Pakej Murah Sehari Ke Singapura | Bulan lepas aku ingatkan dapat ke negeri Pasir Dua Butir tapi sehingga hampir penghujung bulan senyap je jadi aku nakkkk juga ambil "me time" barang sehari dua. Orang lain yang bekerja dapat cuti lapan hari dalam sebulan kot? Bukan sebab penat menguruskan keluarga tapi sebab memang nak keluar melihat dunia. Sementara masih sihat ni berjalanlah, kalau ditakdirkan sakit nanti belum tentu ada orang nak bawa ke sana sini. Kang jadi beban kat orang pula.
Aku ada jugalah survey Singapore day trip package yang lalu lalang di facebook. Kebetulan, RAINI Travel tanya siapa nak ikut ke Singapura kerana masih ada kekosongan... so aku pun on je lah. Since aku pun takde plan nak berjimba di Universal Studio Singapore, pakej begini memang memudahkan untuk melawat banyak tempat dalam sehari dengan kos yang murah, RM135 seorang dari Kuala Lumpur dan RM99 dari Johor Bahru. Murah bangat! Aku dah check tambang sehala dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Singapura rata-rata RM60. Kalau dari Seremban RM55, tu belum termasuk lagi tambang MRT atau Grab nak jenjalan di sana. Tu belum kira lagi masa yang terbuang sebab tersadai masa hujan lebat macam aku pergi dulu huhuu...(boleh baca di sini). So I think day trip package is the best for short vacation.
So how was it? Ini macam 👍👍
Okaylah, aku brief sikit tentang negara tetangga yang maju ni ya.
Singapura Sepintas Lalu
Singapura atau nama lamanya Temasek dahulunya sebahagian dari Negeri-negeri Selat dibawah pemerintahan British. Ia diserahkan oleh British bersama-sama Sabah dan Sarawak untuk membentuk Persekutuan Malaysia tetapi telah keluar dari Malaysia pada 3 Ogos 1965 kerana ketidaksefahaman dengan pemerintah Malaysia waktu itu.
Ekonomi Singapura berkembang dengan pesat. Sistem perbankan yang baik dan berintegriti meyakinkan masyarakat antarabangsa menjadikannya sumber pendapatan utama Singapura diikuti bisnes perkapalan, pelancongan dan pembuatan. Singapore banking system known as "Swiss of the east". No kawtim kawtim di Singapura. Peristiwa yang baru panas di Malaysia sekarang tahun 2016 lagi dah diambil tindakan oleh kerajaan Singapura so jangan nak try 'cuci duit' di sana. Disebabkan kes besar tersebut bank berusia lebih seratus tahun diarahkan tutup, ada bank yang terus disiasat dan dua pegawai bank dipenjara.
Singapura terus ke depan menjadi negara paling maju dia rantau Asia Tenggara. Dengan jumlah penduduk seramai empat juta orang dan pendatang kira-kira dua juta, Singapura berjaya membawa masuk seramai 10 juta pelancong asing tahun lalu. Walaupun keluasan negara Singapura lebih kecil daripada Danau Toba, ia mampu menawarkan pelbagai produk pelancongan untuk memenuhi bermacam jenis pelawat. Jika berminat tentang sejarah, ada... boleh pergi ke War Memorial Bukit Chandu di Kent Ridge. Suka shopping, ada banyak high end shopping malls. Yang suka jenis adrenaline pumping, juga ada tempatnya. Walau bagaimanapun Malaysia mengatasi Singapura menjadi teratas dalam medical tourism di Asia Tenggara.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa perniagaan manakala Bahasa Melayu ialah bahasa nasional malah lagu kebangsaan mereka dalam bahasa Melayu. Menariknya bila dengar tour guide kami tu bercakap Melayu bunyinya macam bahasa pelakon dalam filem P. Ramlee tu. Klasik.
Fyi di Singapura masih banyak jalan dan nama tempat yang dikekalkan dengan nama Melayu seperti Kallang, Kranji, Bugis Street, Tanjong Pagar, Kampong Eunos dan sebagainya. That makes it unique.

