Lingga Trip | Menjejak Milky Way di Pulau Batu Belubang



Our Lingga trip bermula di Batam. Kami sampai awal sehari mengikut jadual awal yang diberi. Nak tukar dah tak boleh kerana waktu tu high season, cuti raya Cina. Jadi sempatlah kami berjalan-jalan sekejap.


Masa setengah hari yang ada tu kami jalan-jalan di shopping mall kat Batam Centre, gi makan, gi pasar malam. Gi ambil gambar berlatar belakangkan "Welcome to Batam" je pun di pasar malam tu 😃. Makanan di AMATI Coffee Tea Resto tu sedap sungguh.  Kafe hipstur di tempat kita dah tentu menghidangkan kek, pastri dan western food tetapi yang di AMATI makanan tempatan. Sedap! Baru dibuka dua bulan tapi agak jauh sikitlah dari Batam Centre, di Buana Central Park kat Jalan Jenderal Soeprapto (Instagram@amati_coffee) . 

Chef David kata memasak jangan disulitkan. Betul gak eh? They start with local delicacies dulu... in future akan introduce makanan lain. Makanan yang kami cuba tu semuanya sangat sedap tapi aku tokleh gi dengan tapai ubi goreng keju walaupun depa semua kata sedap yakmats. Kenot go...




Kami bermalam di Hotel Redlink tak jauh dari pelabuhan Batam Centre. Tak sure ada restoran ke tidak deret tu tapi memalam ada banyak gerai di depan dan seberangnya. Di belakangnya ada pasar, ada orang jual makanan halal juga untuk breakfast. Ada family Mart berdekatan. Hotel ni bertaraf dua bintanglah kot tapi menurut Bapak Sardi (pengurus/pemilik) mereka ada hotel lain di Selat Panjang dan Skudai, Johor. Paragon International School pun mereka punya. Dia kata ramai orang Malaysia menginap di Hotel Redlink disebabkan kedudukannya memudahkan mereka 'pulang ke pangkal jalan' (tak, dia kata dekat dengan pelabuhan).


Dari Batam ke Pulau Batu Belubang
Majlis penutup Nongsa Neptune Regatta 2019 berlansung di Desa Batu Belubang. Kami naik feri dari pelabuhan Telaga Punggur selama 2 1/2 jam dan transit di Dermaga Chempa Pasir Panjang, kecamatan Senayang, kabupaten Lingga. Feri yang memula tu akan terus ke Dabo Singkep. Berlepas 10.50 pagi, sampai Dermaga Chempa 2.20 petang. 3 1/2 jam... fuhh!!

Dari Dermaga Chempa kami naik chartered boat ke Pulau Batu Belobang lagi setengah jam lebih kurang. Kali ni adventure sikit, kami berempat duduk di atas bumbung bot walaupun panaih lit lit. Nak experience punya pasai. Aku tanya Edo, kamu pandai berenang ngak? Dia angguk. Lega mak hahahha...



Sampai tercabut shawl duduk atas bumbung bot 😂

Bila sampai... my first thought was "bersihnya!". Selalunya perkampungan tepi laut ni kotor, segala benda dibuang ke laut tetapi yang ini impressed kami dibuatnya.

Kami disambut mesra oleh Bapak Kepala Desa (ketua kampung) dan beberapa orang penduduk kampung lalu dijemput makan tengahari di rumah Kepala Desa. Rumah beliau yang pertama kita akan jumpa bila mendarat.




