5 Lokasi snorkeling terbaik di Pulau Belitung | Halluuu....ohmaii i still cannot move on from Belitung trip. Keindahan alam yang masih tidak terusik, pantainya yang halus memutih dengan air laut yang jernih, pulau ini bagaikan syurga dunia.
Belitung dikelilingi oleh lebih daripada 100 pulau-pulau kecil yang kebanyakannya tidak dihuni manusia. Pulau-pulau ini sangat cantik walaupun tidak terlalu jauh dari pulau utama. Kalau tak percaya cuba lihat gambar dari udara yang banyak di internet. Tak tipu tau. Cuba tengok gambar Pulau Leebong, mengetap bibir tak dapat pergi. Yang tu private island and they targeted high end client. Cantik giler weh, jernih macam air paip.
Kebanyakan penduduk hidup sederhana, nak kata susah hampir kesemuanya berumah batu bersaiz 20x60 kps. Lebih kuranglah saiz tu, rumah sesebuah ya bukan rumah teres. Yang lebih senang rumah mereka bersambung di kiri atau kanan. Aku perasan ada kampung yang saiz rumahnya lebih besar macam di Malaysia.
Pulau Belitung masih dalam kategori "paradise" buat masa ini, ramai pengunjung tetapi laid back. Kelab malam yang gah tiada, hotel empat bintang baru dua buah, resort yang penuh dengan westener yang suka berparti TIADA (aku rasa insecure kalau satu satu tempat tu ramai omputehs)... masih tebal dengan local culture. Namun begitu kerajaan Indonesia telah merancang untuk menjadikannya salah satu daripada "10 lagi Bali". Pernah ke Bali tak? Lepak kat Kuta tu bagaikan berada di Australia. Dengarnya Naza Holdings Pte Ltd akan melabur sebanyak USD500 juta di Belitung. Jadi sebelum Pulau Belitung berubah wajah eloklah kita datang enjoy the nature sepuasnya.
Pulau Belitung masih dalam kategori "paradise" buat masa ini, ramai pengunjung tetapi laid back. Kelab malam yang gah tiada, hotel empat bintang baru dua buah, resort yang penuh dengan westener yang suka berparti TIADA (aku rasa insecure kalau satu satu tempat tu ramai omputehs)... masih tebal dengan local culture. Namun begitu kerajaan Indonesia telah merancang untuk menjadikannya salah satu daripada "10 lagi Bali". Pernah ke Bali tak? Lepak kat Kuta tu bagaikan berada di Australia. Dengarnya Naza Holdings Pte Ltd akan melabur sebanyak USD500 juta di Belitung. Jadi sebelum Pulau Belitung berubah wajah eloklah kita datang enjoy the nature sepuasnya.
Sumber mrbikingendut
Pulau indah sebagai tempat melarikan diri dari kesibukan hidup
Jika berpeluang bercuti ke Belitung, jangan lepaskan peluang untuk membuat aktiviti selam permukaan..er.. pelik nau bunyinya hahah... snorkeling lah tu. Kalau ada lesen menyelam lagi bagus lagi untung dapat tengok hidupan laut secara live di dalam laut sana. Jealous betullah tengok orang yang boleh dive ni.
Air laut di Pulau Belitung dan pulau-pulau lain sangat jernih kehijauan, ikannya banyak lagi berwarna-warni dan yang ni first time aku jumpa karang yang berbagai warna. Aku dah beberapa kali pergi snorkeling tetapi selalunya corals berwarna coklat, sebahagiannya dah mati. Mungkin sebab gangguan manusia atau mungkin juga pencemaran air kerana terlalu banyak bot pelancong. Bila aku tengok gambar yang orang pos online ada juga nampak pengunjung yang menyentuhnya karang di sini. Harap tour guide bagi peringatanlah kat para pelancong ni... otherwise habislah, kita datang lagi dua tahun entah entah mati corals tu.