Trip Sehari Bersama RAINI Travel
Kami bertolak dari KL Sentral jam 10.30 malam dan tiba di RnR Gelang Patah, Johor, 4 pagi. Rehat, mandi, solat dan sarapan di sini. Bukan kami saja nak ke Singapura waktu tu tapi ada banyak lagi bas yang turut menuju ke sana. Bilik ayaq yang sepatutnya sejuk terasa bahang bila dipenuhi Cik Kiah. Kalau rasa tak tahan nak 'membuang' eloklah pergi ke stesen minyak Shell, Petronas atau Petron. Toilet di Petron baru dan banyak. Disebabkan aku sejak pagi Jumaat tu dah berada di KL maka aku pun mandilah juga. Kalau aku bertolak malam dari rumah, main calit calit terus wangi je lah heheheh...
Bila tiba di kompleks imigresen Malaysia kita kena turun dengan hanya membawa dokumen terpenting, passport. Naik bas semula dan kita akan turun dengan SEMUA barangan di imigresen Singapura. Nak masuk negara orang kan.... macam naik kapal terbang jugalah, kastam scan semua barang sebelum beratur sampai lenguh kaki di imigresen tu. Giler dow... sejam setengah berdiri. Kena denda dalam kelas dulu pun tak lama camni 😡
Selesai semua tu kami terus ke the state of the fun, Sentosa Island! Sampai juga akak ke sini, dik.
Bas berhenti di Singapore Cruise Centre. Kalau kita nak ke Batam lebih baik naik feri dari sini kerana lebih cepat dari jeti Johor di Stulang Laut. Dari Jeti Stulang Laut 90 minit tapi dari Singapura hanya 45 minit. Dalam SCC ni ada memacam kedai, walaupun perut masing kenyang tapi bau pastri tu kan...telan air liur jap. Terngiang-ngiang di telinga, "jangan makan ikut nafsu!" hahah... Ada satu bunga besar di pintu masuk tu cantik untuk bergambar. Jarang aku tengok orang pos di medsos bergambar di situ.
Dari sini kita akan mula berjalan untuk ke Resort World Sentosa di Sentosa Island. 1.1km uols nak sampai ke Universal Studio Singapore. Sajalah kami dibawa berjalan untuk melihat sekeliling tapi kalau rasa tak larat boleh je naik monorel dari Vivo City, USD5 seorang. If you're from other parts of Singapore, boleh je naik MRT North East Line atau Circle Line dan turun di MRT di Harbourfront yang connected dengan Vivo City tu. Kedua-dua MRT akan terminate di situ then sambung naik monorel kalau nak cepat atau naik cable car pun boleh, ikut Exit B menghala ke Harbourfront Centre
Sentosa Island ialah sebuah pulau buatan yang diatasnya dibina Resorts World Sentosa dan hotel lima bintang. Di pulau kecil ini ada 44 tarikan pelancongan seperti KidsZania, Skyline Luge & Skyride Sentosa, Mega Adventure Park, iFly Singapore dan berbagai lagi tetapi yang selalu orang update hanyalah Universal Studio Singapore. Tipah pun tertipu... ingatkan tu je ada.
Sambil berjalan ke Pulau Sentosa tu kejap kejap berhenti nak ambil gambar hehe...jenuh tour guide kami, Jo, panggil. Biasalah kan kalau first time sampai memana semua sudut nak selfie. Pagi Sabtu tu ramai orang dengan peralatan melukis memasing duduk sambil melukis pemandangan. Wow hobi yang bagus! Bila dah sampai ke seberang sana... owh dah ramai orang. Tak dapatlah clean background bila bergambar di USS globe tu.
Dari sini kami ke Kampung Glam yang menempatkan Malay Heritage Centre yang dahulunya istana dan Masjid Sultan. Sebenarnya dahulu kala kawasan ini kampung Melayu yang diketuai oleh Sultan Hussain dari Riau. Aku ada baca satu kenyataan almarhum Sultan Azlan yang penghujungnya bermaksud "akhirnya raja mungkin hanya boleh dilihat di muzium". Betullah. Jaga-jagalah yang masih berkuasa tu... hidup ini bagai roda. Banyak bukti depan mata, semalam jadi manusia paling power esok mungin pakai baju warna jingga. Itu contoh...
