Peringatan untuk pelancong Malaysia | Jangan jadi syaitooonnnn | Ternampak status ini di satu travel group. OMG behave please, Malaysians!
These few years banyak terdengar bad review tentang Malaysian tourists. Ramai yang overstay- masuk United Kingdom, Australia, South Korea kemudian lesap tak pulang.
Ada yang booked BnB dua orang datangnya lima orang. Ada juga booked seorang datangnya sembilan orang. Kau rasa? Melampau giler. Dah terang maklumat room charge per pax.
Ada juga jenis bossy (ke...pemalas?) dah makan tak kemas meja restoran walaupun terang terang dah tertampal "sila kemas meja sendiri". Ni perangai bawa dari dalam negara yang susah diubat. Tengok sajalah di restoran, nak kumpul sisa makanan dan susun bagi elok pinggan mangkuk pun susah. Nak angkat ke tempat pengumpulan lagilah payah. Nanti workers/Bangla takde kerja katanya.
Pernah sekali ketika menginap di luar negara. Satu keluarga beranak tiga ni sewa satu bilik dalam apartment untuk beberapa malam. Bila ternampak bilik yang bersepah aku tanyalah, tak kemas ke? Dia kata sejak berkahwin dia tak pernah takde maid. Allahu...sebelum kahwin semasa duduk dengan emak mak kau tak marah ke nampak serabut camtu? haishh... Aku ni dah nak baring pun kalau cadar tak tegang aku tarik dulu. Macam manalah duduk reramai dalam keadaan tunggang-langgang macam tu? Bila check-out sure sama macam tu juga. Mujur owner dan cleaner asal Malaysia, takdelah sesiapa tahu mereka duduk sebilik dengan syaitan.
Cleaning fee yang dikenakan oleh Air BnB tu adalah untuk mengemas dan pembershan yang biasa dan BUKANNYA untuk kutip sampah yang bersepah atas meja atas lantai atau pam najis yang kau tinggalkan.
Bila kita ke luar negara, kita menjadi duta kecil Malaysia. Bergembiralah sepuasnya tapi jangan lupa ADAB sebagai rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu.
Please be like human.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.