Hotel Review | Chatrium Hotel Royal Lake, Yangon | Hello...! Rasanya dah lama juga tak buat hotel review. Oleh kerana bermula Jumaat ni anak-anak akan bercuti panjang so I think this is the suitable time to share. Manalah tahu kan ada plan nak ke Yangon. Minggu ni pun Isnin cuti, Selasa kerja/sekolah, Rabu cuti lagi... aiyooo banyak giler cuti. Penunggu rumah macam aku je tak cuti.
Okay, just want to make it short. Chatrium Hotel Royal Lake ini bertentangan dengan Kandawgyi Lake. Jadi walaupun hotel tu di bandar tapi rasa nyaman jugalah sebab ada unsur air dan pokok. Paling bagus kalau kita dapat bersenam di situ pagi atau petang.
Lobinya agak luas dengan hiasan mini pagoda dan sofa empuk berwarna gelap. Selesa betul duduk bersandar kat situ terutama orang yang overweight, terletak elok je hahahah....
Bilik aku Grand Deluxe Room Lake View tapi boleh nampak Shwedagon Pagoda juga dari balkoni. Memalam pagoda tu nampak bersinar terang dengan limpahan cahaya lampu. Tilam memang selesalah, siap ada pillow menu lagi. Oleh kerana aku tak suka kaki sejuk, permaidani yang dihamparkan ke seluruh ruang bilik sangat membantu. Warnapun ceria je. Dengan saiz 40m3 keluasan bilik itu sangat selesa untuk dua orang.
Swimming pool pun besar, puaslah berkuak dari hujung ke hujung 😁
Dekat dengan tempat shopping tak?
Tempat membeli-belah terkenal ialah Aung San Market atau lokal sebut Bogyoke Market (dibunyikan Bojok). Di sini berbagai barang dijual seperti cenderahati, t-shirt dan longyi. Cecantik tau longyi tu tapi panjangnya 2.15 meter je. Harga memacam maklumlah tempat tumpuan pelancong... Sutera Thai pun banyak. Jarak dari hotel ke Aung San Market 4.6km. Agak jauh jadi kita call Grab/Uber lah senang.
Untuk ke ikon Myanmar, Shwadagon Pagoda jaraknya 3.1km. Ke sinipun kena naik Grab/teksi juga.
Harga bilik hotel ini bermula dari USD85 semalam. Boleh tahanlah kan, tak surprise sangatlah sebab rental rates di Yangon ialah USD80 semeter persegi, lebih mahal daripada kadar purata di Singapura.
Foto Chatrium Hotel
Syarikat penerbangan yang servis laluan KUL-RGN ni ialah Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo, Myanmar Airways International. Tempoh penerbangan hanya 2 jam 40 minit sahaja.
Chatrium Hotel Royal Lake Yangon
40, Natmauk Road
Tamwe Township
Yangon 11211
Myanmar
Tel : +95 (1) 544 500
Faks: + 95 1 544 400
E-mel: info.chry@chatrium.com
https://www.chatrium.com/chatrium/royallakeyangon
hmm...panjang juga entry ni.
Faks: + 95 1 544 400
E-mel: info.chry@chatrium.com
https://www.chatrium.com/chatrium/royallakeyangon
hmm...panjang juga entry ni.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.