Hiking di Marble Mountain | Memanjat gunung ini bukanlah niat sebenar hahahah.... makcik terkena, nak.
Sebenarnya aku tak berapa pasti nak ke mana pada hari ketiga tu. Ada tiga tempat menjadi pilihan iaitu Son Tra Peninsula, Ba Na Hill dan Marble Mountain. Ba Na Hill was my top choice tapi ada seorang guest tu cakap dia pergi hari sebelumnya berkabus dan tak berapa menarik pun kat atas tu. Lagipun tiket cable car mahal yakmat. So... X. Nak ke Son Tra takut tak dapat cari Grab pula nak balik nanti. Cuaklah pula nak pergi sensorang.
Dari hostel aku book Grab Bike. Sesungguhnya naik Grab Bike lebih murah daripada teksi motor haram tu. Nak naik teksi sensorang rasa mahal le pula. Nak menunggang sendiri tak berapa confident sebab di Vietnam memandu di sebelah kanan. Aku takut confuse tambahan pula ada simpang empat yang tiada traffic lights. Ini double nervous hahahha... walaupun jalannya tidaklah sesibuk Ho Chi Minh. Rider Grab tu siap minta aku komen bebaik sebab dia student yang kerja part time. Alolo.. kesian pulak. Life is not easy, dik.
Aku diturunkan di satu entrance. Bayar tiket (40,000VND tau bukannya 15,000VND lagi) dan bertanya,
Where is the elevator?
Not here. The other side. Go up go up!
😑😑😑
Not far, go up 10 minutes!
Aku pun hendak tak hendak panjat jugalah tangga yang tak sekata tu. Lebih sekaki juga tinggi setiap anak tangga tu. Mencungap tapi bila seorang datuk ni naik tangga dengan dua orang cucu remaja dia rasa tercabar nak cepat sampai atas 😁😁. Giler ko... takkan nak bagi dia sampai dulu? Rasa best sangat bila sampai atas dan mampu terus panjat sana sini. Botingkek tingkek weh... Marble Mountain hanya untuk orang yang mampu berjalan sendiri sahaja.
Marble Mountain ini ialah kumpulah lima buah gunung marmar (marbles) dan batu kapur. Ia terletak di perjalanan menuju Hoi An kira-kira 15-20 minit dari Da Nang. Dalam perjalanan tu kan, bila tetiba nampak batu batu besar, dah nak sampai lah tu. Nama gunung-gunung ini diberi mengikut elemen api (hoa), kayu (moc), besi (kim), air (thuy) and tanah (tho). Keunikan Marble Mountain yang mempunyai gua dan terowong tersembunyi membawa ribuan pelancong ke sini saban tahun. Ada yang ingin melihat gua lama untuk pengikut Buddha dan Hindu, ada juga yang ingin naik ke puncak untuk melihat pemandangan indah Da Nang dari mata burung.
Takkan aku nak kalah dengan atuk tu? Rasa terharu tengok dua cucu dia melayan atuk ni naik ke marble Mountain.
Naik ke sini pula. Dari atas ni boleh nampak pemandangan di bawah ↡
Naik lagi dan masuk gua.
Untuk ke puncak Thuy Son kita perlu memanjat 150 anak tangga. Pagoda lama seperti Huyen Khong, Tang Chon dan Tam Tai yang diukir sejak 1825 menunjukkan kepada kita tradisi mengukir batu yang telah berkurun lamanya. Nak kata cantik sangat pemandangan tu taklah kot tapi ya rabbi... penatnya naik turun tangga. Setiap gunung ni ada gua dan kuil di dalamnya. Water Mountain ialah gunung yang terbesar dan dikatakan paling cantik. Aku pun tak pasti yang mana satu tapi rasanya semua tempat aku pergi. Rasa ringan badan, dahlah makan sehari sekali je.
Gua-gua di gunung ini pernah menjadi tempat persembunyian tentera Vietcong untuk mengintip tentera Amerika yang sedang berehat di My Khe Beach sewaktu Vietnam War dulu. Lubang peluru menjadi bukti aktiviti mereka ini. Aku pun tak study sebelum ke sini, kalau tak boleh jugalah cari bullet holes tu.
Sewaktu ke sini pelancong Korea yang ramai selain Eropah. Selamba je jejaka Korea yang korang hadek hadek minat tu pakai baju dan seluar pendek gambar tembikai. Eh, tak sama pun macam dalam instagram? 😁 Aku terserempak dengan dua orang Bangladesh ni. Dia asyik terpandang pandang je then terus bertanya, dari Malaysia? Kan dah kata, kat dahi aku ni ada cop "made in Malaysia" 😃 . Bolehlah isi kekosongan jawatan Menteri Pelancongan kot? Mereka mengikut company trip yang kesemua bos dan staf berbangsa Cina. Sempatlah dia bercerita susah mendapatkan makanan halal di Da Nang. Memang pun... indian restaurant ada. Restoran Brunei tu jauh di seberang sungai sana, kena naik teksi/Grab.
Yang best nya selepas turun dari Marble Mountain, kita berjalan kaki 22 minit dah sampai ke Non Nuoc Beach. Bolehlah berjemur di sini.
Cara naik ke Marble Mountain
Kalau rasa kaki dan tenaga tu kuat, bayar VND40,000 lepas tu naik tangga di Gate 1. Tak tahulah berapa mata tapi banyaklah heheh... gununglah katakan.
Kalau rasa tak mampu atau nak cepat naik lif di Gate 2. Rasanya tiket elevator VND40,000 one way.
Harga tiket masuk ke Marble Mountain
Dewasa VND40,000
Pelajar VND10,000 (sila bawa student card uols kemana-mana)
Kanak-kanak dibawah 6 tahun PERCUMA
Gua bawah tanah (Dong Am Phu)
Dewasa VND20,000
Student VND7,000
Marble Mountain
Hoa Hai Ward
Ngu Hanh Son district
Danang City
Vietnam
Waktu beroperasi: 07:00 pagi - 05:00 petang
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.