Please, jangan skip Taman Wetland Putrajaya



Please, jangan skip Taman Wetland Putrajaya | Sebagai pusat pentadbiran, ramai warga tempatan ke Putrajaya urusan rasmi di agensi kerajaan seperti memperbaharui permit pekerja asing dan menghadiri seminar serta pameran di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sebenarnya Putrajaya lebih daripada itu.


Dalam beberapa blogpost lalu telah ku senaraikan banyak lokasi pelancongan dan tempat makan popular di sana. So now, kita nak cerita dengan lebih detail tentang Taman Wetland Putrajaya.

Kawasan hijau seluas 335 hektar dibahagikan kepada Taman Wetland seluas 138 hektar dan tanah bencah 197 hektar, yang dipercayai tanah bencah buatan manusia terbesar di dunia dan pertama di Malaysia. Taman Wetland merupakan salah satu daripada 13 taman riadah yang ada di Putrajaya. 

Lembah dan paya ditambah 70 spesis tanaman daripada Putrajaya Wetland Nursery. Pelbagai jenis tumbuhan bersesuaian termasuk rumput kedabung ditanam yang berfungsi sebagai penapis air secara natural sebelum masuk ke dalam tasik. Setiap lima tahun air kolam tadahan akan dilepaskan untuk proses penyelenggaraan. Mesti banyak ikan tu kan?

Rumput kedabung.

Sel wetland.

Kemudian 24 spesis wetland aquatic dengan 55 spesis ikan pula dibiarkan lepas bebas untuk menambahkan nilai bio-diversiti. Uish dalam tasik ni ada ikan temoleh yang harganya RM400 sekilo! Kalau berani gi lah menjala... ai pun tak kenal bagaimana rupa ikannya. Ikan toman pun ada. Menurut pegawai Taman Wetland Encik Ahmad Nazrin, cara untuk mereka mengetahui kadar populasi ikan toman ialah dengan memancing. Kalau kau pancing 10 tempat asyik toman je sangkut sahlah ikan tu dah berkembang biak, jadi kena dihapuskan supaya ikan lain tak pupus. Mereka gunakan ikan keli sebagai umpan untuk menangkap ikan toman.

Di sini juga ada Flamingo Pond. Flamingo ialah sejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Burung ni tidur sambil berdiri dan makan udang halus yang kita buat cencaluk tu. Amboi diaaaa..... nak udang saja.

Di Taman Wetland ini jugalah aku baru tahu ada suicide fruit. Tujuan ia ditanam ialah untuk mengawal reptilia kerana ia mengandungi getah yang dipanggil Cerbera Odollam yang kedua paling beracun di dunia (kalau Shah frust Fika tak nak kat dia semula bolehlah kunyah buah ni. Husna dengan Nek Pah makan lagi bagus. #tetiba.. Jangan Benci Cintaku hahahah....)

Kiri, suicide fruit ( Cerbera Odollam ). Kanan, pokok simpuh air.

Pokok simpuh air pun ada... yang bunga kuning. Di zaman atuk nenek onyang kita dulu gunakan daunnya sebagai pinggan sebab ia agak tebal dan lebar. Lecehlah nak bawa pinggan Tupperware ke kebun. Hahaha... macamlah ada Tupperware masa tu.

Wah.. banyak betul dapat ilmu dalam masa sejam tu.


Apa lagi yang menarik di Taman Wetland? 

1. Ingat tak video viral dulu tu... ada satu skrin yang kita pijak dan airnya berkocak siap ikan berenang lagi di bawahnya? Kalau nak mengetahui lebih lanjut kena masuk ke Pusat Penghayatan Alam atau Nature Interpretation Centre.

Di sini juga ada wetland diorama, kedai cenderahati dan Wetland Cafe. Pusat Penghayatan Alam menjadi titik tumpu untuk pendidikan mengenai eco-tourism. Ia juga menyebarkan maklumat tentang tumbuhan yang menjadi sistem penapis, konservasi hidupan di wetland dan penggunaan produk wetland. 

2. Menara tinjau setinggi 25 meter untuk melihat panorama Putrajaya.

3. Flamingo pond & Swan Lake. Feeding time: 11 pagi dan 4 petang

Flamingo







4. Dapat melihat beberapa spesis burung tempatan seperti Little Egret, the Little Green Heron and Cinnamon Bittern.

5. Mengenali burung hijrah dari hemisfera utara (tapi bermusim).

Burung hijrah yang telah menjadi permanent resident sebab dah fasih berbahasa Melayu.

6. Boleh berbasikal di sini samada menggunakan basikal sendiri atau disewa. Untuk pengunjung tempatan kadar sewa basikal sejam islah RM10.


7. Denai/laluan 

8. Kawasan piknik


Perkhidmatan yang ditawarkan di Taman Wetland Putrajaya
1. Perkhidmatan tram
Dewasa:          RM5 seorang
Kanak-kanak: RM4 seorang

2. Sewaan basikal
Kadar hari bekerja:
Single                        RM8 sejam
Single + baby carrier RM9 sejam

Kadar hujung minggu/cuti umum
Single                        RM10 sejam
Single + baby carrier RM12 sejam

3. Lawatan berpandu (guided tour)
Dewasa          RM5 seorang
Kanak-kanak RM3 seorang

4. Eksplorasi Taman
Scavenger Hunt  RM8 seorang
Treasure Hunt     RM10 seorang

5. Pakej WOW Wonders of Wetland
Meliputi kesemua enam lokasi penting iaitu Menara Tinjau (Lookout Tower), Nature Trail, Flamingo Pond & Swan Lake, Wetland Cell dan Pusat Penghayatan Alam. Bayarannya hanya RM10 seorang.

6. Kita juga boleh berkhemah (camping) di sini. Kosnya hanya RM20 untuk 3 hari 2 malam dengan kapasiti 500 orang pada satu satu masa. Murah gilos... tapi khemah bawa sendirilah.


Jadual perkhidmatan tram di Taman Wetland Putrajaya:
Sesi pagi: 9.30 dan 11.30
Sesi petang: 3.00 dan 4.00

Selain berbasikal dan berjalan kaki menikmati keindahan alam, tram juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Cadangan ai, naik tram dulu kemudian naik basikal pula to enjoy the park at your own time.


Taman Wetland di Putrajaya sangat sesuai dilawati orang yang sukakan alam, suka melihat keindahan flora dan fauna sambil menikmati udara bersih. Taman Wetland Putrajaya dijaga dengan baik walaupun tiada bayaran masuk dikenakan.





Taman Wetland Putrajaya
Lokasi: N2 57.744 E101 41.753

No Tel: 03-8887 7774

Waktu operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang

Post a Comment

1 Comments

  1. Serius kena pergi ke tmn wetland ni. Port amik gambar flora&fauna pun baek ni.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.