10 Lagi Tempat Menarik di Putrajaya



10 Lagi Tempat Menarik di Putrajaya | Halluuu.... lama juga tak update blog ni dengan cerita dan informasi terbaru. Actually ada banyak bahan but dunno where to start, mood tak datang. Untuk ke sekian kalinya ai ke Putrajaya to explore many interesting places, the unexplored heaven garden city.


Aku sangat kagum dengan keindahan Putrajaya yang sangat sesuai untuk membina keluarga. Bandar terancang yang diuruskan Perbadanan Putrajaya ini hijau, serba lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan kurang pencemaran karbon monoksida. Penduduknya juga tidak ramai tetapi ia merangkumi keluarga berpendapatan sederhana hingga tinggi. Pada siang hari populasinya mencecah 150 ribu orang walaupun nampak macam taklah sibuk sangat. Ada rumah flat kos rendah, ada juga banglo baru yang dijual bermula dengan harga RM3 juta! I heard flat second hand pun dua ratus ribu lebih ooiii.. Ai mampu pandang je lah sejak takde payslip ni... hiks.

Dilancarkan pada 1995 sebagai "intelligent garden city", Putrajaya asalnya direkacipta untuk menjadi bandar serba moden dengan pengangkutan awam kelas pertama tetapi ia belum terlaksana sepenuhnya. Disebabkan pelan asal itulah kawasan meletak kenderaannya kurang tetapi kita masih boleh meletakkan kenderaan secara percuma di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) atau di sebelah Istana Kehakiman (Palace of Justice) sekiranya berada di Precint 2. 

Oleh kerana briefing dilakukan di tingkat tertinggi bangunan Perbadanan Putrajaya, merasalah juga kita menaiki lif yang kat arch tu... bukan semua staf dapat menggunakan lif tu tau. What an amazing view from the birds' eyes! Di depan Istana Kehakiman, di belakang Masjid Sultan Mizan.

Selama dua hari di Putrajaya bersama Santai Travel Magazine dalam program Travelogue Escape 2.0, kami bergerak menggunakan bas Hop On Hop Off disewa khas. Bas pelancong ini hanya beroperasi di Kuala Lumpur dan Georgetown, Pulau Pinang, namun jika kita mahukan kelainan bolehlah berhubung dengan mereka di sini for chartered services. Best betul berjalan di Putrajaya dengan bas tu, semua pakat dok di ruang terbuka sebelah atas. Feeling pelancong sangat hahahah....

Perbadanan Putrajaya



Pelancongan di Putrajaya
Perbadanan Putrajaya memfokuskan kepada nature base tourism products. Ada projek madu kelulut di Precint 15. Para pengusaha ini diberikan tapak percuma dan tunjuk ajar daripada agensi kerajaan seperti Mardi. Jika ada pihak yang berminat untuk membuat promosi produk boleh hubungi pihak PP untuk perbincangan. Putrajaya ni bandar terancang, tak boleh sesuka hati nak pacak gerai merata.

Sepanjang 38km shoreline Putrajaya semua ada kemudahan untuk jogging, boat ride, perlumbaan, latihan water skiing, skateboard dan kawasan perkhemahan di Taman Wetland dan Taman Rimba Alam.

Kedatangan pelancong sangat memberangsangkan setiap tahun walaupun tahun lepas agak berkurangan kerana kekurangan penganjuran acara besar di sini. Kira-kira 200 buah bas akan berhenti di Masjid Putra setiap hari. Aku pun setiap kali datang takkan lepaskan peluang untuk bergambar di landmarks di Putrajaya ni. Saja je nak tengok perubahan saiz badan dari tahun ke tahun kahkah...

Masjid Putra, Putrajaya.


