Bagaimana untuk ke Changi Airport dari Kuala Lumpur (Terminal Bersepadu Selatan)?



Bagaimana untuk ke Changi Airport dari Kuala Lumpur (Terminal Bersepadu Selatan)? | Ada kengkawan traveler tegar duit kepok kepok selalu hunting tiket murah ke luar negara. Bagusnya mereka ni selalu juga share tiket murah yang mereka dapat which inspire others to do so.


Tapi kan, tiket murah tu departure city pula tak semestinya dari Kuala Lumpur. Ada yang dari Pulau Pinang, Singapura dan kadang-kadang dari Manila. Jadi kita boleh jimat banyak untuk perjalanan panjang tetapi membayar tambang biasa dari Kuala Lumpur/Malaysia untuk ke lapangan terbang tempat berlepas.

Biasanya untuk penerbangan jauh, Changi Aiport di Singapura menjadi city of departure. Lapangan terbang Changi merupakan salah satu lapangan terbang yang diiktiraf secara konsisten sebagai yang terbaik di dunia dari segi kecekapan dan kemudahan pengguna. Nak berlepas ke... nak transit sebentar... nak makan sajer... nak shopping barangan bebas cukai ke... semuanya boleh dilakukan di keempat-empat terminalnya. Terbaru, Jewel Changi Airport ditunjukkan kepada umum. Cantik gilos! Dah tengok ke??


Pengalaman menaiki bas ke Changi Airport, Singapura
Tahun lepas dua kali aku ke Singapura. Yang pertama ketika mengikuti melancong sehari dengan pakej murah Raini Travel. Kali kedua hanya ke Changi Airport mengikuti trip organized by MTN Gateways ke Belitung.

Nak naik pesawat tiket tak murah pula masa tu jadi pilihan terbaik adalah dengan menaiki bas. Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkidmatan ke Singapura dengan beberapa pilihan tempat menurunkan penumpang. Semestinya aku pilih yang ada MRT ke Changi Airport. Ada yang murah buat apa pilih yang mahal, ye tak? Perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam 40 minit.

Kondisi bas bagus tapi aku tak suka:
1) tempat duduk ditukar sesuka hati ni. Kita dah pilih kot... bukannya dekat KL-Singapura.
2) tak punctual
3) lagi satu, panas hati bila driver dok main handphone. Panjang doa aku selama berada dalam bas tu. Risaulah oii...

Image result for bas kuala lumpur ke singapura

Walaupun sekadar ke Singapura, ramai juga yang masih tak tahu cara ke sana termasuk ai sendiri. Dulu pernah naik bas biasa dari Larkin Sentral. Jenuh jugalah mencari bas apa, bertolak pukul berapa, turun di mana, ada sambungan MRT ke tidak, bla bla bla... bimbang tersesat di Singapura ni sebab nilai duitnya mahal 😅😅. Lebih baik terus buat yang betul, dahlah pergi time peak season Chinese New Year. 


Cara mudah membeli tiket bas
Kini zaman maklumat di hujung jari. Tekan tekan dah dapat tiket. Tekan tekan dah terbang duit 😁
Senang je... sila beli dari website ini:


Jika website pertama tak ada, cari di website lain. Bandingkan harga dan tempat kita nak turun, samada terus di T2 Changi Airport (bukan semua bas) atau di perhentian yang ada sambungan MRT seperti:

Novena Square - MRT Novena di aras bawah
Kitchener Complex - MRT Lavender di aras bawah
The Plaza Beach Road - 240m dari Nicoll Highway MRT

Sistem pengangkutan awam di Singapura sangat cekap. Nak lebih pantas mestilah pilih teksi atau e-hailing. Yang memilih perjalanan mudah dah murah ke Changi Airport, sila gunakan bas atau MRT. Please bring small denominations of Singapore Dollar for tickets purchases. 


Nota:
Bagi yang pertama kali ke Singapura, kita akan turun di JB CIQ bagi urusan imigresen dan kastam. Bas akan tunggu di tempat yang disediakan.

Selepas itu kita akan naik bas yang sama semula dan turun di Woodlands CIQ. Kali ini bawa turun beg sekali kerana pihak Kastam Singapura akan membuat imbasan beg. Nak masuk negara lain kannn... Singapura baru dikira negara lain eh.


Post a Comment

1 Comments

  1. perkongsian menarik, memang akan teringin ke sana pun

    jemput singgah : www.cikza.com

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.