Jika di Batam bahasa Indonesia digunakan, di sini, di kepulauan Riau seperti Karimun, Tanjung Pinang dan Daik menggunakan Bahasa Melayu yang aku rasa 90% sama macam kita. Siap ada "auk" seperti orang Sarawaak tu. Malah di Batam tu ada perkampungan Melayu. Patutlah masa aku di Bandung dulu pak supir tu suruh aku mengaku orang Riau semasa nak naik ke Gunung Tangkuban Perahu. Tiket masuk untuk pelancong asing kan melampau mahalnya. Aku tak ikutlah cakap dia sebab aku belum pernah ke Riau, lagipun kalau nak menipu pun kenalah study dulu buat facts finding (oh my.. complicated nya aku hahahah) Nak tipu macam mana, dia tengok muka aku dan penumpang belakang terus tembak, orang Malaysia 350k rupiah ↠↠↠ Staf perempuan memang bagus jaga duit 😂

Di PBB tiada inap desa (homestay) jadi orang yang ke sana kena tinggal di rumah penduduk. Kita kenalah bayar pakej makan, tempat tinggal, pengangkutan semua.. itu kena berhubung dengan Pak Hasnan, ketua masyarakat di situ. Bagi yang more adventurous pacak je khemah kat tepi pantai tu TAPI mestilah berhubung dengan penduduk dulu, masuk kampung orang kan?

Cantik tau air laut tu jernihhhh sangat! Allahu geram betul! Indah sangat pemandangannya macam yang kita selalu nampak dalam brosur resort mewah. Yang ini di belakang kampung aje. Kami di bawa ke Batu Belubang menggunakan jalan jauh yang kena hiking sekejap bertujuan untuk memperlihatkan betapa cantiknya pantai dari pandangan atas.

Sempatlah menikmati keindahan kampung semasa dalam perjalanan menuju ke pantai tu. Alangkah bagusnya kalau anak-anak kita boleh lepas bebas sebegini... mak ayah tak perlu risau pun sebab anak-anak takkan pergi jauh. Permainan mereka pun semua mengeluarkan peluh. Beria pakuk gasing orang!


Gambar tengah kiri, pasar malam.

Rendam kaki sat di kolam yang banyak anak ikan.


Cantik giler weh!

Inilah batu berlubang yang menjadi nama pulau ini.

Menariknya di pulau ini bukan sahaja ada pokok kelapa, pokok mangga, nangka dan lain-lain lagi pun ada cuma durian je tak boleh hidup sebab tanahnya kurang sesuai. Dengar ceritanya orang yang memula membuka kampung ni berasal dari Penuba. Ia pulau yang paling hujung di Lingga. Empat jam dari sini dah masuk ke Sumatera (Tembilahan). Wink wink... lain kali kalau datang sini boleh lajak ke Sumatera terus.

Kedudukannya setengah jam dari Pulau Sekeling yang menjadi tempat pelayar Neptune Nongsa Regatta 2019. Pantai dan lautnya sama cantik sangat sesuai untuk berehat, berenang dan berkayak. Di sebelah kirinya Pulau Koka dan Jata, bila air surut kita boleh menyeberang ke sana. Aku merancang nak ke sana dengan orang kampung tapi malangnya perancangan gagal. Geram sis. Menurut Abang Mohamad Tandah Pulau Buaya sesuai untuk snorkeling and diving.



Rasanya ukur lilit pulau ni dalam 2km je kot. Rumah penduduk 300 buah dengan punca pendapatan utamanya sebagai nelayan. Memang mewahlah makan makanan laut di sini. Segar bugar semuanya, manis. Perairan Lingga terkenal dengan hasil laut yang banyak. Sewaktu di sana kami dihidangkan dengan ikan ayam ayam bakar yang gebu halus mulus isinya. Kakak tu kata seorang seekor... tu dia... ada yang sebesar muka aku kot. Makanan darat kalau tak ditanam atau dibela sendiri kena tunggu penjual dari Batam atau Tanjung Pinang datang. Penduduk akan beli untuk stok seminggu.

Rumah penduduk di PBB bersaiz sederhana. Ada yang keseluruhannya rumahnya diperbuat daripada batu. Walau bagaimanapun rumah papan pula tidaklah buruk, elok je kayunya macam di Pulau Belitung tu.

Orangnya? Ramah-tamah dan mesra meraikan tetamu. Selain berbahasa Melayu, adat istiadat dan lagu-lagu yang dimainkan juga lagu Melayu. I think some women are having skin problems, aku suspect je lah, maybe disebabkan penggunaan produk kosmetik yang banyak di pasaran.

