UNESCO World Heritage Site | My Son Sanctuary | Hari kedua di Hoi An aku ikut half day trip ke satu tempat bersejarah di Vietnam. Bila book tour package tu sila pastikan adakah ia termasuk tiket masuk dan lunch ya. Karang rasa murah tapi sebenarnya ada hidden cost.
Perjalanan ke My Son Sanctuary lebih kurang sejam naik bas. Lokasinya tidaklah jauh sangat tapi biasalah di Vietnam bas bukannya boleh merempit hehehh... Tour guide kami tu bagus Bahasa Inggerisnya siap bagi tau orang puji dia kat Trip Advisor. Memang baguslah sebutannya tapi bila lelama kat site rasa macam kena lecture pulak dengan dia hahahah...sungguh.
Selepas membayar tiket, kita akan dibawa lebih jauh ke dalam menaiki tram. Dari tempat berkumpul tu barulah berjalan kaki ke sebuah lembah berkeluasan kira-kira 2 kmp dikepung oleh dua gunung berdekatan Kampung Duy Phu. Setiap hari ada persembahan kebudayaan tapi waktu kami sampai dewan tu dah penuh melimpah dengan pelawat jadi kami skip je. Hujan pun dah mula renyai waktu tu.
Ada pejabat pos. Tak tahulah berfungsi ke idok.
My Son Sanctuary (bunyinya Mai Seng)
Ia terletak di Quang Nam province 69 km barat daya Da Nang. Dibina untuk Raja Champa (dalam bahasa Vietnam Chiêm Thành) dan didedikasikan untuk tuhan Hindu, Shiva (orang tempatan panggil Bhadreshvara). Kuil ini telah dikesan dibina pada kurun ke-4 hingga ke-14. Lama dow.. Seperti juga Hoi An Ancient Town, My Son Sanctuary telah diiktiraf sebagai salah satu UNESCO World Heritage Sites pada tahun 1999. Dipercayai bekas kuil ini sebuah kawasan arkeologi yang terpanjang di Indochina.
Pengkaji dari Peranchis yang menjumpai kompleks kuil ini pada kurun yang ke-19. Patung-patung yang dah hilang kepala tu menurut tour guide kami orang Peranchis lah yang ambil, selain dicuri. Pernah dalam satu masa 70 kuil wujud di sini selain stele (stone slab) dengan inskripsi Sanskrit dan Cham. Pengkaji sejarah telah menemui sekitar 32 stele bertarikh antara kurun ke- hingga ke-12 Masehi.
Kawasan ini juga pernah menjadi pusat keagaamaan dan perkuburan keluarga di raja Cham dan pahlawan negara. Malah ia dikatakan kuil Hindu yang penting di Asia Tenggara yang sering dibandingkan dengan Borobudur di Indonesia, Angkor Wat di Cambodia, Bagan di Myanmar dan Ayuttaya di Thailand. Sayangnya kawasan yang bersejarah ini sebahagian besarnya telah rosak akibat pengeboman yang dilakukan Amerika Syarikat sewaktu Perang Vietnam. Ada beberapa 'lombong' akibat dibom pada masa tu.
Kuil dan menaranya dibina dalam pelbagai design menggunakan bata yang dibakar dengan tiang batu berukir mengambarkan ajaran Hindu. Batu-bata pula dilekatkan menggunakan getah pokok. Hebatkan teknologi dahulu kala? My Son Sanctuary satu senibina hebat yang dibina dalam tempoh 10 kurun.
Ada perbezaan bata asli dan bata zaman kini.
Tour guide (bertopi) yang berdedikasi... tak kira hujan renyai ke semakin lebat ke dia tetap buat kerja dia. Letih pula rasanya berdiri lelama 😁
Aku pilih untuk pulang ke Hoi An menaiki bot (nak balik naik bas pun boleh). Katanya lunch vegetarian. Ye lah aku nampak nasi, kuah sup dan sayur. Bila dah makan beberapa suap rupa-rupanya ada ayam di bawah sayur. Hmm.. sedap juga nasi dan sayur tu 😀
Lawatan yang berbaloi
Jika anda meminati sejarah, ofkos berbaloi. Tiket masuk VND150,000 kanak-kanak dibawah 5 tahun percuma. Dibuka sepanjang tahun.
My Son Sanctuary dibuka jam 6.30 pagi. Jika kita tak mahu suasana crowded boleh je pergi sendiri. Kalau naik teksi dari Hoi An VND900,000 pergi balik.
Nota
Kalau nak pee pee ke... poo poo ke... buatlah sewaktu turn dari bas. Kalau terdesak silalah mencangkung dalam semak kat dalam sana 😁😁
Duy Phú
Duy Xuyên
Quảng Nam
Vietnam
Duy Xuyên
Quảng Nam
Vietnam
4 Comments
Yay google is my king assisted me to find this outstanding internet site!
ReplyDeleteI could not resist commenting. Well written!
ReplyDeleteHi, this weekend is nice designed for me, as this moment i am reading
ReplyDeletethis wonderful educational piece of writing here at my residence.
I'd like to find out more? I'd want to find out some additional information.
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.