Band lagenda dari Ireland, Boyzone, akan mengadakan konsert jelajah terakhir mereka "Thank you and Goodnight Farewell" di Kuala Lumpur Jun nanti.
Dianggotai Ronan Keating, Keith Duffy, Mikey Graham dan Shane Lynch, konsert ini mengambil nama album studio terakhir Boyzone yang dipasarkan sejak November 2018. Setelah 25 tahun bersama dalam industri muzik, album dan konsert jelajah yang dibawakan oleh Wowstar Creative Entertainment ini menjadi yang terakhir untuk peminat yang selama ini menyokong mereka.
Mereka akan mempersembahkan beberapa hits terbesar termasuk “When You Say Nothing At All,” “No Matter What” dan “Love Me For A Reason.”. Aku pun baru tahu iu semua lagu-lagu mereka hahahah... sejak masuk ke alam dewasa aku jarang amik pot tentang artis but I DO LOVE MUSIC. Jadi dengar dengar camtu je lah, siapa penyanyi.. kumpulan apa tak ambil tahu sangat pun. Tu yang bila tengok video Boyzone satu persatu di youtube, I was like...eh lagu ni boleh ikut dengan lancar, eh biasa dengar lagu ni, eh itu eh ini 😁😁
Yang lebih membuat ternanti-nanti, bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu iaitu Brian McFadden akan menjadi tetamu istimewa dalam konsert terakhir Boyzone ini.
Lama dah tak dengar live music. Moh le kite! Lepas ni takde dah konsert Boyzone.
Maklumat Konsert:
Acara: "Boyzone "Thank you and Goodnight Farewell" Tour in Kuala Lumpur"
Tarikh & Masa: 14th Jun 2019 / Jumaat / 8.30 malam
Tempat: Stadium tertutup Melawati, Shah Alam
Mengenai Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd.
ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran.
Untuk maklumat lanjut, sila merujukkan kepada laman FACEBOOK ini:
https://www.facebook.com/WowstarCreativeEntertainment/
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.