Melaka | Asyiknya si penggubah bunga | Setiap daerah atau tempat tertentu selalunya ada sesuatu yang menarik untuk dilihat. Barangkali jika kita tinggal di sana kita tidak tahu pun kewujudannya atau menganggapnya biasa sehinggalah orang luar mempopularkannya.
Melaka, dengan status UNESCO World Heritage Site, sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Negeri kecil ini sentiasa dipenuhi pelancong terutamanya di hujung minggu kerana ramai mahu melihat dan mengetahui kisah sejarah penjajahan tiga bangsa eropah. Pernah dijajah Portugis, Belanda dan Inggeris, Melaka popular kerana kaya dengan sejarah malah memelihara bahan sejarahnya. Sungai Melaka pula dikatakan terbersih di asia tenggara dan pelbagai makanannya tular di media sosial. Ya, orang Melaka pakar dalam pemasaran produk pelancongan mereka.
BERPAGIAN DI BANDAR MELAKA
BERPAGIAN DI BANDAR MELAKA
Oleh kerana aku jenis morning person tak sabar rasanya nak explore bandar Melaka tu tapi apa yang ada pepagi? Hanya restoran yang buka. Untungnya kalau nak bergambar tiada yang tetiba masuk dalam gambar kita, senang dapat clean background tapi aku tak sukalah pula... pintu tutup tingkap tutup... kurang menarik untuk dirakam.
Maka aku pun berjalanlah dari hotel hingga ke hujung jalan. Seronok melihat merpati berebut makanan yang ditabur manusia mulia tapi suspens jugalah berhenti di bawah pokok tu, takut ada yang crettttt dari atas hahhah...
Di sepanjang India Street tu ada beberapa orang penjual bunga. Yang menarik perhatian aku ialah kecekapan si penggubah bunga yang bekerja di hadapan kedai. Laju tangan dia. Teringat masa adik ipar aku nak kahwin belasan tahun dulu, gigih aku pergi mencari bunga melur di penempatan India di Kupang tu. Bersungguh-sungguh kau... sampaikan orang situ pun naik heran tengok aku hahaha... in laws aku pun heran gak kat mana aku dapatkan bunga melur siap berikat tu. Mereka yang lahir dan membesar di Baling pun tak pernah jejak kawasan tu. Aku pula pelik tengok mereka pelik (eh?). Aku rasa biasa je pergi situ, dah biasa dalam suasana multiracial. Beria aku cakap dengan aci tu nak yang begini begini hehe... Aku kalau nak memang aku buat. Bosanlah asyik follow orang yang beshe beshe je.
TRADISI PEMAKAIAN KALUNGAN BUNGA
Pernah tak terfikir mengapa perempuan india memakai untaian bunga melur di kepala mereka? Mengapa pula orang kenamaan dikalungkan dengan kalungan bunga yang besar dan berwarna-warni?
Yang kedua tu senang je nak teka kot? Sebagai tanda hormat dan mengalukan kedatangan VIP. Bunga yang perempuan India pakai tu dipaggil gajra, yang menggunakan bunga melur sebagai bahan utamanya kerana ia dianggap sebagai bunga yang paling cantik dan berbau wangi. Ia juga dianggap membawa tuah dan kajayaan tapi yang lebih logiknya ia dipakai untuk mengharumkan rambut dan membuatkan si pemakai berada dalam mood yang baik (tapi aku tokleh gi lah dengan bunga melur ni... sakit kepala!).
Dalam adat resam bangsa India kalungan bunga dipakai dalam acara pertunangan, perkahwinan dan kematian, untuk si mati dan balu. Jika dikalungkan pada patung dewa ia dianggap sebagai penghormatan. Unsur bunga dan kalungan bunga penting dalam upacara pemujaan. Jarang kita nampak patung berhala tu togel je.
PENGGUBAH BUNGA DI MELAKA

Penggubah bunga di bandar Melaka.
Seorang pelanggan membeli bunga di Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur (China town).
Pernah tak terfikir mengapa perempuan india memakai untaian bunga melur di kepala mereka? Mengapa pula orang kenamaan dikalungkan dengan kalungan bunga yang besar dan berwarna-warni?
Yang kedua tu senang je nak teka kot? Sebagai tanda hormat dan mengalukan kedatangan VIP. Bunga yang perempuan India pakai tu dipaggil gajra, yang menggunakan bunga melur sebagai bahan utamanya kerana ia dianggap sebagai bunga yang paling cantik dan berbau wangi. Ia juga dianggap membawa tuah dan kajayaan tapi yang lebih logiknya ia dipakai untuk mengharumkan rambut dan membuatkan si pemakai berada dalam mood yang baik (tapi aku tokleh gi lah dengan bunga melur ni... sakit kepala!).
Dalam adat resam bangsa India kalungan bunga dipakai dalam acara pertunangan, perkahwinan dan kematian, untuk si mati dan balu. Jika dikalungkan pada patung dewa ia dianggap sebagai penghormatan. Unsur bunga dan kalungan bunga penting dalam upacara pemujaan. Jarang kita nampak patung berhala tu togel je.
PENGGUBAH BUNGA DI MELAKA
Seni mengikat dan menggubah bunga bagi masyarakat India dipelajari dari orang India asal. Aku pernah jumpa keluarga yang sanggup menghantar anak mereka ke negara India untuk belajar kesenian tersebut. Ramai yang bekerja sebagai penggubah bunga ini masih muda. Jika diperhatikan bebetul tidak semua penggubah ini adalah orang india tempatan, ramai juga yang dibawa dari luar.
Dari satu sudut pengimportan warga asing dalam bidang ini membawa sekali kepakaran mereka. Gaya sususan dan teknik mengikat kalungan bunga mungkin berbeza. Di satu sudut yang lain mereka mungkin telah mengambil 'kerja josong' yang sepatutnya diisi oleh warga tempatan. Persoalannya, adakah bidang ini boleh menggunakan khidmat warga asing?
Kesimpulan bagi artikel ringkas ini, tradisi bukanlah sesuatu yang dibuat sesaja tanpa tujuan atau kesulitan tertentu. Ia biasanya bersangkut-paut dengan kehidupan masyarakat di sesuatu lokaliti di WAKTU tersebut. Ada yang sesuai dipertahankan, ada yang elok kita biarkan sahaja ditelan zaman sama seperti tradisi balu yang membakar diri selepas kematian suami.
Samalah seperti wanita yang berpantang selepas bersalin. Dah kenapa dengan segala kemajuan ilmu dan teknologi kau masih nak pertahankan makan nasi putih dengan ikan masin lagi?? Ai kenot brain orang yang mempertahan adat tradisi yang bebukan secara membuta-tuli ini.

0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.