Indonesia | Nak shopping, tau apa yang MURAAAHHH di Bandung?



Kali terakhir aku ke Bandung ialah pada 2015. Trip tersebut banyak membuang masa sebab aku mendarat dan berlepas di Jakarta. Walaupun rasa tak best tahun ini sekali lagi aku buat trip macam tu atas alasan, flight tickets pergi balik Bandung ya rabbi mahal. Pada aku setakat ke Bandung yang dekat tu kalau mahal tangguhkan aje dulu atau buat plan B. Lagipun ini dah kali kelima ke sana.


Di Jakarta flight Air Asia akan mendarat di Terminal 2 Bandara Soekarno Hatta. Antara satu terminal ke satu terminal jauh jugalah, kena naik bas atau skytrain. Gate diasingkan mengikut pesawat.

Untuk ke Bandung dari bandara, kita ikut je signboard untuk ke terminal bas di luar lapangan terbang tu. Ada beberapa bas seperti Primajasa dan Lintas yang akan terus ke Bandung. Tanyakan turunnya di mana, ya. Harga tiket sekitar IDR115,000 untuk bas dan IDR170,000 untuk shuttle (van). Dah sampai Bandung nanti naik je Grab car atau teksi Bluebird/Gemah Ripah ke hotel.

Ai hari tu naik train ke Bandung dari Stesen Kereta Api Gambir sebab nak uruskan sesuatu di Jakarta dulu jadi kenalah ke kota Jakarta dengan bas Damri, tambangnya 40k rupiah. Naik train best tau, sepanjang jalan boleh lihat pemandangan sawah padi, bukit bukau, kampung dan lain-lain.


Apa yang MURAH benar di Bandung?

Trip kali ini aku fokus untuk membeli beberapa barang je. Tak banyak tapi habis berjuta jugalah siap pi tukar lagi MYR dan baki SGD tahun lepas huhuhuuu... Bukan senang oii menahan nafsu membeli di Bandung 😂

Di Jakarta nak buat satu perkara ni je, repair kamera di Harco Pasar Baru, Jakarta. Bangunan HPB dah lama, nampak buruk tapi di sinilah orang perbaiki kamera, beli barangan salun rambut, tempah pakaian pengantin (cantiknya wedding dress kat atas tu..). Di bahagian luar pula banyak kedai kain. Ramai betul orang beli kain, agaknya lepas ni tailor tak terima dah tempahan Eidul Fitri. Batik ela pun cecantik.

Tauke kedai kamera tu janji hari Ahad siap jadi dengan penuh harapan aku pergi collect sebelum depart ke tanah air tapi hampa... tak di buat pun. Staf dia kata, "saya ga tau ada yang ini". Ggrrr...

Di Bandung pula nak beli yang di bawah ni je sebenarnya sebab memang berbaloi pun beli di sana.
1) beli telekung
2) beli kemeja batik
3) beli kerepek
4) beli/refill perfume
5) beli buah avokado - tak beli sebab terlupa 😡. Yang isi mentega tu depa juai 25k rupiah sekilo.


Pusat tumpuan membeli-belah?
Tentulah Pasar Baru Trade Centre. Aku pun sewa hotel belakang tu je sebab nak senang ulang-alik. Lagipun di belakang bangunan pasar baru ni ada pasar basah dan kedai yang menjual barangan dapur. Kalau balik dari Bandara Hussein Sastranegara memang memacam aku beli maklumlah baker... konon.


Kat mana nak beli telekung?
Aku rasa di setiap tingkat ada kedai telekung. Sekarang aku tak beli yang murah semata tetapi yang cantik, berkualiti dan harga VIP di Malaysia. Haa gitu. Aku ditawarkan satu set telekung yang ada poket dengan zip sorok termasuk di kainnya, sangat sesuai digunakan ke surau/masjid/haji/umrah. Lebih selamat menyimpan hotel access card dan duit di situ.

