Makam Hang Tuah bukan di Tanjung Kling?



Makam Hang Tuah bukan di Tanjung Kling? | Seingat aku sewaktu rombongan sekolah di tingkatan dua dulu kami pernah melawat perigi Hang Tuah. Lama sangat dah. What a wonderful experience dapat ikut rombongan sekolah bersama kawan-kawan. That's why aku izinkan je anak-anak ikut program sekolah jika kami mampu membayar yurannya kerana pengalaman dan keseronokan itu tak sama dengan berjalan bersama keluarga. You can be kreziii.. with friends!


Dua minggu lepas kami singgah di Makam Hang Tuah. Walaupun ada pihak mendakwa bahawa kubur tersebut adalah milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India, kami tetaplah juga ingin melawat. Cerita tersebut bergenerasi lamanya jadi tak nak percaya pun tak boleh juga kan. Jadi kami pergi melawat as it is one of the declared historical site walaupun ada kajian yang lebih meyakinkan dari pihak yang berkaliber.

Senang je nak jumpa Makam Hang Tuah ni... Melaka kan? Jalan ke depan sampai Peringgit, belok sini sampai Klebang, pergi ke situ sampai Tanjung Keling... dedekat belaka. Rasanya yang jauh pun 45 minit je. Yang buat lambat traffic lights dia, merembes peluh 😀

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA- kata keramat Hang Tuah

Sejarah Hang Tuah
Hang Tuah berbapakan Hang Mahmud, seorang hulubalang istana. Dibawa berhijrah ke Duyong dari Bentan bersama ibunya Dang Merdu Wati. Beliau dan kawan-kawannya membantu menyelamatkan Melaka dari serangan lanun dan mula dikenali setelah menyelamatkan bendahara daripada serangan orang mengamuk.

Beliau lahir pada tahun 1431 dan dinobatkan sebagai seorang pahlawan legenda pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15 di antara 1400-1511. Hang Tuah ialah laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan pesilat yang amat handal di zamannya.

Alfonso De Albuquerque dalam catatan peribadinya menyatakan ketika menakluk Melaka pada tahun 1511, seorang laksamana lelaki berusia 80 tahun dengan reputasi hebat serta berpengetahuan berhijrah ke Temasek selepas kejatuhan Melaka.

Satu lagi catatan apotekari (ahli perubatan) Portugis yang berada di Melaka ketika itu, Tome Pires, menyatakan ketika Siam menyerang Melaka, Sultan Mansur Shah menghantar seorang laksamana dan berjaya menumpaskan 200 tentera Siam secara berseorangan.

Walaupun catatan itu tidak menyebut nama Hang Tuah, berdasarkan nama Sultan yang memerintah Melaka ketika itu membuktikan pahlawan Melayu itulah yang dimaksudkan.

Kajian Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Dr Hashim Musa turut menemukan bukti Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke Okinawa, Jepun.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran hasil penyelidikannya bersama Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr Rohaidah Kamaruddin melalui buku Hang Tuah: Catatan Okinawa. Ia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sempena hari Anugerah Buku Negara 2015.

Hashim berkata, pihaknya ke Okinawa bulan lalu bagi meneliti dan mengkaji sebilah keris luk sembilan yang ditemui pada tahun 2002 di Kuil Engakuji, dalam daerah itu. Pasukannya turut menemui dokumen rasmi 19 surat Empayar Ryukyu 'Rekidai Hoan' berkaitan perutusan antara kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan di bawah jajahan China ketika itu. Tiga surat dalam dokumen berkenaan ditulis sendiri oleh Hang Tuah.

Hang Tuah ke Ryukyu (sekarang Okinawa) selama beberapa minggu bagi pihak Sultan Melaka untuk menjalin hubungan diplomatik selain berniaga. Surat Hang Tuah itu tertulis senarai hadiah yang dibawa bersamanya, termasuk keris berluk sembilan. 

Sementara itu, generasi ke-12 Hang Tuah, Ismail Mohamed Yaacob, 50, berkata penemuan itu membuktikan sejarah yang dipertikaikan sebelum ini bukanlah dongeng.- BH online

Batu tangga ini sama seperti di kawasan bersejaran di bandar Melaka. Adakah ia batu yang asli?

"Takkan Melayu hilang di dunia"

Inilah yang dikatakan makam Hang Tuah.


Kubur sebenar Hang Tuah di Palembang
Menurut penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) Hang Tuah dilihat kali terakhir di Temasek (kini Singapura) pada tahun 1511 ketika berusia 80 tahun. Agaknya selepas Melaka diserang Portugis kot. Zaman dahulu masyarakat nusantara ni bebas bergerak, tiada penggunaan passport tiada garis negara. Kalau kita baca sejarah Johor-Riau, sultan Johor memerintah dari Riau di zaman itu. Temasik pun masih dalam Tanah Melayu. Itu sebab penduduk belah Lingga (Indonesia) sana bahasanya 95 peratus sama dengan kita.

Menurut kajian, Hang Tuah berkemungkinan berpindah pula ke Riau, Indonesia sebelum meninggal dunia di Palembang, kerana penduduk di situ mendakwa menemui kuburnya. Kewujudannya disahkan melalui kajian empirikal yang pertama kali menggunakan sumber dan artifak luar negara. 

Profesor Emeritus Dr Hashim Musa, yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun berkata, penemuan kubur perlu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Hang Tuah dengan tulang dari kubur berkenaan.


Jadi... adakah boleh dibuat kesimpulan bahawa Makam Hang Tuah di Melaka tu hanyalah kubur peringatan??
***
Kenapa agaknya semua batu nisan di luar Makam Hang Tuah dicat putih? Ada juga nampak kubur lama yang pada pendapat aku jika dibiarkan dalam warna asalnya akan lebih authentic seperti kubur kristian di Pulau Pinang ni.


Post a Comment

3 Comments

  1. Pernah tengok video youtube pasal Hang Tuah pernah jejak kaki di Jepun. Kenapa kisah Hang Tuah cuma dianggap dongeng je selama ni? Patut masuk dalam buku teks sejarah budak sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada tetapi ringkas. Mungkin sebab ditulis berdasarkan tahap pemahaman berdasarkan umur pelajar.

      Saya lebih sukakan bahan bacaan yang ditulis pihak universiti kerana lebih telus, terbuka dan tidak menjada sensitiviti mana mana pihak yang memungkinkan ia diubah suai.

      Delete
  2. tepat t.me/abgjho

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.