15 Pesta Kebudayaan & Perayaan Popular Di Dunia



15 Pesta Kebudayaan & Perayaan Popular Di Dunia | Mesti kita pernah terfikir mengapa tuhan menciptakan manusia kepada pelbagai bangsa, keturunan, warna kulit, warna mata, dan ketinggian yang berbeza, kan? Pasti terlintas bagaimana punca yang satu dari Nabi Adam boleh melahirkan kepelbagaian ini. 


Dalam Al Quran Allah telah menyatakan:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"- Hujurat:13

Manusia dicipta berbangsa-bangsa supaya saling mengenali dan terbuka mindanya kepada sesuatu yang asing daripada kebiasaan supaya boleh mempelajari sesuatu dan saling menyayangi. Disebabkan itulah manusia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain melihat keindahan, mencari kedamaian dan menghulurkan bantuan yang diperlukan. Manusia mengembara untuk mencari apa yang tiada di persekitarannya, yang asing di negaranya.

As for me, selain ingin melihat tempat orang kalau boleh ingin berada di sesuatu tempat ketika perayaan atau pesta perkahwinan sedang berlansung barulah boleh lebih memahami dan feel. Setakat dengar cerita orang mana syok, ye tak?

Okay, aku senaraikan beberapa perayaan penting di dunia so that we can plan our future trip. Harap harap terkena time cuti sekolahlah kan...


1. Hari Raya Eidul Fitri

Hari raya dirayakan umat islam di seluruh pelusuk dunia pada 1 Syawal. Ia disambut meriah di Malaysia, Brunei, Indonesia dan selatan Thailand. Masyarakat Islam yang membentuk 62% daripada populasi negara ini beruntung berpuasa fardhu Ramadhan 13 jam sahaja, kiranya waktu berpuasa dan waktu berehat sama panjang. 

Oleh kerana kita masih kuat semangat kekeluargaan, Eidul Fitri disambut meriah dengan sanak-saudara di kampung. Gigih kita semua menempuh traffic jam setiap musim raya semata-mata nak berkumpul bersama keluarga tercinta. Makanan jangan ceritalah, mewah dengan lemang, ketupat, rendang, lontong, nasi impit dan sebagainya. Terkejut perut dibuatnya 😃. Hampir semua juadah hari raya tinggi kalori... makan je... toksah dok kira sangatlah. Rugi oii setahun dua kali je raya.

Hari raya Eidul Fitri ialah hari untuk meraikan kemenangan setelah sebulan melawan hawa nafsu makan minum dan sebagainya, atas perintah Allah SWT. Di hari tersebut kita saling berziarah lalu bermaaf-maafan diatas segala salah dan silap selama ini. Bertentangan dengan pemahaman sesetengah orang, berziarah di hari raya tak perlukan jemputan. Kalau kenduri, iye. Sentiasalah beringat bahawa ziarah tersebut untuk mengeratkan silaturrahim bukan tujuan utamanya makan. atau mengharapkan duit raya. Kalau tuan rumah hidangkan makanan yang sesedap alhamdulillah... kalau tidak kita call je lah 1300-88-3838 atau 755-25-25. Kalau anak saudara bagi RM5, ambil. Jangan kau komplen pulak dengan sedekah ikhlas orang. Hidup ni mudah je.

Jangan tak tahu pulak ye Syawal di Malaysia sampai 33 hari! hahaha... sakan.

Image result for hari raya
Gembira atuk nenek bila anak cucu balik kampung. Foto Pinterest.

Image result for hari raya
Di kampung amalan berziarah membawa buah tangan masih diamalkan. Walaupun hampir setiap rumah ada lemang dan rendang tapi rasanya pasti sedikit berbeza. Foto New Straits Times


2. Rainforest World Music Festival, Sarawak
12-14 Julai 2019 di Sarawak Cultural Village, Kuching.


Image result for Rainforest World Music Festival

Image result for Rainforest World Music Festival
Workshop di siang hari. Foto https://parochialsarawakian.wordpress.com

Image result for Rainforest World Music Festival
Foto Tunehotels.com

Bermula dengan hanya 300 penonton pada 1998, kini RWMF satu jenama besar dan dikenali seluruh dunia yang diperkenalkan oleh Sarawak Tourism Board. Ia telah dinobatkan sebagai salah satu dari 25 festival TERBAIK dunia oleh Songlines untuk enam tahun berturut-turut bermula 2010. Congrtas STB!