Aku cari di kedai lain tapi takde (atau tak jumpa sebab masa singkat nak explore semua). Kesudahannya beli jugalah di AA Rizky di lantai 1 dengan harga IDR275,000=MYR80. Sulamannya terus dibuat diatas telekung dan bukannya ditampal. Pekerja tu kata mereka supply ke satu travel agency yang mengendalikan umrah dan haji yang terkenal di Malaysia.


Kat mana nak beli kemeja batik?
Aku nak beli untuk bapaknya dan tiga anak bujang sebab nampak lawa pula influencers pakai masa kat Belitung. Di semua tingkat ada dijual, harga berbeza mengikut kualiti kain dan corak. Ada batik cop ada jenis tulis, off course batik tulis lebih mahal (eh masih berpatutan) harganya.

Aku nak cari yang murah je sebenarnya sebab bukan nak pakai selalu. Bila dah beli 4 helai baru terjumpa yang berharga 50k dan 75k 😔. Pandang je lah sebab bajet untuk itu dah habis. Rasanya yang murah tu di lantai 3 atau 4. Cari kedai bahagaian belakang.

Kain batik pula aku berkenan sangat yang di Laukawar, Blok A Lantai 2. Aku kalau berkenan je mesti mahal hukhuk... taste mak datin kata kawan 😁😁. Aku dok fikir kain je 220k, baju siap 150k, nak tempah kain lagi? Banyak yang cantik takkan nak beli sehelai je? Ai tak suka shopping sesikit ni heheh... Jadi abaikan dulu, fokus kepada yang dalam list!

Owner tu kata kelmarin Sajat datang ke kedai dia. Sajat kata "murah giler" kain-kain kat situ. Haruslah kan... Sajat tidur atas duit. Aku ni, tahun ni nak ke Bandung tahun 2018 dah beli tiket. Itupun mujur dapat yang RM112.


Kat mana nak refill/beli perfume?
Ada banyak penjual perfume di Bandung. Ada yang recommend beli di kedai tertentu. Aku rasa kebanyakannya menjual 1000 rupiah/ml tapi di tempat ramai pelancong 'berduit' akan lebih tinggi sikit, ada yang 3000k rupiah/ml.

Sila pastikan harga sebenar sebelum membeli. Mungkin pada anda ia tetap murah tetapi janganlah membayar lebih daripada orang tempatan. Murah tapi kena tipu, nak?


Kat mana nak beli kerepek?
Kerepek ni referring to pisang salai, tempe, onchim, batagor dan memacam lagi yang aku tak tahu namanya. Ada sejenis yang putih tu diperbuat daripada ubi.

Setiap kali ke Bandung aku akan beli di kedai Barokah berhadapan dengan Terminal St Hall di Kebun Jati sebab dia goreng di sana. Dekat je dengan Pasar Baru. 


Kat mana nak beli kopi?
For coffee lovers boleh try kopi Aroma. Kedainya di depan Pasar Baru tu je, jalan terus ke depan sehingga terbau aroma kopi. Biasanya akan ramai orang beratur di situ.

Eh, takkan tu je? Mestilah ada... 'terbeli' juga blouse di kedai depan escalator lantai 4. Murahhhh..! Walaupun tak banyak pilihan tetapi setiap blouse diberi pattern lengan yang berbeza, ada hujung lengan beriben, ada yang kembang payung, ada yang bertingkat. Aku beli dua, satu untuk anak dara tapi aku berharap dia tak nak hahahaha.... ayah dia dah belikan telekung kot. Bed sheet, beg tangan, kasut aku pass by je tak mau belek belek kang pi cari money changer lagi.


Tempat shopping lain di Bandung
Itu kisah shopping murah di Pasar Baru. Bandung tu besar jadi ada juga tempat lain yang boleh kita ushar. Tak jauh dari kedai kerepek tadi ada sebuah kedai menjual kain. Di sana juga ada kompleks kedai yang menjual kain secara borong.

