Vietnam | 4 Hari 3 Malam Jalan Jalan di Hoi An Ancient Town & Da Nang | Assalamualaikum and hi.... Okay, this time i just want to simplify my four days trip to Vietnam a few months back. Untuk bacaan lanjut sila ke:
http://www.ruggedmom.com/2018/05/unesco-world-heritage-site-berbasikal.html
http://www.ruggedmom.com/2018/06/unesco-world-heritage-site-my-son.html
http://www.ruggedmom.com/2018/06/vietnam-hiking-di-marble-mountain.html
Day 1
Sesampai sahaja di Landmark Hostel, solat dan terus ambil basikal terus menuju ke Hoi An Ancient City. Memula kayuh keliling kawasan sambil mencari restoran halal dan kedai kain yang ternampak dalam perjalanan ke hostel sebelum tu tapi tak jumpa. Dalam ramai-ramai peniaga di pasar malam, rasanya dua gerai je yang menjual vegetarian food (selain banana pancake). Aku pun belilah gorengan macam cucur udang tu.
Lepas tu selfie tepi sungai. Ramainya orang hilir mudik. Nampak macam best je naik sampan tapi muka tekong tak manis. Di sini ada beberapa jambatan yang di bina merentasi Thu Bon River. Sepertimana tempat lain yang ramai orang di atas jambatan ada je yang berjualan jajan dan souvenir. Aky stay di kawasan pelancongan ini dari siang hingga bertukar malam.
Dalam pukul lapan kot baru balik ke hostel. Niat di hati nak lepak di lobby sambil menonton tv tapi sejuk angin winter membuatkan aku tak betah nak duduk lelama. Ada pula nyamuk dok ngeng ngeng ngeng kat telinga, terus masuk bilik.
Day 2
Semalam dah book half day trip to My Son Sanctuary jadi pepagi dah check-out, tinggalkan beg di lobi. Sampai di sana hujan renyai kemudian agak lebat lepas tu renyai semula tapi our tour guide without fail meneruskan briefing dia. Gigih sungguh.
Petang tu bila sampai ke hostel call Uber/Grab tapi boleh pula dia berpusing-pusing tak jumpa. Aku dah susah hati bimbang terlepas bas last ke Da Nang. Belum lama bas bergerak dari stesen bas masa tu lah nampak orang jual macam macam di tepi jalan haishh... takkan nak turun kot? Mur mur je mereka jual.
Di pertengahan jalan ada orang naikkan barang-barang hantaran perkahwinan. Tertanya-tanya juga bus driver ke yang punya sebab orang tu tak naik sekali. Mesti jadi kenangan manis di masa depan kan, ayah dulu bawa hantaran mak ko naik bas aje. nak. Hahaha... Yang penting chenta...lautan api sanggup ku renangi kekdahnya.
Bas turunkan agak jauh jugalah tetapi disebabkan dah petang dan tempat baru relaks je berjalan kaki. Yang tak best nya waze bawa ke hostel lain, dahlah kat tingkat tiga pula tu 😡. Female room untuk enam orang tu bersih tapi tiada tingkap with shared bathroom. Ruang lapang di tengah membolehlah dua orang solat serentak. Agak sempit jugalah. Lokasinya strategik di tengah bandar.
Selepas makan malam aku pun seperti kebanyakan tourists, pergi ke Dragon Bridge. Rupanya setiap Sabtu mulut dragon keluar api! Hang jangan tunggu tang ekor, tak keluar apa apa kat situ. Pi kat mulut di seberang Han River sana nun. Beribu orang menunggu mulut naga tu berapi dan memancutkan air. Sementara di bawah jambatan ada group makcik pakcik otai sedang menari. Tempat trainng kot. Eh best pulak dengar lagu yang dimainkan macam nak join sekaki. Meriah baq hang kawasan tu.
Dragon Bridge panjangnya 666 meter dengan enam laluan trafik. Mula digunakan pada 29 Mac 2013 merentasi Han River di pertemuan laluan Le Dinh Duong/Bach Dang. Jambatan moden ini menyingkatkan tempoh perjalanan dari Da Nang Airport ke jalan utama di bandar dan lebih pantas ke My Khe Beach and Non Nuoc Beach di timur Da Nang city. Pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9 malam 'naga' ini akan menyemburkan api dan air keluar dari mulutnya. So if you want to see it, plan bebetul waktu berada di Da Nang tu.
