Cadangan lawatan sekolah selepas exam, BoDen Edufarm | Kepada yang rajin mengikuti blog ini pasti sudah tahu bahawa ai pernah ke sebuah ladang kambing yang tak berbau kambing. Hah caner tu?
Ladang kambing di Serting Ilir, Jempol, ini dimiliki Datuk Zainal Abdul Ghani dan isterinya Datin Fatimah Abdullah. Mereka memulakan perniagaan ini hanya selepas bersara dari jawatan CEO syarikat. See... better late than never. Sebelum mengusahakan ladang ini mereka telah membuat kajian terperinci untuk menjayakan misi ini hingga berjumpa dengan pakar di Australia Barat dan Afrika Selatan untuk menghasilkan kambing berkualiti demi produktiviti maksimum. Sudah pasti penternakan baka bermutu dijadikan sasaran untuk memenuhi permintaan kambing yang sentiasa tinggi.
Mungkin masih ada yang tak tahu nama BoDen itu berasal dari kambing spesis Boer.
Kambing spesis Boer + eden (aku) = BoDen.
Boer also means "farm" in Dutch so BoDen equal to MyFarm!
Kambing Boer tulen dikatakan berasal dari Afrika Selatan. Ia mempunyai tanduk bergelung dan biasanya mempunyai badan putih dengan kepala berwarna coklat tetapi ada juga yang keseluruhan badan berwarna putih atau coklat. Telinganya panjang dan labuh, jinak, cepat membesar, tinggi kadar kesuburannya, tinggi ketahanan kepada penyakit malah senang menyesuaikan diri dengan keadaan separa gurun yang panas dan kontang.
Hasil daripada pembiakbakaan terpilih, kambing Boer mencatatkan kadar pertumbuhan yang cepat dengan kualiti karkas yang bagus. Kambing Boer adalah antara baka kambing pedaging yang paling laris di dunia. Berat pejantan Boer adalah 110-135 kg, manakala berat betina di antara 90-100 kg. Ia boleh dijual bila berumur 6 bulan bagi jantan dan 10-12 bulan bagi betina, yang mana boleh beranak sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Selain daripada itu pengeluaran susu harian boleh melebihi 200g sehari.
Kita juga akan diberi peluang untuk menyusukan anak kambing.
Teknik perladangan terbaik
Melalui tunjuk ajar pakar dan kajian mereka sendiri pasangan ini telah mencipta satu Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi pekerja dalam setiap peringkat untuk meningkatkan pengeluaran dan hasil. Melaluinya mereka boleh membantu orang kampung membangunkan usaha menternak kambing bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan.
Setiap peringkat putaran penjagaan kambing perlu diberi perhatian. Bermula dari anak kambing dilahirkan, membesar dan sampai bercerai susu. Kemudian mejjadi kambing dewasa yang akan bunting dan beranak, diceraikan susu dan balik proses yang sama. Cara penjagaan dan makanan berlainan perlu diberikan mengikut peringkat umur bagi memastikan ternakan sentiasa sihat dan subur.
Setiap kandang diberikan kod, manakala kambing ada nombor pengenalan memasing. Hang ingat hang ja ada surat beranak? haha... Kambing yang baru masuk diletakkan di Kandang A, kandang B untuk kambing bunting, kandang M (beranak), kandang C (sudah bercerai susu) dan kandang D (agihan). Kambing pun dapat special treatment lepas beranak inikan pula isteri hang yang ada hati dan perasaan tu. Kambing-kambing adik-beradik berlainan jantina juga akan diasingkan bila sampai waktunya untuk mengelakkan sumbang mahram. MasyaAllah macam tu sekali pihak ladang jaga. Kita yang manusia ni lagilah kena jaga supaya tak berlaku incest.
Jika kita buat lawatan ke sini boleh merasa menyusukan anak kambing dengan susu botol. Cute weh! Daun juga disediakan untuk kita merasai pengalaman memberi kambing makan.
In first paragraph tadi ai ada cakap ladang ni tak berbau kan? Kandang kambing ini tinggi dari tanah, lantainya dijarakkan supaya najis jatuh ke tanah yang kemudiannya akan dijadikan baja natural untuk pelbagai tanaman. Di sini ada teh herba yang kaya anti-oksidan dan tanpa kafein seperti bunga telang (butterfly pea), roselle dan mulberi. Pokok-pokok lama seperti ipoh, tampoi, mahang dan jelutong juga ditanam. Di ladang ini juga ada tea garden, kolam ikan, stingless bee (kelulut), galeri informasi, plot sayuran dan kiosk jualan.
Dari kiri atas: Bunga telang, misai kucing
Kiri bawah: roselle, pelbagai teh herba yang siap untuk dijual.
Tempat berehat yang soooo kampung style.
Dengan 800 ekor kambing yang ada sekarang BoDen Edufarm mampu menjadi pembekal daging kambing untuk kenduri, akikah dan pelbagai acara lain. Gawat macam mana pun ekonomi manusia tetap perlu makan, kan?
BoDen Edufarm sangat mengalu-alukan kedatangan para pelajar ke ladang mereka supaya anak-anak dapat belajar sesuatu, dari binatang hingga tumbuhan dan mungkin juga sebagai pembuka minda moga suatu hari nanti anak-anak kecil ini akan menjadi usahawan pertanian juga. Yuran yang dikenakan hanyalah RM30 untuk kanak-kanak berumur 10-12 termasuk light meal. Nak naik basikal kira lain. Nak buat small scale event setakat 100 orang tu boleh berbincang dengan mereka.
BoDen Edufarm
Lot 167, Lorong BoDen
Off Jalan Menteri Besar
72100 Serting Ilir, Jempol
Negeri Sembilan.
GPS: 2.8256735,102.3613306
Phone: +603-8948 2171
Fax: +603-8941 9877
Mobile: +6012-207 5773
Email: inquiries@bodenedufarm.com
Cara ke BoDen Edufarm:
1) Jika dari Seremban, cari arah ke Bahau/Batu Kikir kemudian masuk simpang ke Masjid Tuanku Puan Chik.
2) Jika dari Bukit Belacan/Jelebu, sila ikut jalan ke Simpang Pertang untuk ke Sering Ilir/Hilir dan cari ke Masjid Tuanku Puan Chik. Jalan ini lebih dekat daripada berpatah balik ke Seremban kemudian ke Kuala Pilah-Batu Kikir.
*Sesungguhnya menjadi kaya itu mulia.
2 Comments
Heya i am for the first time here. I came across this board and I find It really useful & it helped me out much.
ReplyDeleteI hope to give something back and aid others like you aided me.
Awesome blog. I enjoyed reading your articles. This is truly a great read for me. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles. Keep up the good work! edufarm learning centre
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.