Di sinilah juga kami lunch. Aku tak makan murtabak di Restoran Zam Zam sebab dah pernah try tapi di restoran berdekatan tapi portion masih sama, besar, boleh makan dua orang. Intinya pun mewah. Murtabak SGD8 + teh tarik SGD1.40. Habis separuh je separuh lagi tapaw. Giler nak buang 24 hengget tu 😭😭. Aku sambung makan di RnR Machap hahah...sayang rezeki oii.
Kemudian kami berhenti sekejap di The Esplanade untuk bergambar. Rasanya memana rombongan pun akan berhenti di business districts ini. Puaslah hati ai dapat bergambar kat semua Singapre's landmarks.
Selepas tu kami dibawa ke Bugis Street pula...ohmaiii...tempat shopping dengan harga patut uolsss... tapi sayangnya kami hanya diberikan masa 30 minit sahaja di sini sebab time dah banyak lari. Kena punctual lah kalau ikut group trip camni... Kan dah rugi tak dapat menjelajah Bugis Village tu.. punyalah banyak kedai nak ditabur duit haishhh...
Then we headed to Gardens by the Bay yang ada pokok besar tu. Di sini pun kami explore kawasan luar tu saja, tidak dibenarkan naik jambatan di Supertree Groove disebabkan hujan. Kami juga tak masuk ke Flower Dome sebab tak cukup masa...tapi okay jugalah tak masuk, terkejar-kejar tak best. Takpelah insyaAllah next time boleh pergi lagi and spend more time di lokasi tertentu. Untuk enjoy Gardens by the Bay kita kena datang siang dan malam untuk pengalaman berbeza, dan pemandangan malamnya sangat indah. Ada 12 attractions di dalam ni saja...banyak kan? According to Tripadvisor Gardens by the Bay is rated top three things to do in Singapore. Jangan terlepas okeh!
Kemuncaknya trip ni kami dibawa menonton Spectra, water and light show depan Sand Expo & Convention Centre. Ini pertunjukan gabungan muzik simfoni, cahaya dan air menggunakan teknologi lazer terkini, air pancut dan projektor. Ia dikatakan pertunjukan yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Pertunjukan ini free aje selama 15 minit dan spot paling ngam di tengah platform (bukan di bawah). TG Joe kata di Suntec City pun ada show gini.
Waktu pertunjukan:
Ahad-Khamis: 8 dan 9 malam
Jumaat-Sabtu: 8, 9, 10 malam
Begitulah ceritanya trip bajet kami sehari di Singapura. Aku rasa berbaloilah sebab dapat melawat banyak tempat. Ahh...penat tu dah balik nanti baru cerita. Kalau nak stay sehari lagi di Singapura rasanya boleh je bincang dengan RAINI Travel, balik sendiri naik bas. Senang je.
Bila tiba di kompleks imigresen Malaysia kita kena turun dengan hanya membawa dokumen terpenting, passport. Naik bas semula dan kita akan turun dengan SEMUA barangan di imigresen Singapura. Nak masuk negara orang kan.... macam naik kapal terbang jugalah, kastam scan semua barang sebelum beratur sampai lenguh kaki di imigresen tu. Giler dow... sejam setengah berdiri. Kena denda dalam kelas dulu pun tak lama camni 😡
Selesai semua tu kami terus ke the state of the fun, Sentosa Island! Sampai juga akak ke sini, dik.
Bas berhenti di Singapore Cruise Centre. Kalau kita nak ke Batam lebih baik naik feri dari sini kerana lebih cepat dari jeti Johor di Stulang Laut. Dari Jeti Stulang Laut 90 minit tapi dari Singapura hanya 45 minit. Dalam SCC ni ada memacam kedai, walaupun perut masing kenyang tapi bau pastri tu kan...telan air liur jap. Terngiang-ngiang di telinga, "jangan makan ikut nafsu!" hahah... Ada satu bunga besar di pintu masuk tu cantik untuk bergambar. Jarang aku tengok orang pos di medsos bergambar di situ.
