Contest #MyLabuanStory dah start uolsss...!



Contest #MyLabuanStory dah start uolsss...! Pertandingan #MyLabuanStory, #ExploreLabuanContest anjuran bersama Perbadanan Labuan dan Gaya Travel Magazine telah dilancarkan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien di Malaysia Tourism Centre (MaTiC). 


Tujuan pertandingan ni ofkoslah untuk promote keindahan Labuan sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Wilayah Persekutuan Labuan lebih dikenali sebagai pusat kewangan luar pesisir atau offshore financial centre. Jangan tak tahu Labuan famous di kalangan penyelam kerana ada EMPAT dive site yang menarik iaitu Australian Wreck, Blue Water Wreck, American Wreck, The Cement Wreck. 

Di Labuan juga ada War Memorial yang 'dihuni' oleh ramai tentera India dan Australia. Jadi setiap tahun ramai ahli keluarga yang akan datang menziarahi tentera yang meninggal semasa perang dunia kedua yang lalu. 

Jadi apa yang ditunggu lagi??

Sekiranya anda sudah ada pengalaman ke sana, bagus. Try recall dan gali balik gambar. Jika anda sememangnya sudah ada perancangan ke Labuan dalam masa terdekat ni, sila ambil gambar cecantik nanti ya. Perhatikan apa yang menarik, mungkin menceritakan where the road less traveled? Tempat yang non touristy? Tulis mengenai keindahahan budaya penduduk tempatan ke..? Sure there is something interesting to write. 

Kategori Pertandingan #MyLabuanStory:
1) Video Terbaik - Pemenang akan dapat hadiah RM5,000
2) Penulisan Terbaik - Pemenang akan dapat hadiah RM3,000
3) Fotografi Terbaik - Pemenang akan dapat hadiah RM2,000

Jumlah wang tunai keseluruhan, RM19,500 !


Syarat Pertandingan #MyLabuanStory
1) Kategori Video Terbaik
- Tempoh masa maksima 2 minit
- video perlu dimuat naik ke akaun Facebook, Instagram, Twitter atau Youtube peribadi peserta. Set "public" ye..

2) Kategori Penulisan Terbaik
- Tulis cerita mengenai Labuan yang tidak melebihi 300 perkataan
- Emelkan kepada contest@gayatravel.com.my

3) Kategori Fotografi Terbaik
- foto yang menunjukkan keindahan Labuan sahaja (Yang tak indah tu hang emel kat Perbadanan Labuan untuk tindakan 😊 )
- upload ke Facebook, Instagram, Twitter atau Youtube peribadi peserta. Jangan lupa set "public" ye..


Tempoh Pertandingan:
15 November sehingga 31 Disember 2018.

Semua penyertaan WAJIB tag @gayatravel dan @perbadananlabuan dan gunakan hashtag berikut:

#MyLabuanStory
#ExploreLabuanContest
#ExploreLabuan
#GayaTravel

Senang kan? Tiada had penyertaan pula tu.

Kalau hang tak pernah pi Labuan ermm.... pepandailah hang nak buat macam mana. Yang penting kreatif dan tak curi harta intelek orang lain. Aku ada je idea 😈


**Pemenang akan diumumkan di platform rasmi media sosial Gaya Travel Magazine dan Perbadanan Labuan pada 25 Januari 2019. Hadiah akan disampaikan pada 1 Februari 2019 bersempena dengan Hari Wilayah.


No automatic alt text available.


Majlis pelancaran contest #MyLabuanStory

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Sumber Gaya Travel









Post a Comment

0 Comments