30 Julai Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-16



Semalam ialah hari bersejarah bagi Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.


Laungan ‘Daulat Tuanku’ di dalam Balairung Seri oleh Datuk Paduka Maharaja Lela Azuan Effendy Zairakithnaini dan 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja Kem Sungai Buloh sejurus Sultan Abdullah menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan. 

Istiadat pertabalan itu, yang dilaksanakan dengan penuh tradisi dan adat istiadat warisan Kesultanan Melayu, menjadi lebih bermakna bagi Sultan Abdullah, yang lengkap memakai 'Muskat', kerana 30 Julai juga merupakan ulang tahun keputeraan ke-60 Seri Paduka. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang anggun berbusana Tenun Pahang berona putih gading turut mengiringi baginda di majlis gemilang ini.

Related image
Foto Berita Harian

Image result for pertabalan agong 16
Foto Berita Harian

Image result for gambar pertabalan agong jabatan penerangan

Image result for anakanda yang dipertuan agong
Anakanda-anakanda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. Kelihatan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah (dua, kiri). Foto Bernama.

...................................................................................................................................................................

Aku mengikuti majlis pertabalan ini sedari awal lagi...pukul 7 pagi dah on tv sebab takut terlupa hehe.... Sejak beberapa hari lalu rajin tengok beberapa video teruramah YDPA dan Raja Permaisuri yang bertebaran di internet. Ditambah dengan dokumentari Majalah3, it creates more interest.

Interview dengan YM Tunku Azizah mengenai kehidupannya, minatnya dalam sejarah dan seni tenunan, minat memasak, kepayahan dalam mendapat zuriat sehingga wujudnya TAFF sangat menarik. Nampak sangat honest. Tuturnya lembut beradab. Betullah katanya, she can be damn royal too tapi bak kata Sultan Abdullah, ular menyusur akar takkan hilang bisanya. Khenn... sombong mendongak langit nak bawa ke mana?

Sudah pastilah apa yang YM Tunku pakai menjadi perhatian. Apa yang baginda pakai semalam adalah kain tenunan diraja Pahang yang cara tenunannya khas untuk TM Azizah sahaja. Ekslusif.

Selain daripada itu, baju kurung kain satin Dutch dengan renda Peranchis yang dipakai oleh Tengku Puteri Jihan juga milik bondanya yang pernah dipakai ketika pertabalan Tuanku Iskandar (nendanya) menjadi Yang Dipertuan Agong ke-8, 35 tahun dahulu. Huhuu...turun-temurun.

Teringat lagi masa perkahwinan Tunku Abdullah dan Tunku Azizah yang disiarkan di tv dulu (yes, I'm old now 😴 ), cantiknya baginda. Cantik giler okeh. Otak bebudak, wow... orang putih kahwin dengan orang Melayu. Mereka bertemu di padang polo ketika remaja lagi. Dah dah... jangan berangan sangat lepas tengok drama pukul tujuh tu. 

Apa lagi yang hangat tentang pertabalan YDPA ke-16?... fasal cuti umum! Semalam WAJIB bercuti sebagai menghormati Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong. Jika tak boleh 'tutup kedai' semalam wajib menggantikannya pada tarikh lain sebagai ganti cuti umum bergaji dan pekerja yang terpaksa bekerja pada hari tersebut layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum.

Menurut Kementerian Sumber Manusi, cuti yang diisytiharkan Kerajaan Persekutuan itu adalah mengikut Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951(Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, cuti ini boleh digantikan pada tarikh lain sebagaimana diperuntukkan oleh Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955


DAULAT TUANKU!




Post a Comment

0 Comments