Ia berlansung setiap tahun di kaki Gunung Santubong 40km dari bandaraya Kuching, . Pesta tiga hari ini dipenuhi dengan demonstrasi dan bengkel muzik, pertunjukan budaya, gerai jualan dan konsert pada malamnya. Berbagai genre muzik dipersembahkan seperti tradisional, fusion and world music. Bukan kecik anak ye kos membawa sesetengah kumpulan muzik yang jejauh tu dengan masalah logistik dari pulau kecil ke tanah besar, naik bot naik kapal terbang pula.

Yang lebih menariknya bila kita dah berada di Santubong ni, kita boleh pergi hiking.. boleh tengok buaya..tengok kelip-kelip.. tengok Irrawady dolphins...makan kek lapis.. Kalau tak tahu apa nak buat bila di Kuching jemput baca 16 Tempat Menarik di Kuching ni.

Pre-sale tickets offer sedang dijual sehingga 11 Julai ini ya. Beli cepat di sini.

Selalunya tiket penerbangan ke Kuching tak mahal pun tapi tak tahulah bila dah dekat hari kejadian ni kan.


3. Harbin Snow and Ice Festival, China
Orang Cina menyambut beberapa perayaan penting dalam kalendar Cina yang mempunyai sejarah serta nilai tersendiri. Selain Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Winter Solstice dan festival Peh Cun atau Duanwu Jie (lumba perahu naga), festival salji dan ais juga sangat terkenal di kota tertua China, Harbin.

Harbin Snow and Ice Festival ini berlansung hanya dua bulan bermula penghujung Disember. Festival yang bakal berlansung pada tahun ini adalah yang ke-35 kali. Ais dari Songhua River diukir menjadi pelbagai bentuk yang menarik, menjadikannya seperti dalam filem animasi Frozen.

Kawasan seluas 80 hektar ini tidak membosankan kerana dibuat bertema seperti Sun Island, Ice and Snow World dan Zhaolin Park. Tiket masuk bagi dewasa RMB330, kanak-kanak RMB200.

Untuk ke sini kita perlu menaiki penerbangan domestik dari Beijing. Jangan lupa memakai pakaian yang bersesuaian ya kerana suhunya boleh jatuh sehingga -36C! Sejuk giler baq hang. Muka kena sentiasa ditutup. Aku kena 5C kat Kunming dan Bromo dulu pun dah terketar-ketar dan berhingus.

Image result for harbin ice and snow festival

4. Pingxi Lantern Festival, Taiwan
Bulan Mac, apa kata buat lawatan ke Pingxi, Taipei?

Masa ni penduduk tempatan bersama-sama pelancong melepaskan tanglung yang berisi impian pemunya ke udara. Bercahaya langit ribuan tanglung terapung di udara. Bersedialah dengan kamera, ya. Cantik!

Tak ganggu kapal terbang ke eh?

Related image
Sumber emaze.com

5. Boryeong Mud Festival - Korea Selatan
Cari sendirilah gambarnya eh, seksa pula aku tengok. Baru habis Ramadan oih hahahah...


6. Nyepi di Bali, Indonesia
Nyepi sebenarnya merupakan perayaan Tahun Baru Hindu berdasarkan takwim Saka yang bermula sejak tahun 78 Masihi. Tujuan utama sambutan Nyepi ialah memohon kepada tuhan agar menyucikan Buwana Alit (alam manusia) dan Buwana Agung/macrocosmos (alam semesta). Sebelum Hari Raya Nyepi, terdapat beberapa upacara yang diadakan oleh penganut Hindu khususnya di pulau Bali.