So... plan your vacation well. Waktu paling baik untuk berkunjung ke Belitung ialah di antara bulan Mac hingga September. Air laut lebih cantik di bulan Jun hingga Ogos kerana waktu tu musim panaih lit lit sampai becak ketiak.
So... plan your vacation well. Waktu paling baik untuk berkunjung ke Belitung ialah di antara bulan Mac hingga September. Air laut lebih cantik di bulan Jun hingga Ogos kerana waktu tu musim panaih lit lit sampai becak ketiak.
Spot Snorkeling Terbaik di Belitung
Sebenarnya kan, nak mandi-manda dan snorkeling di Pulau Belitung ini tak payah pergi jauh pun. In case uols jenis tak berani suka naik bot, snorkel je di pulau utama. Di bawah ini tempat snorkeling yang berbaloi dikunjungi. Trust me, I never lie one...
1) Pantai Tanjung Tinggi @ Pantai Laskar Pelangi
Mendengar namanya pun dah tahu ia menjadi salah satu lokasi penggambaran filem laris tersebut. Pantai ini dihiasi banyak batu granit yang besar yang mencantikkan lagi lanskap. Ambil gambar berlatar belakangkan pemandangan tertentu sangat menarik, ambil gambar kahwin lagilah cun. Dapat pula photographer yang pandai bagi direction fuhh... meletop gambar kahwin kau dik.
Air di sini dalamnya hanya tiga hingga empat meter saja tapi di musim tertentu banyak obor-obor. Obor-obor ni banyak bila tiba musim mengawan. Kalau di Langkawi bulan Mei hingga Jun tapi di Belitung tak pasti bila. Jadi sebelum snorkeling tu perhatikan dulu sekeliling.
Walaupun pantai Tanjung Tinggi paling popular dan ramai pengunjung tetapi masih tenteram. Syoklah untuk piknik dengan anak-anak.
Batu granit besar di Pantai Tanjung Tinggi @ Pantai Laskar Pelangi. Waktu ini laut bergelora, mulanya cuak jugalah nak island hopping.
2) Pulau Kelayang dan Batu Garuda
Pulau Kelayang berada tak jauh dari Pantai Tanjung Kelayang. Dekat sangat, boleh nampak satu sama lain tapi kena naik botlah 10 minit. Di Pulau Kelayang inilah ada Gua Kelayang yang mana bila air pasang air akan naik di situ.
Batu Garuda pula sebuah pulau kecil dengan batu granit berbentuk burung garuda di hadapan Pulau Kelayang. Airnya sangat jernih dan dipenuhi karang yang membuatnya aktiviti snorkeling juga asyik di sini.
3) Pulau Kepayang
Island hopping yang kami ikuti Disember lepas termasuk Pulau Kepayang sekali. Di sana kami makan tengahari dan melawat Kepayang Island Conservation Centre yang diusahakan oleh warga tempatan. Air di pulau ini pun jernih. Eh... rasanya semua tempat jernih tetapi ada yang sangat jernih.
Pulau Kepayang ini terbagi dua kepada Kepayang Besar dan Kepayang (Babi) Kecil. Beberapa ratus meter di hadapan pulau ni pun banyak ikan. Kalau bot bergerak perlahan memang boleh nampak.
Untuk ke sini hanya perlukan paling lama pun 30 minit menaiki bot. Pulau-pulau yang kami pergi dedekat je... 10 ke 30 minit. Di Pulau Lengkuas inilah letaknya rumah api/mercusuar yang telah wujud sejak 137 tahun lalu. Kukuh lagi binaan Belanda ni.
Kami snorkeling dalam 500 meter di hadapan Pulau Lengkuas. Di sinilah aku nampak karang laut pelbagai warna. Cantiknya ciptaan Allah... ini first time tengok karang yang berwarna-warni. Ralit melihatnya meliuk-liuk mengikut arus. Ikan pun banyak di sini. Kami umpan dengan biskut fuhhh kemain banyak datangnya. Kalau nak rasa tangan digigit-gigit pecahkan biskut pegang bahagian kecil je. Nak tangkap tak dapat pula kemain laju dia berenang. Seronoknya... macam budak kecil dapat mainan!