Ambil mood dulu... entah bila akan sampai di Korea.
Foto wajib di glob Universal Studio Singapore. Yeayyy ai dah sampai di USS!
Sambil berjalan ke Pulau Sentosa tu kejap kejap berhenti nak ambil gambar hehe...jenuh tour guide kami, Jo, panggil. Biasalah kan kalau first time sampai memana semua sudut nak selfie. Pagi Sabtu tu ramai orang dengan peralatan melukis memasing duduk sambil melukis pemandangan. Wow hobi yang bagus! Bila dah sampai ke seberang sana... owh dah ramai orang. Tak dapatlah clean background bila bergambar di USS globe tu.
Malaysian Food Street di Sentosa Island.
Dari satu tempat ke satu tempat kami gunakan monorel. Bila dah sampai Sentosa Island kita boleh naik monorel dengan percuma, yang bayar USD5 tu jika naik dari Vivo City di seberang sana. Kami jalan lagi hingga ke patung Merlion kemudian naik ke Madame Tussauds. Sempatlah kita bergambar dengan Van Diesel, Lady Gaga dan Tom Cruise hehee... Di sini juga kita boleh try race VR car dengan kadar SGD20 seorang. Alaa yang letak apa ntah lat muka tu...hmm entahlah nak... dia bagi dua pilihan nak race kat jalan raya atau circuit.
Terjumpa Tom Cruise terus lupa laki sendiri hahahah... taklah tinggi sangat dia ni.
Di sinilah juga kami lunch. Aku tak makan murtabak di Restoran Zam Zam sebab dah pernah try tapi di restoran berdekatan tapi portion masih sama, besar, boleh makan dua orang. Intinya pun mewah. Murtabak SGD8 + teh tarik SGD1.40. Habis separuh je separuh lagi tapaw. Giler nak buang 24 hengget tu 😭😭. Aku sambung makan di RnR Machap hahah...sayang rezeki oii.
Sejarah Melayu dan Singapura boleh dilihat di Malay Heritage Centre.
Masjid Sultan dari Arab Street.
Di belakang ai tu Esplanade "the big durian", lokasi pementasan teater dan kesenian.
Then we headed to Gardens by the Bay yang ada pokok besar tu. Di sini pun kami explore kawasan luar tu saja, tidak dibenarkan naik jambatan di Supertree Groove disebabkan hujan. Kami juga tak masuk ke Flower Dome sebab tak cukup masa...tapi okay jugalah tak masuk, terkejar-kejar tak best. Takpelah insyaAllah next time boleh pergi lagi and spend more time di lokasi tertentu. Untuk enjoy Gardens by the Bay kita kena datang siang dan malam untuk pengalaman berbeza, dan pemandangan malamnya sangat indah. Ada 12 attractions di dalam ni saja...banyak kan? According to Tripadvisor Gardens by the Bay is rated top three things to do in Singapore. Jangan terlepas okeh!
Supertree Groove di Gardens by The Bay.
Kemuncaknya trip ni kami dibawa menonton Spectra, water and light show depan Sand Expo & Convention Centre. Ini pertunjukan gabungan muzik simfoni, cahaya dan air menggunakan teknologi lazer terkini, air pancut dan projektor. Ia dikatakan pertunjukan yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Pertunjukan ini free aje selama 15 minit dan spot paling ngam di tengah platform (bukan di bawah). TG Joe kata di Suntec City pun ada show gini.
Waktu pertunjukan:
Ahad-Khamis: 8 dan 9 malam
Jumaat-Sabtu: 8, 9, 10 malam
Begitulah ceritanya trip bajet kami sehari di Singapura. Aku rasa berbaloilah sebab dapat melawat banyak tempat. Ahh...penat tu dah balik nanti baru cerita. Kalau nak stay sehari lagi di Singapura rasanya boleh je bincang dengan RAINI Travel, balik sendiri naik bas. Senang je.
Tiap-tiap bulan RAINI Travel buat day trip ke Singapura so please contact them for more infos at 016-774 4594 . Next trip will be on 30th November.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.