Pameran Interaktif di Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery | Jika anda sedang berada di Kuala Lumpur dan ada beberapa jam masa terluang atau ibu bapa yang sedang mencari aktiviti agar anak-anak tidak mengira waktu menunggu Maghrib di bulan puasa ni, saya cadangkan anda untuk ke sebuah muzium moden yang menceritakan sejarah sistem kewangan negara serta kesenian.
Sejarah penubuhan Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Akta BNM 1958 ini telah digantikan dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009 berkuatkuasa 25 November 2009. Bank Negara Malaysia (Bank) merupakan badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Bank bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan.
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia pula ditubuhkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam, dan perancangan kewangan bersama-sama Bank Negara yang memainkan peranan penting dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa hadapan. Galeri Seni disini mempamerkan koleksi-koleksi seni Bank Negara dari bumi Asia Tenggara dan Malaysia dan diperolehi sejak tahun 1962.
Bangun muzium ini direkabentuk moden tetapi tidak mewah dan masuk pula percuma. Walaupun free entrance tetapi bahan pamerannya bukan lekeh ye... bertema, ineraktif dan impresif! Instagram worthy too. The most interesting is the nautilus staircase! Tangga berlingkar di tengah lobi bersambung ke setiap tingkat. Dengan gembira sekali aku naik tangga tu hahaha... Cantik giler bergambar kat sini.
"The nautilus staircase" ini berinspirasikan ikon grafik utama yang digunakan di keseluruhan bahan komunikasi Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery. Ia memberi makna keiinginan untuk menimba ilmu yang tidak pernah padam. Lingkaran dalam bentuk grafik ini menggambarkan perasaan ingin tahu dan minda yang sentiasa bertanya kenapa mengapa bagaimana di mana? Curiousity.
The Nautilus staircase. Foto @alifsatar
Muzium empat tingkat ini terbahagi kepada LIMA galeri pameran iaitu:
Tingkat Bawah
Galeri Kanak-Kanak
Tingkat 1
Galeri Bank Negara Malaysia
Galeri Kewangan Islam
Galeri Ekonomi
Tingkat 2
Galeri Numismatik
Galeri Pameran Sementara
Tingkat 3
Galeri Seni utara dan selatan
Kedai muzium di tingkat bawah juga menjual barangan cenderahati yang menarik dan unik. Buku terbitan BNM pun ada, sesuai untuk bacaan sendiri atau hadiah kepada kenalan. Berbaloi sangat bagi buku kepada orang yang suka membaca. Kalau bukan bulan Ramadan bolehlah kita makan minum di kate kat tingkat bawah. Sedap!
Tingkat Bawah
Galeri Kanak-Kanak
Tingkat 1
Galeri Bank Negara Malaysia
Galeri Kewangan Islam
Galeri Ekonomi
Tingkat 2
Galeri Numismatik
Galeri Pameran Sementara
Tingkat 3
Galeri Seni utara dan selatan
Kedai muzium di tingkat bawah juga menjual barangan cenderahati yang menarik dan unik. Buku terbitan BNM pun ada, sesuai untuk bacaan sendiri atau hadiah kepada kenalan. Berbaloi sangat bagi buku kepada orang yang suka membaca. Kalau bukan bulan Ramadan bolehlah kita makan minum di kate kat tingkat bawah. Sedap!
Lawatan berfaedah Geng Bas Sekolah
Oleh kerana kami menginap di Sofitel Damansara waktu itu, perjalanan ke sini sangat dekat dan mudah. Kelebihan membuat lawatan ke sini kita juga boleh melawat beberapa lagi tarikan pelancongan menarik di sekitarnya yang berjarak dalam 2km sahaja. Paling dekat Memorial Tun Hussein Onn kalau tak silap, dekat betul. Nanti ai cerita satu persatu since bulan Ramdan ni mereput je kat rumah 😃😃 hmm... kalau dapat gi shopping kat Bandung ke Bangkok ke sebelum raya ni best juga kan? Pergi Banda Aceh pun best juga. Meriah beb masjid kat sana. Kalau lah...
