Halal Tourism in Taiwan | Jom tengok Taiwan Halal Showcase di Taiwan Expo 2018! Taiwan Expo kembali lagi pada 25 Oktober. Taiwan Excellence - akan mempamerkan produk Taiwan yang terbaik, dengan reka bentuk inovatif, serta kualiti hebat.
Taiwan has made significant inroads in developing its halal market and has earned the 5th position in Mastercard’s latest Global Muslim Travel Index (GMTI) under the Non-OIC Destination category. This honour comes on the back of the massive efforts made to promote Muslim friendly tourism which led to a booming market of more than 170 halal certified restaurants and hoteliers across Taiwan.
Tak risau dah mana nak cari makanan halal bila ke Taiwan.
Pengalaman
92 Teknologi Pintar dengan Taiwan Excellence
Taiwan Excellence Pavilion, yang mewakili ekstrak jenama Taiwan, akan ditonjolkan di TAIWAN EXPO 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 25 hingga 27 Oktober 2018. 200 syarikat Taiwan dengan jumlah 250 gerai dalam pameran 3 hari ini. Sebagai kemuncak tema Ekspo, Pavilion Taiwan Excellence merupakan pameran istimewa bagi inovasi paling mencecah dengan masa depan melalui 92 produk pameran.
Keseluruhan pameran di Pavilion Taiwan kali ini akan menampilkan bidang kehidupan pintar, Industri 4.0 dan E-sukan merangkumi peneraju industri terkemuka seperti seperti Advantech - Pakej Sedia Solusi Pengurusan Fleet, Techman Robot untuk mempamerkan keupayaan pengiktirafan visual yang canggih. Expo tahun ini dijangka akan membawa lebih banyak peluang kerjasama ekonomi antara pengusaha-pengusaha Taiwan dan Malaysia.
Logo Taiwan Excellence telah menjadi tanda kualiti terunggul untuk produk inovasi Taiwan sejak tahun 1993. Selama 26 tahun yang lalu, Taiwan Excellence telah membina reputasi yang kukuh dengan proses pemilihan yang tinggi berdasarkan tahap R & D, reka bentuk, kualiti produk dan pemasaran.
Produk-produk anugerah Taiwan Excellence yang memiliki kualiti dan tahap teknik serta inovasi yang unggul pasti dapat memenuhi permintaan pasaran Malaysia yang semakin agresif dalam pentadbiran bandar pintar dan perlaksanaan polisi perindustrian automasi.
Sementara itu, pasaran e-sukan yang berkembang dengan pesat kebelakangan ini turut menjadi sasaran Taiwan Excellence yang buat julung kalinya, berganding bahu dengan ACER, ASUS, MSI dan Gigabyte serta lain-lain jenama e-sukan yang termuka menganjurkan kejohanan E-sukan ‘Antara Kolej Taiwan Excellence’ di sepuluh kolej dan universiti.
Selain daripada pameran produk-produk realiti maya interaktif di Taiwan Expo yang berlangsung pada 25–27 Oktober, Taiwan Excellence juga akan mengadakan pertandingan akhir e-sukan di Sunway Pyramid Ice pada 26–28 Oktober di mana peserta-peserta berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM130,000.00. Penganjuran aktiviti tersebut juga diharapkan dapat memeriahkan lagi acara tersebut dan dalam masa yang sama dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung.
Tentang Taiwan Excellence
Simbol Taiwan Excellence mengiktiraf produk yang Taiwan yang paling inovatif dan memberikan nilai yang hebat kepada pengguna-pengguna di seluruh dunia. Semua produk yang membawa simbol ini telah dipilih untuk Anugerah Kecemerlangan Taiwan berdasarkan kecemerlangan mereka dalam reka bentuk, kualiti, pemasaran, penyelidikan dan pengilangan Taiwan. Dimulakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MOEA), R.O.C. pada tahun 1992, simbol Taiwan Excellence diiktiraf oleh 100 negara.
Kini logo Taiwan Excellence telah didaftarkan di 102 negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.taiwanexcellence.org/my atau laman Facebook taiwanexcellence.MY
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.