image result for Nekbat sira
Nekbat sira

5. Karipap inti ikan
Dibuat dalam saiz mini, rasanya sangat sedap. Satu kudapan yang bila makan tak boleh berhenti.

6. Nganang
Bentuknya seperti kuih bakar tetapi rasanya lebih lemak manis disebabkan penggunaan telur dan santan yang banyak.

Kuih nganan atau menganang ini ada tiga jenis iaitu kuih menganang beras, menganang telur dan menganang kacang. Kuih menganang telur rasanya seperti kuih akok cuma bentuknya berbeza.

Foto tarabazu2

Perasan tak makanan tradisional di atas semuanya berkaitan ikan atau makanan laut? Budaya, cara hidup dan geografi turut memainkan peranan dalam penyediaan makanan dan ermm.... pemanis mulut di Terengganu ni memang manis sungguh!



Post a Comment

0 Comments