Jika perayaan tahun baru Masihi disambut meriah dan hingar bingar, Tahun Baru Saka di Bali dimulakan dengan menyepi. Oleh itu, kegiatan seharian adalah dilarang sama sekali pada hari tersebut. Tak boleh ke hulu ke hilir sesuka hati tetapi pengecualian diberikan kepada polis, bomba dan hospital.

Masa inilah kita boleh melihat upacara keagamaan yang berlainan sekali dengan biasa kita lihat di Malaysia. Memang sepi sungguh.

To me, Bali bebila masa pun tetap menarik, tradisi dalam kemodenan. Nyepi tahun depan bermula 6 pagi 25 Mac 2020.


7. Festival Holi di India
Dengan 80% penduduk India beragama Hindu, festival Holi dirai sempena kedatangan musim bunga. Dikenali juga sebagai Festival of colours, kepada golongan muda Holi bermaksud waktu bergembira dengan bebas dan berwarna-warni. 

Sehari sebelum Holi, masyarakat Hindu akan membuat unggun api dipanggil Holika dan menyanyi serta menari di sekelilingnya. Keesokannya mereka akan berkumpul di kawasan terbuka dan membaling serbuk berwarna sesama sendiri dengan gembira. Ada juga yang membawa pistol air. Nampak kesungguhan semua orang untuk menjayakan pesta ini.  Siaplah kain baju kau.

Bagi mereka yang membawa kamera mahal, sila balut badan kamera tu dengan plastik. Dust particel tu boleh masuk ke dalam kamera dan menjejaskan kualiti gambar. Sakit poket bila nak hantar servis.

Holi Festival 2020, 9-10 Mac.

Image result for Holi di India
Foto MWtour.co.id

holi_3
Foto Andy Basile Insight

8. Songkran di Thailand
Songkran ialah tahun baru dalam kalendar Thai. Ia biasanya disambut selama tiga hari dalam bulan April setiap tahun bermula 13 haribulan. Hari pertama digelar Maha Songkran, hari kedua Wan Nao dan 15 April Wan Thaloeng Sok, bersamaan dengan tahun baru.

Songkran kini sudah menjadi satu pesta yang disambut oleh segenap lapisan penduduk dan pelancong dan bukan lagi semata-mata keagamaan. Waktu ini sesiapa sahaja yang lalu akan ditembak dengan pistol air atau disimbah terus dari baldi 😁. Hang tak boleh marah, awat hang lalu kat situ?

Songkran disambut dengan meriah di bandar-bandar besar di Thailand. Jika di Malaysia kita boleh melihatnya di Pulau Pinang dan Kedah, di mana ada komuniti Siam di sana.

Festival Songkran tahun depan, 13 -16 April

Image result for songkran festival

9. Naadam
Budaya menunjukkan kekuatan lelaki ini berakar umbi sejak zaman pra-Gengis Khan lagi. Waktu itu pesta ini digunakan untuk scout top-notch talent untuk tenteranya. Tentera haruslah yang gagah perkasa, kan?

Acara yang dipertandingkan adalah bergusti, memanah dan berkuda. Yang menang tu kira lelaki idaman Malaya Mongolia lah. 

Pesta ini telah dimasukkan dalam Representative List of the Intagible Cultural Heritage of Humanity oleh UNESCO. Tempat/budaya yang dalam senarai UNESCO ni eloklah kita lawati dan pelajari.

Bila tu nak tengok? Tahun depan, 11-15 Julai di Ulaanbatar.

Image result for naadam

10. Carnival of Venice @ Mardi Gras
The Carnival of Venice (Italy: Carnevale di Venezia) ialah satu pesta tahunan yang diraikan di Venice, Italy. Carnevale ialah tradisi kristian menyambut permulaan Lent, 40 hari sebelum Easter pada Shrove Tuesday (Martedì Grasso or Mardi Gras), sehari sebelum Ash Wednesday. Dalam tempoh 40 hari tersebut penganut kristian berpantang daging.

Ia suatu perayaan musim sejuk yang besar di Italy dengan pesta keraian yang menghidangkan hiburan, muzik, masquerade balls dan perarakan. Festival ini sangat terkenal dengan pemakaian kostum serta topeng muka yang berbagai bentuk dan warna. 