Mereka menggunakan generator untuk menghasilkan elektrik itupun terhad sehingga 12 malam sahaja. Air paip ada, mereka tarik dari Pulau Buaya di depan tu. Buat sendiri tau paip bawah laut tu. Macam manalah agaknya ya? Bot pun ada boleh buat sendiri menggunakan kayu seraya. Hebat betul orang kampung ni.

Menanti matahari terbenam di Pulau Sekeling.



Selamat pagi Batu Belubang!


Warga PBB hidup bermasyarakat dengan aman. Disebabkan kampung itu kecil ramai yang ada hubungan keluarga sesama mereka. Ada juga yang memilih untuk berkahwin dengan orang luar (kalau aku pun nak orang luar jugak, stress aku duduk setempat jer hehee...) Kenduri-kendara masih dijalankan secara gotong-royong. Ada dua buah sekolah SD dan SMP. Untuk upper form - SMA - mereka menyambung di Tanjung Pinang dan tinggal di asrama. Bebudak sini kekecik dah pandai berenang. Malu sis.





Kampung ini bila malam sunyi, yang meriah di kedai makan depan rumah hos kami, Pak Umar dan "cyber cafe" je. Bila kau nampak semua orang tunduk kemudian keluar cahaya dari tangan haaa di situlah ada signal telefon hahaha... maka aku pun lepaklah di hujung jeti untuk menghantar berita ke kampung halaman 😃😃 Tenteram pula hidup bila tiada gangguan internet ni, rasa macam tahun 80an hahah... Dengarnya pemancar dah ada yang tak ada signal yang jelas dan stabil je. Kita yang datang sesekai ni tak apalah kan, memang tujuannya disconnect to cennect, yang menghadap hari hari tu masalah jugalah terutama bila ada emergency. Kalau time hujan ribut takkan nak pi cari signal telefon di hujung jeti juga kan?

Mencari nyawa. Gambar atas kiri, haa di situ je ada signal. Kalau kau angkat line hilang hahaha... Gambar kanan bawak, Bapak Raja Fahrulrazi pun tumpang sekaki di tepi laut.

Pagi esokya tu sewaktu aku di jeti sebuah bot nelayan pulang membawa hasil tangkapan. Semasa nelayan yang seorang tu menurunkan ais ke dalam tong ikan tetiba rasa sebak. Bila pandang ke wajah mereka terus teringatkan abah, husband dan anak-anak lelaki orang lain yang berusaha menghidupkan keluarga masing-masing. Beratnya beban yang mereka tanggung oii... bukan senang menjadi ketua keluarga. Lelaki yang bertanggungjawab kena membanting tulang bekerja (atau membanting jari berniaga online). Fardhu ain anak isteri perlu diajar juga, kalau tak reti kena dihantar belajar. Kalau siang malam menjalar main henpon makan pun bini kena 'suapkan' lebih baik mati je. 




Sumber @yazidizzat


Betul ke boleh nampak milky way (laluan susu)?
Iye wak.

Photographer from Singapore, @alfiefotoworks ajak aku join mereka shoot gambar milky way jam 4 pagi. Payahlah sikit sebab duduk di rumah orang, lagipun aku seorang je nak keluar time yang lain tengah syok berdengkur time golap bumin tu risau juolah hati. Bila tengok hasilnya terus rasa alaaa...ruginya tak dapat belajar shoot milky way dari mereka.

Syarat untuk melihat milky way ialah jauh dari pencemaran cahaya. The farther you are from light pollutions the better. Tempat yang mudah untuk melihatnya ialah di pantai, gunung dan kampung, dan desa ini salah satu tempat yang sesuai untuk tujuan itu kerana selepas 12 tengah malam semua lampu padam.


