Mencipta Kenangan Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala | Bismillah... dua minggu juga tak update blog, type-save-type-save-type-save... repeating the same actions. Entah apa yang aku sibukkan pun tak tahulah. Oleh kerana ada tempat baru yang kami sekeluarga (err...with Set B boys) pergi Ahad lalu jadi aku update segera sebelum hilang keterujaannya.
Tujuan ke Semenyih sebenarnya memenuhi undangan kenduri di rumah adik ipar. Keluarga sendiri kan, takkan tak pergi pulak sedangkan aku takde apa apa urusan tapi lewat sampai sebab husband tak sabar nak test mesin rumput baru dia 😃. Selesai di sana takkan nak terus balik kot? Bukan akulah tu kalau makan sepinggan terus balik... bayar tol oih nak sampai sana.
Kami mak paknya dah plan nak bawa The Boys mandi-manda sebab cuti Deepavali lima hari minggu lepas tak kemana-mana pun. Bebudak tu memanglah active as always, keluar pukul 8 balik 12 tengahari, keluar lagi 5 petang balik pukul 7. Aku je lah yang mereput kat rumah berebut tv dengan anak dara yang tak sesudah menghadap drama Korea 😔. Anak-anak-anak excited sangat bila aku kata, kita nak pergi mandi di air terjun! Seluar, baju, swimming trunk semua mak dah packing sesenyap.
Maka teruslah kami ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang jauhnya hanya 13km dari pekan Semenyih dan 43km dari bandaraya Kuala Lumpur. Dokek yo.... Ia berada dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, sebahagian daripada hutan negeri yang juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. This is a lowland dipterocarp forest.
Sebelum sampai nanti kita akan menempuhi tiga buah kuburan moden. Yang terakhir tu aku terbaca, "Sales Gallery/Office", aku ingatkan projek perumahan tapi rupanya 'rumah terakhir' huhuu... Makcik aku kata dia kalau lalu memana kubur Cina dia mesti akan ingat kat aku sebab tahun 90an dulu aku pernah cakap pada dia aku nak buat bisnes kubur Cina 😁😁😁... untung worr... nampak tak betapa out of the box thinking nya aku? hahaha...
Eh, dah sampai.
Di sebelah tempat parkir kenderaan tu ada tandas dan surau. Suka surau tu, ringkas je. Di sebelah lagi ada 30 tapak perkhemahan yang mampu memuatkan seramai 150 orang dalam satu satu masa. Bolehlah uols bawa anak murid/keluarga camping di sini nanti. Ada juga papan peringatan agar pengunjung berhati-hati dengan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) - sebenarnya kencing binatang, bukan tikus je seperti yang ramai daripada kita faham. Sila elakkan daripada mencuci bekas makanan dan kaki di air yang yang bertakung.
Ada monyet haa.... jaga jaga barang uols.
Eh, ada monyetlah! Selepas membayar tiket masuk kami pun terus menuju ke puncak. Kata nak mandi air terjun khennn... Tercari-cari jugalah tempat yang agak selesa untuk menghampar alas punggung. Aku yang pakai long skirt sempit rasa alamakkk... payahnyalah nak duduk sesuka hati. Dalam perjalanan ke atas tu aku perasan ramainya Filipino. Mereka lebih beruntung daripada yang lelain sebab hari Ahad dapat cuti. Giler ah kerja terus-terusan tak dibagi cuti. Aku yang jadi "mem" besar kat rumah ni pun nak cuti empat hari sebulan.
Air terjun ni best, banyak tempat yang kita boleh mandi. Ada natural rock pool yang membuatkan bebudak seronok mandi. Aku jadi pemerhati je sambil mengisi perut (lagi). Husband ai kata di tempat paling tinggi takde tempat yang agak luas untuk bentang tikar.
Pukul 3.30 kami mula beredar dari situ bila langit semakin gelap. Sewaktu di bawah aku nampak ada pengunjung yang baru sampai. Hhmm.... terfikir juga kan sekarang pepetang hujan, kenapa datang petang eh? Kesian anak-anak dia mengharap je nak mandi. Jangan memain dengan kepala air, jenuh Bomba nak cari kang. Kami masuk je dalam kereta hujan pun mula rintik.
Hutan Rekreasi Sungai Tekala ni menarik sebab:
1) tak jauh dari KL/Seremban
2) air terjunnya bertingkatnya tak tinggi sangat, sesuai untuk keluarga
3) ramai boleh berkelah serentak
4) nak camping pun boleh
Yang kurang menariknya cuma... ada pondok rehat yang sudah pecah atapnya dan bilik persalinan yang teruk, selain ada yang tak berpintu ia juga berdaki 😞. Kalau baju dalam kau jatuh erghhh... geli nak pakai oih! hahah... Aku nampak seorang bapa prihatin ni angkut air sebaldi dan siram bilik persalinan tu sebelum digunakan. Hmm...pancut dengan Harpic atau Mr Muscle dan tenyeh seminggu sekali bersihlah tu. Weekend je ramai orang datang.
Kami bercadang nak datang lagi tapi nak panjat Bukit Broga sekali. Bolehlah berendam dan test bilik air baru tu nanti.
Tiket masuk:
Dewasa RM2
Kanak-kanak RM1
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah
Km 11 (Batu 7), Jalan Cheras,
43200 Cheras, Kajang
43200 Cheras, Kajang
Selangor
Tel: 603-9075 2885
Faks: 603-9075 6022
Tel: 603-9075 2885
Faks: 603-9075 6022
Koordinat:WGS 84 : N3.0715° , E 101.8763°
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.