Assalamualaikum.
Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah telah mengeluarkan kenyataan media mengenai Pelan Pengurusan Lalu Lintas daerah Kuala Pilah sempena Eidul Fitri 2019 yang akan berkuatkuasa selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 Jun 2019.
Pelan bermusim ini bagi memastikan kelancaran trafik di sepanjang jalan Seremban-Kuala Pilah dan di pekan Kuala Pilah itu sendiri. Ada beberapa persimpangan akan ditutup di tengah pekan.
Nak kencing pun tak boleh huhuu...
Isi penting dalam siaran ini ialah:
Lampu trafik akan DITUTUP bermula dari SK Ulu Bendul hingga Ampang Tinggi. Sesiapa yang keluar dari Kg Parit tu konolah u-turn kek dopan Giant.
Laluan Alternatif ke Kuala Pilah/Kuantan
1. Seremban-Kuala Klawang-Simpang Pertang-Muadzam Shah-Kuantan
2. Rembau-Bandar Baru Serting-Muadzam Shah-Kuantan
3. Tanjung Ipoh-Ranjau Hantu-Kuala Pilah
4. Terachi-Seri Menanti-Senaling
Semoga kita semua tabah menempuh kesesakan jalanraya hiksss...
SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI !!
**Husband cuti seminggu tapi kami tak balik utara kot, lari bajet kalau sewa van sebab lepas raya banyak nak guna duit. Have to give priorities to more important things, kami tak mohon PTPTN so try to survive dengan apa yang ada sahaja. Kalau mak baca, kami minta maaflah noo...😢😢**
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.