Indonesia | Itinenary 4 hari 3 malam di Pulau Belitung



Indonesia | Itinenary 4h 3m di Pulau Belitung | Bermimpilah kerna Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu - Andrea Herata. Ya aku bermimpi mahu ke Indonesia lagi, ke tempat baru, setelah dua tahun tidak ke sana. Aku rindu. Bangat!


Tak sangka I end the year 2018 with two trips, one to Krabi and another, Belitung Island. Bersyukur sangat. Sedih jugalah kalau Disember berlalu begitu je sebab setahun sebelum tu dapat pakai baju sejuk di Chiang Mai. Thanks la @lilyriani dan MTN Getaways sudi pelawa kite 😗


Sehari Suntuk Ke Singapura
Tiada direct flight dari Kuala Lumpur ke Belitung Island melainkan dari Singapura atau Jakarta. Since MTN Getaways operating from Singapore so kami naik Garuda Bombardier dari Changi Airport. Fuhh.. macam private jet (minus the luxurious fittings).

The earliest bus from Seremban pukul 10.30am and I have to be at the airport by 2.30 pm. Nak tak nak kena naik bas dari TBS which is aku kena naik KTM komuter ke KL Subuh sepie then turun balik ke selatan. Apo nak buek... harga flight pun boleh tahan juga sebab peak season. Anyway, selamat sampai on time di Hanandjoedin International Airport, Tanjung Pandan.


Pulau Belitung - destinasi yang masih 'dara'
Pulau Belitung (dalam english Biliton) yang terletak di pantai timur Sumatera merupakan sebahagian daripada provinsi Bangka Belitung. Pulau ini menjadi terkenal selepas pembikinan filem Laskar Pelangi pada 2008.  Mesti ramai yang masih mengingati lagu Laskar Pelangi nyanyian kumpulan Nidji tu kan?  Laskar pelangi....takkan terikat waktu...bebaskan mimpimu di angkasa...warnai bintang di jiwa...

Tanjung Pandan merupakan bandar kepada Belitung barat manakala Manggar bagi Belitung timur dengan jumlah populasi sekitar 271,000 orang. Penduduk di sini ramai yang berketurunan Melayu Demak dengan bahasa pertuturan yang hampir sama dengan kita, namun ada bahasa tempatan lain yang mereka gunakan. Dari segi agama pula 70% masyarakatnya adalah muslim. Dengan keluasan 480km persegi sehari je dah habis pusing satu pulau. Pulau yang ni je lah...tapi ada lagi pulau lain yang cantik dan berdekatan contohnya Pulau Leebung, Lengkuas, Kepayang dan lain-lain.

Selain terkenal dengan makanan laut, kopi juga menjadi minuman wajib hampir setiap rumah. Kopi yang paling terkenal ialah Kong Djie Coffee, telah wujud semenjak 1943 menjadikannya kedai kopi tertua di Belitung. Walaupun telah banyak franchise outlet dibuka di Belitung Barat, kedai kopi di Simpang Siburik Jln Gegedek paling sering dikunjungi pelancong. Lawa pula bergambar di sini. To me lebih asyik minum di sini kerana suasana klasiknya tu. Kong Djie Coffee (kedai) hanya boleh dibuka di Belitung Barat kerana Manggar mahu dikekalkan sebagai  "Kota 1001 warung kopi". Serbuk kopi (orag sana panggil bubuk) Kong Djie sahaja boleh dijual di Manggar, kedainya ngak bisa wujud ya, sudah kawtim begitu.

Sumber @ainizain

Sumber @sizzlingsuzai

Sistem jalan raya di Pulau Belitung bagus, semua tempat yang kami lalui berturap tar tetapi tak boleh laju, maksima 60km sahaja. Paling lama kami duduk dalam bas, dua jam. Taklah jauh mana pun tapi disebabkan kita melalui kawasan perkampungan tak bolehlah lelaju. Kebaih pungkok dan kejang kaki gak la duduk dalam bas heheh... Kalau teringin nak naik motor jenjalan sendiri sewanya SGD8 sehari manakala kereta SGD50 sudah termasuk supir dan petrol.

Waktu yang paling sesuai pergi ke Belitung ialah di antara Mac dan September. Disebabkan faktor geografi, perhubungan ke pulau ini hanyalah menggunakan pesawat. Nak tengok wayang pun kena naik kapal terbang tau.


Percutian 4hari 3 malam di Pulau Belitung
*oleh kerana sebahagian lawatan melibatkan kawasan pembikinan filem Laskar Pelangi yang popular pada 2008, elok juga tonton dulu filem tersebut untuk mendapatkan lebih feel"

Day 1
Kami sampai jam 6 petang di Hanandjoedin International Airport. Selepas selesai proses di imigresen dan kastam kami terus dibawa makan malam di Raja Seafood. Masa ni lah berkenalan dengan peserta lain sambil berkaraoke. Merdunya suara depa tu sampai takut aku nak pegang mic, takut bila aku menyanyi orang terdiam nanti hahahah.... kita tumpang part korus je lah.