Yang baju branded di Factory Outlet, jeans di Chihampelas, barangan kulit di Cibaduyut, rumah kain... ramai dah tahu kot? Kalau jenis tak kisah dan sesaja nak melawat kawasan sila ke tiga tempat ni pula:

1) Pasar Andir di Cieroyom (2.7km dari Stasiun Kereta Api Bandung)
Pasar ini tak sebesar Pasar Baru tidaklah semolek PB juga, tu yang aku kata kalau teringin nak tengok bolehlah try gi sini. Yang banyaknya baju je.. kalau rajin mencari dapatlah yang bagus kualitinya seperti di Factory Outlet tetapi lebih murah.

2) Cimol Gedebage (15km dari Stasiun Kereta Api Bandung, terbakar 2018) 

Penduduk tempatan suka ke sini. Banyak menjual barangan imitasi, barang bekas (terpakai) dan buatan China.

3) Pasar Antri Cimahi dan Cimahi Mall (11km dari Stasiun Kereta Api Bandung)

4) Kalau suka ke shopping mall boleh pergi ke Paris Van Java, Istana Plaza, Trans Studio Mall, Festival Citylink, BTC Fashion Mall, Chihampelas Walk, Braga City Walk dan 23 Paskal.


Itu sajalah kot. Jika ada penambahan kindly comment or e-mail me at ruggedmom@gmail.com .


Nota:
**Antara hotel yang walking distance ke Pasar Baru ialah Swissbel, Reddoorz, Kenangan, Golden Flower, Gino Ferucci**




Post a Comment

7 Comments

  1. Nak tny tiket train gambir-bandung tu boleh beli walk in ke?maksudnye Ade seat ke kalau walk in?

    ReplyDelete
  2. Nak tny tiket train gambir-bandung tu boleh beli walk in ke?maksudnye Ade seat ke kalau walk in?

    ReplyDelete
  3. Kalau dari Malaysia beli kat tiket.com. Kalau beli sewaktu di disana beli dari apps Kereta Api Indonesia dan bayar di Indomaret/Alfamart.

    ReplyDelete
  4. kalau refill perfume tu, bole bwk naik flight ke Puan?

    ReplyDelete
  5. Boleh, hand carry boleh bawa max 100ml. Jangan refill dalam botol besar sebab walaupun 100ml je isinya tapi botol bersaiz lebih daripada 100ml kastam akan rampas juga.

    ReplyDelete
  6. best dapat shopping sana nak2 lagi dpt tengok item depan mata puas la belek2 sebelum beli.. heee tapi kalau yang nak shopping kat indonesia depan PC jom try service saya. saya ada buat service beli barang dari indonesia. boleh beli dari tokopedia, bukalapak dan juga shopee indonesia. kadar pos ke Malaysia RM40/kg bergantung pada berat dan tumpang link ye admin

    https://tolongbeli.com.my/2020/05/11/kini-malaysia-boleh-membeli-di-tokopedia-bukalapak-shopee-indo-dan-sebagainya/

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Wr Wb. Tuan / Puan, Abang / Akak
    Kami dari Primera Trans Bandung, penyedia layanan Transportasi Wilayah Bandung - Jakarta dan sekitarnya
    Jom cuti2 Bandung,
    284 RM/ kepala
    4 Hari 3 Malam
    Murah tapi tak murahan..
    harga budget service 5 star...
    Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉

    sudah masuk sekali
    ✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
    ✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
    ✅ Tea maker dalam bilik
    ✅ Makan pagi
    ✅ Airport transfer
    ✅ Transport untuk tour 4 hari
    ✅ Supir yang ramah dan berpatutan
    ✅ Minyak
    ✅ Tol
    ✅ Parking
    ✅ No tipu tipu
    ✅ Kereta with good aircon

    Minat dapat hubungi kami

    whatsapp admin jangan lupa
    +6285318490001
    email : primeratrans@gmail.com
    facebook : https://www.facebook.com/primeratransbandung/
    instagram : https://www.instagram.com/primera_trans/
    google maps : https://goo.gl/maps/aDcWqUCybVxkMfe2A
    website : https://primeratrans.blogspot.com/
    : https://primera-trans-bandung.business.site/

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.