Masa balik tu beratus eh beribu kot penunggang motorsikal berarak sambil bersorak membawa bendera Vietnam keliling bandar. Suspens lah juga kan bila nampak ada polis kejar (polis pun tak terkejar). Ingatkan apa bendalah. Rupa-rupanya pasukan Vietnam menang game bolasepak. Patriotik beb.
Ini ekor naga, takde apa apa keluar dari ekor naga ni. Hostel aku di sebelah seberang sini.
Api dan air.
Di seberang sana ada satu restoran halal milik orang Brunei.
Day 4
Pepagi aku dah ke Han Market sebab anak kirim beg, topi. Aku pula teringin jugalah nak membeli kain pasang. Datang awal sangat kedai-kedai di tingkat atas masih banyak yang belum dibuka. Kebanyakannya menjual kain pasang untuk Ao Dai (ao yai). Aku tanyalah berapa harga kain dengan tempahan sekali perghhh... mencekik! Mentang-mentang kita pelancong. Aku berkenan dengan kain pasang yang dijual satu kedai tu tapi harga semeter lebih mahal daripada Jakel huhuu... tak kuasa mak. Staf hostel pun kata harga tu tinggi sangat. Kain-kain di kedai itu saja yang aku berkenan. Harga bagpack pun tak semurah di Ho Chi Minh City tapi since kita ni first customer dapat jugalah harga yang kita hendakkan. Selain daripada itu aku beli dried fruits. Aku suka nangka kering.
Masa pilih souvenir polis/PBT yang menjaga pasar tu dok menengking peniaga di belakang aku. Tak tahulah apa yang salah, kesian perempuan tu. Garang oih, takut aku nak pusing belakang. Lama pulak tu.
Han Market
Han Market
Setelah berkira congak, aku book Grab Bike untuk ke Marble Mountain. 15 minit je dah sampai. Jemput baca di sini ya.
At the peak of Marble Mountain, Da Nang.
Marble Mountain, Da Nang.
Daripada soal jawab dengan staf hostel tiada aktiviti malam yang menarik sangat. Aku nak ke pasar malam, memula dia kata takde tapi kemudian dia suggest aku ke Helio Center. Kat situ ada pasar malam katanya. Ah, bersemangat sikit 😃
Sesampai je di situ, alaa..... ini saja ke? Ada banyak gerai makanan di luar dan terdapat sebuah pasar malam moden yang tak berapa besar. Biasalah jual baju, kasut, purse, women accessories. Beli jugalah cermin muka berukir untuk anak dara, sebagai hadiah result yang bagus semester lepas kononnya. Murah je... tapi beli kat obersi heheh... Kat dalam Helio itu pun sekadar tempat bebudak bermain. Kalau hang nak main bowling bolehlah ke sini.
Menarik kan?
Di dalam Helio Center. Sumber di sini.
Entrance sebelah Helio Center. Ada theme park kot dalam tu.
Day 4.... last day
Dalam hujan renyai pagi tu aku berjalan kaki dalam 1.2km ke Con Market. Memula lalu di pasar basah yang orang berjualan di tepi jalan, lepas tu jumpa tempat jualan barang dapur. Aku tak beli luggage jadi ada sedikit penyesalan di situ sebab pinggan mangkuk cecantik wakkk... 😭 Masa tu lah terngiang-ngiang suara husband bercakap dengan anak, mak hang ni bila nak beli pinggan baru? Di sebelah dalam pula ada jual kain baju ready made.
Naik ke atas deretan penjual kain pasang. Tak murah macam HCM jadi aku tak beli. Terjumpa kedai yang menjual kain kilat lip lap lip lap, dah lama cari tapi tuan kedai pula entah ke mana hmmm...
Owh, masa kat area orang meniaga barang dapur tu sekali lagi dapat menyaksikan penguatkuasa mereka berkasar dengan peniaga. Entah apa yang dimarahnya, aku agak sebab langgar peraturan. Garang worr...takut aku. Orang lain pun semua senyap je tak melawan.
Masa makin suntuk aku pun bergegas balik tapi waze aku ni bawa ikut jalan lain yang berpusing jauh. But it's okay, dapat tengok banyak kawasan.
Maka bersusah-payahlah aku menyumbat segala makanan kering dalam beg tu. First time check-in staff suruh timbang semua beg, mujur ai bijak sket hahahah.... 😈😉
Air Asia terbang setiap hari ke Da Nang. Oktober nanti ada banyak lowest fair. So?
1 Comments
Hi there to all, how is everything, I think every one
ReplyDeleteis getting more from this website, and your views are pleasant designed for new
users.
Feel free to leave your comment below. Thank you.