We went there during weekend so as expected kawasan tu memang lengang ler. Simpan beg di locker (deposit RM5) dan terus ke Galeri Kanak-kanak.
Bebudak suka ke sini sebab ia bukan seperti muzium yang tipikal. Sila peruntukkan sekurang-kurangnya dua jam di sini ya. Aku rasa itupun tak cukup sebab banyak sangat yang hendak dilihat dan dibaca. Bahan pameran menunjukkan kemajuan Malaysia dekad demi dekad terutamanya tentang wang dan ekonomi.
Galeri kanak-kanak sangat menarik. Aku merancang ke sini selepas melawat booth BNM sempena sambutan Hari Muzium Malaysia di Melaka tahun lepas. Menarik pula terowong duit tu. Duit kertas itu adalah koleksi Ringgit Malaysia sejak diperkenalkan di Malaysia. Memana not kertas yang dah tak dicetak lagi boleh tengok kat situ. Rasa tua benar bila nampak duit tu hahah...duit zaman aku sekolah kot.
Foto Harian Metro
Ingat lagi kita belajar menekap gambar dulu?
Sebahagian bahan pameran:
Mesin cetak duit.
Barang-barang yang digunakan untuk "barter trade" sebelum penggunaan mata wang rasmi.
1. Gelang perak daripada tempat simpanan masyarakat kuno Mesir digunakan pada abd ke-14 sebelum masehi. Pembayaran dibuat berdasarkan berat logam dan bukannya rupa.
2. Rantai manik - pada zaman Borneo hingga kini rantai manik dan barang hiasn digunakan untuk menunjukkan kekayaan seseorang.
3. Pemberat gangsa dari Myanmar (dulu Burma) - pemberat gangsa berbentuk haiwan seperti gajah, burung, lembu dan singa digunakan untuk menentukan berat barangan di pasar harian.
4. Songket dan syiling - duit syiling dijahit pada kain tenunan sebagai simbol kekayaan pengantin perempuan bagi suku kaum di Borneo.
Not RM1000 yang tidak dicetak lagi. Pemberhentian pengeluaran wang kertas RM500 dan RM1000 berkuatkuasa pada 1 Julai 1999.
Muzium ini juga menyediakan lawatan berpandu (guided tour) setiap hari pada pukul 10 pagi dan 3 petang pada Khamis.
"Ayah, adik teringin nak pergi Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery", bisik anak.
Cara untuk ke Sasana Kijang dengan pengangkutan awam:
KTM – Stesen Bank NegaraLRT – Stesen Bandaraya
Parkir juga disediakan di LG4 and LG5 dengan kadar:
RM5 sekali masukHujung minggu dan cuti umum PERCUMA
Pengumuman
Untuk makluman semua, waktu operasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia & Kedai Muzium akan diawalkan dalam bulan Ramadhan 1440 Hijrah/2019 seperti berikut:
Isnin, 6 Mei sehingga Selasa, 4 Jun 2019
9:00 pagi - 5:00 petang
Isnin, 6 Mei sehingga Selasa, 4 Jun 2019
9:00 pagi - 5:00 petang
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia & Kedai Muzium akan ditutup bermula dari hari:
Rabu sehingga Jumaat, 5 Jun hingga 7 Jun 2019
Rabu sehingga Jumaat, 5 Jun hingga 7 Jun 2019
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia & Kedai Muzium akan meneruskan operasi seperti biasa (10:00 pagi - 6:00 petang) pada hari Sabtu, 8 Jun 2019 dan seterusnya.
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!
Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery
Sasana Kijang
E-mel: infomuseum@bnm.gov.my
Tel: +603 9179 2784
Faks: +603 9179 2161
Sasana Kijang
2, Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur
E-mel: infomuseum@bnm.gov.my
Tel: +603 9179 2784
Faks: +603 9179 2161
Waktu beroperasi: 10 pagi hingga 6 petang setiap hari
1 Comments
Love these blog.
ReplyDeleteRegards.
promoswithin.com
coopanz.com
savingjet.com
Feel free to leave your comment below. Thank you.