Sebenarnya bukan hanya 10 tempat menarik di Putrajaya
Some sees Putrajaya as boring but others see it otherwise. If you're looking for greenery and calmness just a stone throw away from the vibrant Kuala Lumpur pergilah ke Putrajaya. Memandu di hari Sabtu dan Ahad di sana seperti memandu di Kuala Lumpur sewaktu hari raya Eidul Fitri, senyap sunyi macam semua dah balik ke 'sarang'. Mak bapak siap boleh bawa anak picnic depan bangunan lagi sambil main kejar kejar. Bahagianya theyolls...

Okay jom kita tengok apa yang menariknya di sana.

1. Cruise Tasik Putrajaya
Menelusuri Tasik Putrajaya dengan bot besar ini adalah pengalaman kali kedua tetapi ia masih lagi membuatkan ai teruja. Seperti biasalah semuanya berkumpul di atas dek kerana mahu menikmati keindahan matahari terbenam sambil ditiupi bayu senja nan lembut. Romantiknya... Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi di waktu remang senja tu sangat cantik dengan limpahan cahaya lampu sehinggakan boleh nampak reflections di permukaan air.

Selain Cruise Tasik berbagai lagi aktiviti diuruskan Marina Putrajaya Sdn Bhd. Boleh sewa dewan untuk seminar, nak sewa laman pun boleh, nak buat team building... party, rekreasi air... contact saja mereka.



Cruise Tasik
Jeti Putra, Jambatan Putra
Precint 1
62000 Putrajaya
Tel: 03 88885539
Emel: sales@cruisetasikputrajaya.com


2. Architectural Trail by Bike
Cara santai dan sihat untuk menikmati keindahan senibina bangunan di Putrajaya tentulah dengan berbasikal. Kenderaan yang kurang walaupun di hari bekerja memudahkan aktiviti ini. Lagipun naik basikal senang nak parking.

Bangunan di bandar dalam taman ini semuanya diperbuat atau dicat dengan bahan berwarna putih/kelabu/seumpamanya. Warna yang tak lapuk ditelan zaman, tak outdated, sama seperti kebanyakan bangunan di eropah, 100 tahun lagi kita pergi pun tetap sama je. Ada bangunan yang sangat cantik reka bentuknya, seperti corak songket pun ada. Cuma aku tak berapa berkenan dengan design bangunan SPRM 😶


3. Taman Wetland Putrajaya @ Putrajaya Wetlands Park 
Taman ini merupakan salah satu daripada 13 taman riadah yang ada di Putrajaya yang yang dibuka kepada umum. Taman Wetland Putrajaya dipercayai tanah bencah buatan manusia terbesar di dunia dan pertama di Malaysia. 

Selain berbasikal dan berjalan kaki menikmati keindahan alam, tram juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Kita juga boleh berkhemah (camping) di sini. Kosnya hanya RM20 untuk 3 hari 2 malam dengan kapasiti 500 orang pada satu satu masa. Murah gilos... tapi khemah bawa sendirilah. Meh la cikgu cikgi semua buat perkhemahan di sini. Boleh tengok burung free... baru ada added value.

Datanglah sewaktu feeding time pukul 11 pagi dan 4 petang. Seronok melihat itik, angsa dan burung berebut makanan.

NO entrance fee.

Flamingo Pond, Taman Wetland Putrajaya. Burung ni tidur sambil berdiri.

Feeding time !


Taman Wetland Putrajaya
Persiaran Perseketuan
Putrajaya 60520, Malaysia
+60 3-8887 7139


4. Taman Cabaran Putrajaya @ Putrajaya Challenge Park
Setelah beberapa kali ke Putrajaya hanya pada kali ini baru tahu ada tempat untuk merasai extreme experience. Di sinilah salah satu tempat yang bagus sebagai training ground for extreme sports.

Apa yang ada di sini?

Fun park, skate park, BMX tracks, mountain bike and wall climbing. Yes, they have the BIGGEST artificial indoor wall climbing in south east asia. We have the BIGGEST, okay!