Mereka berbahagia dengan kehidupan yang sederhana. Jika ada perancangan ke sana cubalah berhubung travel agent di Batam atau dengan bapak dua orang ni:

Pak Hasnan +62 812 7732 4173 / Pak Umar +62 812 7734 4148


Bagaimana untuk ke Pulau Batu Belubang?
Hanya ada satu bot ke Dabo Singkep (orang sana sebut Dabok) setiap hari. Bot ini akan berhenti di Dermaga Chempa untuk menurun/mengambil penumpang. Dari Dermaga Chempa kita akan menggunakan bot sewa pula. Jadi sebelum memulakan perjalanan pihak terakhir kena tahulah kita nak sampai baru mereka akan hantar bot menjemput.

Bila nak balik ke Batam pula kena tunggu di Dermaga Chempa jam 8 pagi, menurut kata penduduk kampunglah.

Tiket dari pelabuhan Telaga Punggur ke Dabo Singkep IDR245k. Turun di pertengahan jalan pun bayar banyak tu juga. Bot sewa pula 700k rupiah.


Bagaimana untuk ke Batam?
Selain menaiki pesawat, pengangkutan yang popular adalah feri. Kami naik dari Berjaya Waterfront Ferry Terminal (Terminal Stulang Laut) di Johor Bahru. 10 minit je dari Larkin Sentral, terminal bas tu.

Tambangnya RM90 sehala dah termasuk cukai tapi kalau beli pergi balik lebih menguntungkan. Beli dari Malaysia double untung. Beli online pun boleh tapi kena tukar kepada tiket asal di kaunter tiket Stulang Laut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam 15 minit.

Hairan pula aku waktu penumpang ramai kaunter imigresen lambat dibuka. Bila naik ke feri ramai pula yang selfish, bawa barang banyak pi letak atas seat. Bawa anak dua orang yang berumur lebih daripada dua tahun pi beli tiket dia dua laki bini je. Mulalah buat buat sibuk/tak dengar bila orang tanya seat tu kosong ke tak. Hampeh tol😠. Bahaya buat camni, kalau berlaku kemalangan susah untuk mendapatkan data penumpang sebenar because tickets sold not tally with seats available. Mujur ticket checker kat tempat aku tu perempuan, memang tak lepaslah kau. Bayar! Yang seksyen satu lagi yang menyemak tiket lelaki, merungut kengkawan yang tak dapat duduk. Perempuan memang bagus diletakkan bahagian akaun ni kan? ehem. Nak selesaikan bab tempat duduk ni je boleh buat departure delay. 

Jadual pergerakan feri dari Stulang Laut Ke Batam Center Ferry Terminal:
7.15am, 8.00am, 7.15am, 8.45am, 9.30am, 10.15am, 11.00am, 12.30pm, 1.15pm, 2.00pm, 2.45pm, 3.30pm, 4.30pm 5.30pm dan 6.30pm

Jadual pergerakan feri dari Batam Center Ferry Terminal ke Stulang Laut:
7.30am, 9.30am, 10.15am, 11.45am, 2.00am, 2.45am, 4.45am


Sebelum ke sana kenalah ambil tahu dahulu bagaimana untuk sampai ke Batam yang menjadi pintu masuk ke beberapa pulau lain. Berikut adalah beberapa terminal feri domestik yang akan membawa anda ke pulau-pulau lain:

1) Batam Centre Ferry Terminal- paling tinggi frekuensi perjalanan ke Johor dan Singapura dan paling dekat dengan lapangan terbang.


2) Harbour Bay - ke Habourfront di Singapura

3) Sekupang - ke Sumatera dan Pulau Karimun

4) Waterfront City & Nongsapura - ke resort tertentu

5) Telaga Punggur - ke Pulau Bintan dan pulau-pulau kecil lain dalam kabupaten Lingga


Eh, dah baca ke tentang Majlis Penutup Nongsa Regatta 2019 dan 3 hari 2 malam di Daik? Kalau belum nanti baca eh tapi yang ini permulaan perjalanan 5 hari 4 malam itulah.







Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.