Ada yang kat di sisi kanan Pulau Lengkuas pun bagus untuk snorkeling.
Bot berlabuh di Pulau Lengkuas. Nampak rumpai dan corals tu?
Dalam 500 meter dari Pulau Lengkuas je kami snorkeling. Actually gambai i ni don't give justice kepada keindahan pulau ini.
5) Batu Malang Penyu
Seperti Batu Garuda, ia tiada pantai tetapi dari kejauhan batu granit besar ini kelihatan berbentuk seperti penyu. Terdapat gua di atas permukaan air dengan pemandangan bawah air berupa reruntuhan batu granit, terumbu karang dan ikan-ikan yang sangat cantik.
Pulau Pasir yang timbul tenggelam
Jaraknya 45 minit perjalanan dari Pantai Kelayang. Pulau Pasir sebenarnya ialah kawasan daratan yang terbentuk ketika air surut di waktu pagi. Sewaktu air laut pasang seluruh daratan tenggelam di bawah laut. Pulau ini hanya seluas kira-kira setengah lapangan bola. Ala.. macam kat Sasaran tu tapi yang ini tak besar. Halus je pasirnya. Masa air surut inilah boleh jumpa beberapa hidupan laut seperti siput dan tapak sulaiman (starfish).
Di bahagian selatan Pulau Pasir arusnya agak kuat walaupun air tak dalam. Jadi berhati-hatilah ya.
Tips melancong ke Pulau Belitung
1. Bila membeli tiket penerbangan sila pastikan anda mendarat di Tanjung Pandan (TJQ). Bukan apa takut tersalah beli ke Pangkal Pinang di Bangka atau Tanjung Pinang di Riau.
2. Jika anda sememangnya bertujuan untuk membuat aktiviti air, seeloknya bawa "beach shoes" sendiri. Kalau takde yang mahal, Adidas kampung tu pun dah cukup bagus. Murah tapi grip getah terbaik. Nak elakkan kaki terluka jika terpijak batu atau karang mati.
3. Pakailah sunsblock. Aku pakai day cream Safi Balqis tu je... spf20, okaylah kulit dah tak mengelupas selepas mandi laut.
4. Kelengkapan snorkeling (life jacket, kaki katak dan kacamata renang) boleh disewa dengan kadar 15,000 hingga 25,000 rupiah setiap satu. Kadar sewaan bot untuk sehari diantara 400k hingga 1.5 juta rupiah. Glass bottom boat pun ada untuk menikmati keindahan bawah laut tanpa harus terjun ke laut. Kapasitinya berbeza, di antara 7 - 15 orang.
Jika mahukan percutian singkat di pulau yang dan dekat, Belitung lokasi yang ideal. Dengan lanskap menarik dan berbeza dari tempat lain serta keadaan pulau yang tidak sibuk, inilah tempatnya untuk merehatkan badan dan minda. Alangkah bagusnya dapat berehat dari kepenatan bekerja dengan membaca buku sambil berbaring di pantai yang lembut sambil mendengar deburan ombak. Cukup masa berendam pula dalam air. Memalam boleh pergi berurut yang cuma 100,000 rupiah sejam. Mana nak dapat harga tu kat tempat lain oii?
Dengan penerbangan Garuda empat kali seminggu dari Changi Airport, amatlah mudah untuk kita merancang percutian. MTN Getaways ada menawarkan banyak pakej yang boleh anda pilih untuk percutian tiga atau empat hari. Boleh check kat https://www.mtngetaways.com atau emel je mereka di admin@mtngetaways.com (boleh guna promo code: MARIA75 untuk mendapatkan diskaun).
3 Comments
Perghh terbaek laa kak details sgt sy suka part yg tips melancong ke pulau belitung tu !!
ReplyDeleteThanks. Kena ingatkan orang lain sebab diri sendiri terlupa.
ReplyDeleteSyoknya buat aktiviti snorkeling tu! Pulau Lengkuas tu, especially, memang ikonik!
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.