Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo baru Visit Malaysia 2020 di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada Isnin 22 Julai.
Logo Visit Malaysia 2020 ini menggambarkan kepelbagaian dalam budaya, sejarah, flora dan fauna Malaysia. Setiap satu bentuk merupakan simbol yang biasa di negara ini seperti burung kenyalang (banyak di Sarawak), bunga kebangsaan kita bunga raya dan pakis liar yang banyak di hutan Malaysia. Warna yang digunakan serupa dengan warna Jalur Gemilang, bendera Malaysia ku tercinta. Bila nampak logo ini terus otak menangkap "batik".
Pertandingan mencipta logo baru yang dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada Januari lalu dimenangi oleh pereka berusia 23 tahun Alfred Phua Hong Fook mengalahkan 587 peserta lain. Ia sebahagian usaha program pemasaran dan promosi dalam menarik pelancong ke negara ini tahun 2020 nanti. Kempen kali ini fokus kepada eko-pelancongan, seni dan budaya. Target kedatangan pelancong 30 juta oih! Harap kami dapatlah tempias RM segala kempen ni.
Logo baru yang lebih ringkas dan menarik ini menggantikan logo yang dilancarkan tahun lalu, yang mendapat kritikan hebat rakyat dan penggiat pelancongan Malaysia. Terbayang lagi tak logo bentuk stem dengan penyu pakai spek tu? 😀 Adudu.... rasa bertimpa-timpa dimalukan.
Logo Visit Malaysia 2020 yang rasmi ini lebih menarik tapi tetaplah juga nak komen, awatnya jadi Visit Truly Asia Malaysia 2020? and the font?? hmm...
Nota:
Yang penting sekarang... kalau nak orang suka datang rumah kita, adab dan kebersihan perlulah sentiasa dijaga. Dah guna tandas sila flush, dah makan di restoran makanan segera sila kemaskan meja dan buang sampah sendiri, jangan caj tambang teksi sesuka hati, SENYUMLAH kepada semua orang.
Nota:
Yang penting sekarang... kalau nak orang suka datang rumah kita, adab dan kebersihan perlulah sentiasa dijaga. Dah guna tandas sila flush, dah makan di restoran makanan segera sila kemaskan meja dan buang sampah sendiri, jangan caj tambang teksi sesuka hati, SENYUMLAH kepada semua orang.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.