Galakkan anak-anak melakukan aktiviti sihat begini.

Waktu beroperasi:
Skatepark
Isnin-Khamis 10 pagi - 7 petang
Jumaat-Ahad 10 pagi - 11 malam

BMX Stunts/Mountain Bike
Isnin-Ahad 10 pagi - 7 malam

Wall Climbing
Ahad-Khamis 10 pagi - 8 malam
Rabu-Sabtu 10 pagi - 10 malam

Kadar sewaan peralatan untuk wall climbing (per unit/3 jam setiap sesi):
Tali                    RM15
Harness             RM5
Climbing shoes RM7
Chalk bag          RM3
Belay Device     RM4


Kompleks Sukan Lasak
Jalan P5, Taman Cabaran
Precint 5, Putrajaya.
Tel: 03 88877538/ 03 88878443


*Kata officer bertugas, during school holidays TCP ni penuh dengan bebudak, dah macam taska 😃😃


5. Berkuda di Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP)
Menunggang kuda adalah satu riadah yang bagus. Selain untuk kesihatan badan ia juga melatih kita untuk memahami, bersabar dan menyayangi binatang. 

TEP memiliki 14 ekor kuda for leisure rides. Bayar je RM15 untuk merasai menaiki kuda se-round. Kuda di sini berbagai jenis yang diberi jumlah makanan berbeza untuk fungsi yang berbeza. Ada yang digunakan untuk endurance, race, jumping dan dressage. Kuda yang dah pencen berlumba tu digunakan untuk leisure je lah. Relaks relaks sudah...

Lebih baik lagi jika kita belajar menunggang kuda di sini. Introductory level sebanyak lapan sesi kosnya RM350 seorang dengan minima 3 orang pelajar.

Daripada Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:

ارْمُوا وَارْكَبُوا

Maksudnya: “Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”. [Riwayat al-Tirmizi] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan]

Kuda tahu samada kita relaks atau nervous. Kalau kita nervous/takut dia takkan bergerak.

Taman Ekuestrian Putrajaya
Precint 5, 62200 Putrajaya.
Tel : 03 80008902
Website : www.tep.my


6. Skyrides Festival Park
Ingin melihat Putrajaya 500 kaki dari bumi? This is the first and biggest tethered helium balloon yang membolehkan kita melihat panorama Putrajaya 360०. 

Waktu paling bagus ialah senja, dapat melihat siang dan malam sekaligus tapi it depends on your turn. Berjanggut jugalah menunggu kalau peak season sebab hanya lima orang dibenarkan naik per ride.



Skyrides Festival Park
Jalan P2M, Precint 2
Putrajaya


7. SkyWarrior Putrajaya
Ini di sebelah Skyrides, untuk test kemampuan dan ketahanan kita in obstacle course.


8. Monumen Alaf Baru @ Millennium Monument
Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.

Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.

Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan.

Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah.- Wikipedia

Monumen Alaf Baru, Cruise Tasik dan Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi.


9. Pasar Tani
Setiap Jumaat ya..di Precint 2.



Takkan tak terliur tengok aiskrim tu... dugaan betul.

10. Putrajaya Food Truck
Juga di Precint 2, setiap hari bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Ya Allah sedapnya... banyak betul dugaan nak kurus ni 😕😡😢


Tempat menarik yang lain di Putrajaya, jemput baca di sini dan di sini.

Lokasi tempat makan popular di Putrajaya, jemput baca di sini.

*Kalau nak makan wagyu beef boleh try di Miami Grill, Unit 3 Level B3, Menara PJH, No 2 Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2. Mereka juga supplier halal wagyu beef dan beras Komachi.


Thank you for your time. Muahhhh...!!







Post a Comment

2 Comments

  1. Bangunan semua cantik-cantik. Putrajaya kena banyakkan port makan baru seronok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putrajaya bandar terancang sebab tu tak boleh buka kedai/berniaga sesuka hati

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.