Masjid Negara | Masjid yang seronok untuk bersolat Tarawih



Masjid Negara | Masjid yang seronok untuk bersolat Tarawih | Assalamualaikum semua... salam Ramadan al mubarak. Sekejap saja dah hari kelima kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu kan? Semoga amal ibadah kita selama ini diterima Allah.


Dari sehari ke sehari nak menulis tentang Masjid Negara sejak kami bercuti di Kuala Lumpur Disember lalu. Seumur hidup inilah kali pertama aku ke sana, sedih betul padahal ia destinasi wajib para pelancong asing. Boleh kata semua memuji keindahan senibinanya, kebersihan lantainya. Mujur ada anak-anak kecil maka tercapai hasrat aku. Mak mereka ni kan macam tour guide, tunjukkan mana Planetarium Negara, Parlimen, kediaman bekas-bekas Perdana Menteri, Tugu Negara dan memacam lagilah. Memang sejenis percutian pendidikan. Kita kena cipta kenangan, hal kecil seperti inilah yang anak-anak akan ingat suatu hari nanti. Kau melaung sampai naik angin kejutkan mereka bangun sahur mereka takkan ingat pun.

2 Ramadan 1440H anak dara WA gambar dia dan kengkawannya solat tarawih di Masjid Negara. Katanya, "best ma... ramai jemaah. Kat sini solat 20 rakaat. Imam baca surah panjang tapi 9.30pm dah selesai".  Wah bagusnya! surau kat tempat aku 9.30pm tu untuk 8 rakaat je, tapi... lepas rakaat ke lapan ramai orang Malaysia balik 😃, katanya.  Nak balik makan heavy meal kot eh. Menggigil dah kot berbuka puasa makan kurma je hahahah....

Image result for masjid negara
Sumber KL Pass

Masjid Negara lambang keagungan Islam
Masjid ini menjadi simbol yang menyatakan bahawa agama rasmi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu ialah Islam. Ia dirasmikan pada 27 Ogos 1965 oleh Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan, setelah dua tahun dibina.

Waktu itu, masjid ini merupakan antara masjid yang termoden di Asia Tenggara. Bangunan masjid ini menggunakan tanah seluas lima ekar daripada keseluruhan 13 ekar dan mampu mengisi 15,000 jemaah. Lokasinya pula strategik di tengah kotaraya Kuala Lumpur dengan diapit oleh Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang sangat cantik binaannya, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird's Park), Pos Malaysia dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Lokasi ini dikatakan dipilih oleh Tunku Abdul Rahman untuk memudahkan orang kampung yang tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk bersolat

Terdapat tujuh pintu masuk untuk kemudahan pengguna. Dindingnya dipasang batu berlubang yang memberikan pengudaraan yang baik. Ruang terbukanya pula luas untuk menampung limpahan jemaah ketika solat Jumaat dan solat sunat hari raya. 

Sebagai tanda penghargaan kepada terhadap jasa-jasa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada rakyat, sebulan sebelum hari kemerdekaan Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid. Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut kemerdekaan dicapai. Bagaimanapun, Tunku menolak untuk dinamakan sempena nama beliau sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

Pada tahun 1987 Masjid Negara diubahsuai dengan menyeluruh, dan atap yang dahulunya kusam kini bergemerlapan dengan jubin hijau dan biru. Hari ini Masjid Negara berdiri megah dan bergaya dikaki langit Kuala Lumpur. Laluan bawah tanah menyambungkannya dengan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.


Senibina moden bercirikan Islam
Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (UK), and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Bentuk berlipat atap konkrit utama merupakan penyelesaian kreatif bagi mencapai ruang yang besar bagi dewan sembahyang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan. 

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden. - wikipedia. Maklumat lanjut di sini.

Kerajaan Brunei telah menderma RM25,000, Yayasan Shaw RM26,000, lebih seribu orang menderma RM1,000 seorang dan sejak kempen pembinaan masjid dimulakan, Senator J.S. Crawford (ahli Dewan Negara) mendermakan RM250 setiap bulan sehingga Masjid Negara siap sepenuhnya, Kerajaan Persekutuan tentunya menjadi penyumbang terbesar projek ini.









Makam Pahlawan
Di sisinya ialah kawasan perkuburan khas untuk pemimpin dan ahli politik tertentu yang banyak berjasa kepada negara. Makam Pahlawan turut memiliki struktur atap konkrit bintang bucu 7 sepertimana masjid itu sendiri.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara pada 6 Julai 2007.

Penghuni pertama Makam Pahlawan ini ialah Tun Dr Ismail pada 1973. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990 dalam usia 87 tahun disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah.

Image result for makam pahlawan masjid negara
Makam Pahlawan di Masjid Negara. Makam yang di dalam kubah ini ialah milik Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak, Tun Huseein Onn dan Tun Ghafar Baba. Jenazah pemimpin lain disemadikan di luar kubah. Sumber goKL.my

For non muslim visitors, you are welcome to see our amazing National Mosque outside the prayer time. Visitors a required to be appropriately dressed while visiting this mosque. Robes and headscarves will be provided for ladies and sarong for man. Guided tour by volunteer also available.


Masjid Negara
Jalan Perdana
Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur


**Panduan solat Tarawih oleh JAKIM di sini.




Post a Comment

1 Comments

  1. Besar masjid negara ni. Seronok solat tarawih berjemaah berbanding sendirian. Lagipun dalam bulan puasa je ada solat Tarawih.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.