Pernah tengok di Astro tak? Hos tu pun terpaksa rela pakai thong dalam perarakan.

Perayaan tahun depan akan diadakan pada 8-25 Februari 2020.

Related image

Related image


11. Carnival in Rio de Janeiro
Ia adalah karnival yang paling popular dan terbesar di dunia sejak 1723. Tujual sambutannya sama seperti Carnivale of Venice cuma tapi muzik dan orangnya lebih 'hangat' 😃😈. Peserta perarakan memakai kostum beraneka ragam, bermanik, unik sambil menari samba.

Perayaan tahun depan akan berlansung dari 21-26 Februari 2020.


12. Day of the Dead (Día de Muertos)
Di Mexico kematian dianggap sebagai satu keraian berbanding kesedihan. Adat ini berasal dari kaum orag asli di sana dan diraikan dengan penuh semangat di Pátzcuaro, kota suci Día de Muertos.

Perayaan ini disambut di seluruh Mexico terutamanya bahagian tengah dan selatan negara tersebut. Ahli keluarga dan kawan-kawan akan berkumpul untuk upacara sembahyang dan memperingati ahli yang sudah pergi. Mereka percaya roh si mati hidup dan meraikan bersama mereka. 

Hari sambutan akan datang, 2 November 2019.

Image result for Day of the Dead
Foto dari sini.

13. Running of the Bulls, Sepanyol
Pernah tengok tak lembu jantan sado dilepaskan dan mengejar orang awam? Haa... acara sembilan hari ini sedang berlansung sekarang ni sejak Sabtu lepas di San Fermin Festival, Pamplona.

Running of the bulls ini ialah acara berlari di hadapan lembu jantan. Ia merupakan sambutan musim panas yang dibuat di tengah bandar melibatkan enam hingga sepuluh ekor lembu. Lembu yang digunakan di Sepanyol adalah jenis toro bravo.

Tradisi berbahaya yang dimulakan sejak kurun ke-14 ini sebenarnya digunakan oleh penternak untuk mempercepatkan langkah lembu belaan mereka dengan cara menakut-nakutkannya. Kini acara ini telah menjadi tarikan pelancongan dunia dimana memana lelaki yang berani dikehendaki berlari di hadapan lembu dengan pantas dan selamat.

Berdasarkan berita CNN semalam tiga orang telah ditanduk/dirodok dek lembu jantan. Pada bull run atau "encierro" yang pertama Ahad lepas enam orang telah tercedera termasuk tiga yang kena rodok dengan tanduk tu. Salah seorang mangsa peguam dari Amerika yang mana tanduk lembu tembus tengkuk dan meretakkan tulang pipi. Pergh dalam giler... mujur tak kena salur darah utama. 

The first bull run took place this morning

Bak kato uwan den, ntah apo kojo... bondo takde pekdah dibuek eh 😁😁. Kita join La Tomatina je lah, kena baling dengan tomato je pun.. apadehal? Kat Spain juga pada Rabu terakhir bulan Ogos.


14. Notting Hill Carnival
Di United Kingdom banyak juga perayaan. Salah satunya NHC yang dimulakan sejak 1966 dan kini berjaya menarik sejuta pelancong dalam dan luar negara setiap tahun.

Sesiapa yang berada di London tahun ini bolehlah tengok pada 25-26 Ogos nanti.


15. Boxing Day - December 26
Ini kira pesta jugalah, pesta beratur untuk membeli-belah hahaha..."day after Christmas" sales!

Boxing day lah yang penting kan..kann..kannnn..? 😁😁😁


***
Semalam ada orang share video bakal pengantin lelaki satu suku kaum di Afrika dilastik telur (scrotum) oleh keluarga bakal isterinya. Gila dowh... apalah pekdah pertahankan adat tu? Tak sanggup nak tengok sampai habis. Bengong la... kesian lelaki tu berkerut muka mengaduh menahan sakit. Telur tu kan nak pakai? Tak bercucu sok baru tau.















Post a Comment

0 Comments