The Orchard Wellness & Health Resort | Tempat relaks relaxxxx... | Dari bandar Melaka kami ke Lubuk China. Lubuk China terletak di Alor Gajah bersempadan dengan Negeri Sembilan. Jadi orang belah sini ramai yang speaking Nogori 😊
Aku tak pernah ke sini jadi tak tahu nak agak dah dekat ke.. jauh lagi ke... sebab masuk dalam kampung. Sungguh, dalam kampung betul tapi bas besar boleh lalu kat jalan tu. When we reached there mestilah rasa takjub sebab ada resort mewah di situ.
The Orchard Wellness & Health Resort telah diiktiraf sebagai "the BEST wellness resort in Malaysia" selama tiga tahun berturut-turut dari 2015, 2016 & 2017 oleh World Spa Awards. Wow! Resort ini setaraf dengan Chiva-Som di Thailand dan The Farm di Filipina. Inilah sebabnya ai eksaited benau nak melawat.
Himalayan Crystal Salt Room, large open pool
Checking out "the BEST wellness resort in Malaysia"?
Pada awal pembukaannnya pihak pengurusan hanya mau fokuskan resort ini kepada rehat dan pulih sahaja. Nak merehatkan jiwa dan raga. Kanak-kanak tidak dibenarkan menginap di sini, kang memokak lak haha... tapi sekarang ia telah dibuka kepada semua orang asalkan anda berkemampuan membayar.
The Orchard Wellness & Health Resort berkeluasan 120 ekar tetapi buat masa ini hanya 15% sahaja digunakan. Surely they have future plans dengan tanah mereka ni. Bila anda memilih untuk menginap di sini pasti akan rasa tenang dari hiruk pikuk kota dan rasa damai je dengan kehijauan di sini. Plan awal nak explore bandar Melaka entah entah terbenam dalam keempukan tilam je.
Paling seronok if you datang di musim buah-buahan, macam-macam ada! Jenuh makan rambutan dan durian and it's FREE dan boleh petik sendiri. Ya Allah best giler! hahah...sebab aku suka local fruits terutama yang fresh dari ladang. Melekit-lekit tangan tak berhenti makan rambutan. Durian pula daripada pelbagai spesis ohmaiii.... bahagia hantu durian macam den. Punyalah banyak dua jenis pokok ni, geram je tengok. Antara buah-buahan lain yang ditanam ialah longan dan markisa. Uish sedap kalau dibuat jus. Buah ni bila tak habis dimakan baru dijual.
Buah-buahan dan sayuran dari ladang ini semuanya organik. Terbaik!
Biliknya best ke idok???
The Orchard Wellness & Health Resort menyediakan 43 bilik dari lima jenis penginapan. Semuanya luxury kecuali di Honeymoon Island yang mereka gelarkan Camp David. Di Camp David tu walaupun biliknya tak mewah tapi ada swimming pool yang agak besar juga dan common room, ada kolam juga untuk kaki pancing. Sesuailah kalau nak buat family gathering di sini. Lokasinya gak jauh dari bilik lain jadi takde hallah nak gelak berdekah mengilai macam langsuir ke 😀
Luxury Suite Room
Villa in the green
Honeymoon Island @ Camp David
Aktiviti yang ditawarkan
Yoga, tai chi, fitness class, orchard trail hike, spa dan memacam lagi. Boleh rujuk di sini. Wellness programme yang mereka tawarkan memang untuk menambah baik kesihatan kita. Sesuai sangat jika nak berehat selepas pembedahan. Paling koman pun buat nature walk sebelum breakfast.
Untuk ulat buku, ada perpustakaan untukmu. Jika bosan boleh menonton wayang. Nak berkaraoke pun boleh. Jika kita nak buat team building pun bisa diatur.
Dari resort ini ke bandar Melaka 37km kira-kira 50 minit. Melaka tu kalau hujung minggu dia punya sesak umangaii... berpeluh ketiak hahah.... so plan your journey ya, tapi kat tempat sesak itulah ada macam macam.
The Orchard Wellness & Health Resort
63, Jalan Solok Uban
Kampung Baru
78100 Lubok China
Melaka
Tel +606-5528 999
Faks +606-5529 989
Sales Office Address :
Unit No.50-4-10
Level 4, Wisma UOA Damansara
50, Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(SMS) +60 16 325 8888
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.