Then checked-in Golden Tulip Hotel di Tanjung Pendam. Dari hotel ni 15 minit je berjalan kaki ke bandar, lima minit ke tepi laut. Bilik selesa tapi berebut iron uols...

Selesai malam pertama. Eh?


Day 2
Selepas menikmati breakfast yang sedap di hotel kami terus ke tokong yang tertua dan terbesar, Vihara Dewi Kwan Im. Selain Islam, Buddha menjadi agama kedua terbesar di Belitung. Kaum Tionghua dari suku Hakka dan Hokkien ramai di sini. 

Tak jauh dari sini terletaknya Pantai Burung Mandi yang menjadi tempat bot nelayan berlabuh. Terpesona jugalah tengok bot yang berwarna-warni tu. Selain pantai ini Pantai Lalang di kota Manggar dan Pantai Serdang juga ramai pengunjung di hujung minggu.


Perahu kater di Pantai Burung Mandi. Perahu di Lovina, Bali pun begini.


Mencari rezeki di Pantai Burung Mandi.

Perut belum lapar lagi tapi tour guide dah bawa kami makan tengahari di Rumah Makan Fega. Lokasinya bagus di tepi danau. Asyikkk... Makanan di sini secukup rasa, di meja aku memasing berebut sotong goreng tepung. Adik-adik, selain perlu memilih dalam mencari suami, nak cari partner makan pun kena memilih tau. Kalau kau jenis sekali siap kunyah sampai 40 kali... jangan duduk dengan geng kuat makan memang tinggal piring kosonglah jawabnya 😁

Makan tengahari dengan pemandangan begini di RM Fega.

Kemudian kami ke kampung Ahok di Belitung Timur. Nama sebenarnya ialah Basuki Tjahaja Purnama seorang ahli politik kontroversi dan pernah menjadi gabenor Jakarta. Ahok tu nama Hakka beliau, legend di Belitung timur.


Seterusnya melawat Museum KATA Andrea Herata. Dengan membayar 50,000 rupiah kita akan diberikan sebuah pocket book "Laskar Pelangi". Buku LP atau "the Rainbow Troop" tulisan Andrea Hirata menjadi sangat berjaya sehingga diterjemahkan kepada 20 bahasa dan meletakkan Belitung dalam peta pelancongan dunia. Buku ini ada sekuelnya: Sang Pemimpi, Edensor, Maryamah Karpov- Mimpi Mimpi Lintang.

Paling singkat pun sejam patut diperuntukkan untuk berada di muzium sastera yang pertama seumpamanya di Indonesia. Selain banyak kata-kata positif penuh inspirasi, Museum KATA juga sangat instagrammable! Bila tengok sendiri nampak biasa je tapi dalam gambar... WOW . Kalau tak percaya lepas ni gi IG search #MTNgetaways #museumkata



Buku Laskar Pelangi yang telah dialih bahasa untuk pasaran antarabangsa. Hebat kan?

Acara kemuncak hari pertama sudah pastinya melawat replika SD Muhammadiyah yang menjadi props dalam filem Laskar Pelangi yang diadaptasi daripada buku dari tajuk yang sama. Cerita mengenai keindahan persahabatan 10 kanak-kanak miskin yang berjuang menggapai mimpi dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia. 

Selepas berjumpa di Belitung ni hari hari pula aku nampak @ainedruce kat tv, kat chanel ni dia buka chanel lagi satu pun dia... sebelum ni tak pernah perasan pun 😁


Ini bukan pelajar miskin tapi pelajar vogue 😃😃

You know what, aku consistent dalam mengatakan bahawa dalam mempromosi pelancongan title Datuk/Datin/whatever tu TIDAK PERLU kepada aktor asing. Tiada nilai pun di negara mereka. Kalau nak bagi juga, berilah kepada pengarah atau produser. Seperti James Bond Island, replika SD Muhammadiyah di war warkan sebagai lokasi filem popular dan laris di pasaran. Hasilnya berbondong-bondong manusia datang melawat semata-mata untuk bergambar.

Bertentangan dengan replika sekolah, ada sebuah lagi tempat menarik yang tidak sempat kami lawati iaitu Dermaga Kirana. Frust kite wak... 

Malam tu kami dinner di Restoran Belitung Timpo Duluk. Seronok pula makan bedulang.


Day 3
Kami mulakan hari ke pantai Tanjung Tinggi yang menjadi salah satu lokasi pembikinan filem Laskar Pelangi. Kalau pandai cari spot terbaik dan pandai pose memang cantiklah gambar tu. Disebabkan aku macam kayu sket, aku ambil gambar orang lain je lah 😁


Ombak kuat di Pantai Laskar Pelangi.


Multi functional pareo. Sewaktu solat di Pulau Kelayang aku dapat bahagian bawah telekung je jadi pareo ni aku gunakan untuk cover badan.

Batu besar yang banyak di Pulau Belitung dan pulau-pulau lain sekitarnya.

Kami beransur ke Tanjung Kelayang untuk menaiki bot ke Pulau Kelayang. Jauh lunch oih, kat pulau.

