Betong International Airport akan dibuka! Lapangan terbang baharu di selatan Thailand dijangka akan siap sekitar Jun tahun hadapan.
Kepada yang belum tahu, bandar Betong adalah hampir dengan Pengkalan Hulu (Kroh) di Perak dan Baling, Kedah. Dedulu sebelum pandai terbang ke tempat lain aku dan husband memang pergi sini je lah bila balik kampung dia. Last time kalau nak travel jejauh memang dengan dia, kalau dia tak nak pergi/dapat terpaksalah mokcik akur sebab takde kawan.
Itu dululah. Sekarang ni kalau aku nak pergi aku pergi je, aku jenis tak tunggu sesiapa sementelah husband pun izinkan. Tunggu orang ni lambat. Kalau hang nak ikut, ikut. Kalau tak aku pergi sendiri je. Sila meninggal orang yang suka cakap belakang.
Aku berharap Air Asia akan mendarat di Betong Airport. Bukan apa... KLIA2 45 minit je dari rumah dan Betong hanya 40 minit ke Baling, lebih dekat berbanding Lapangan Terbang Alor Setar yang mengambil masa 2 1/2 jam perjalanan. Aku tengok bila Free Seats tambang ke Hadyai RM15 je so definitely it will be cheap also ke Betong. It will also benefits those yang kampungnya di Sik, Jeniang, Grik dan sekelilingnya. Boleh naik kapal terbang buat apa bersesak masuk RnR... tak gitu? Haiyoo... nak kencing pun tak boleh.
Aku dah plan dengan biras kalau ada tambang murah ke Betong kami nak buat group passport je.. murah. Boleh balik sesama. Transport di sana kita fikirkan kemudian. Tak laratlah weh drive lelama sekarang ni, crazy! Kami biasa drive balik tujuh jam sahaja termasuk break. Kalau cecah 9 jam pun sebab husband tidur lama sikit. Pengalaman kena 12 jam Mac hari tu buat kami rasa serik (biras kena 15 jam). Mujur naik MPV, kalau naik kereta sendiri mau bergaduh bebudak ni.
Betong International Airport. Foto fb Dboy Ahmad
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.