Di Pulau Kelayang ada sebuah pusat konservasi penyu. Banyak juga penyu mendarat di sini bila musimnya tiba. Dengan membeli sehelai t-shirt berharga IDR75,000 kita akan diberikan seekor anak penyu  sisik untuk dilepaskan  ke laut. Bagusnya cara ni... bercampur baur gembira dan sedih melepaskan 'anak' kerana menurut kajian hanya 1% sahaja penyu yang akan survive. Btw lets support their noble effort!


Manusia prihatin - bahagia memasing melepaskan anak penyu ke laut. Semoga panjang usiamu agar kau boleh kembali ke pulau ini wahai penyu.

Next, naik bot lagi meredah lautan berombak ke Pulau Lengkuas pula. InsyaAllah aku akan sentiasa mengingati pengalaman ini kerana malam sebelumnya berlaku Tsunami di Selat Sunda akibat letusan anak Krakatao. Mujur air laut di Pulau Lengkuas tenang je. Paling cepat untuk ke Pulau Lengkuas ialah dari Tanjung Kelayang, kalau dari Tanjung Tinggi atau Tanjung Binga 30-45 minit.



Pulau Lengkuas, Belitung. Sumber Superadventure

Di sini ada satu tempat yang dipanggil Kolam Bidadari. Kolam ini wujud bila air bertakung di celahan batuan besar sewaktu air pasang atau selepas hujan. Disebabkan tak jumpa pun bidadarinya assume diri sendiri je lah bidadari tu 😁

Bidadari??

Rumah api/mercusuar (lighthouse) di Pulau Lengkuas telah dibina sewaktu penjajahan Belanda pada tahun 1882 sebagai panduan kapal yang lalu lalang dan masih berfungsi dengan baik sehingga ke hari ini. Diatas faktor keselamatan lantai empat hingga atas telah ditutup kepada pengunjung dan kawasan yang dibuka kepada umum hanya dibenarkan masuk jika cuaca baik.


Di lantai tiga.

Aktiviti yang paling aku tunggu hari ini....snorkelling!! Ya Allah banyaknya ikan.... corals pun cantik ada warna purple, hijau, coklat... puasnya hati snorkelling kat sini. Air laut akan bertambah cantik sewaktu musim panas diantara Jun hingga Ogos.

Banyaknya hanak ikan saya.... 

Gua Kelayang menjadi destinasi seterusnya. Gua ini sebenarnya ialah giant granite boulder yang membentuk satu kawasan yang mengepung air pasang. Kami ke sana ketika lewat petang jadi gambarnya kurang menarik seperti group yang satu lagi, yang tiba waktu tengahari ketika air pasang. Bergambar di Gua Kelayang ini akan nampak sangat cantik if you come at the right time.

Untuk sampai ke gua tersebut kenalah berjalan kaki dalam 30 meter naik turun batuan. Di depan gua ini ada satu batu yang besar yang mana jika dililhat dari sudut tertentu nampak seperti kepala burung garuda.


Day 4
Ala...sekejapnya dah last day.

Hari ini kami dibawa membeli oleh-oleh di Pondok Kelapa. Selain kerepek, biskut dan kopi di sini juga ada menjual t-shirt, kain batik, shawl, pareo dan bermacam jenis lagi souvenir. Kira one stop centre lah. Kafe pun ada.

Last stop, Danau Kaolin. Danau ini masih lagi aktif dilombong untuk mengeluarkan kaolin (clay) yang banyak digunakan dalam pembuatan kertas, perubatan dan kosmetik. Kaolin ni berwarna putih, air danau pula biru/turqoise. Dalam gambar memang cantik giler! Danau Kaolin telah menjadi salah satu tempat melihat gerhana matahari pada 2015 dulu.


Begitulah percutian tiga malam di Pulau Belitung. Datang di masa yang sesuai ya, between March and September. Nak mudahkan perjalanan, tempah pakej dengan @MTNGetaways je... emel kat faizunsekin@mtngetaways.com


Harga pakej 2019 ke Pulau Belitung dari MTN Getaways
(sila gunakan promo code MARIA75 untuk mendapatkan diskaun RM75).


Cara-Cara Nak Ke Belitung Dari Kuala Lumpur/Singapura
Seperti yang sudah dinyatakan, perjalanan ke Belitung adalah melalui Changi Airport, Singapura. Untuk perjalanan pantas, anda boleh pilih menaiki pesawat terus ke Singapura. 

Jika mahu berjimat boleh naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan turun di MRT Lavender Singapore. Dari MRT Lavender naik train ke Changi Airport (tukar train di MRT Tanah Merah).

- Tiket bas dari KL - Singapore : RM47
- Tiket MRT Lavender - MRT Changi SGD2.70


Fam "Getaways" Trip To Belitung Island ialah anjuran the Belitung specialists, MTN Getaways.

Untuk Matlumat Lanjut
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook : https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram : https://www.instagram.com/mtngetaways
☎️ +6565090183 📲 +65 8531 3381 (Faizun) / +65 8289 3688 (Amira)
✉ admin@mtngetaways.com




Post a Comment

0 Comments