Sarawak | Tiada kata-kata untuk menggambarkan keindahan Fairy Cave @ Gua Pari-Pari | Pasar Sarikin sangat sinonim dengan Kuching (nanti baca tempat-tempat menarik di Kuching di sini). Sebab itulah ramai yang merancang percutian di bandaraya ini melibatkan hari Sabtu dan Ahad kerana Pasar Sarikin ditutup pada hari-hari lain. Pasar ini terletak di daerah Bau, dimana yang sebenarnya ada lokasi lain yang tak kurang menariknya terutama kepada nature lovers and adventure seeker.
Pekan Bau hanyalah 20km dari bandar Kuching, dalam 40 minutes drive. Bau yang dahulunya terkenal sebagai kawasan melombong emas dan dilengkapi sebuah kem tentera kini semakin popular dengan dua show caves batu kapur iaitu Wind Cave dan Fairy Cave.
Fairy Cave atau Gua Pari-Pari mendapat namanya daripada binaan stalagmite di pintu masuk yang kelihatan seperti dewa yang dipercayai oleh kaum Tionghua. Yang meminati sukan rock climbing juga akan melakukan aktiviti lasak mereka di Fairy Cave. Gua ini hanya 10 minit dari Wind Cave (Gua Angin) dan biasanya pelancong akan ambil pakej pergi ke dua dua gua ini.
Untuk masuk ke Fairy Cave bayaran RM1 dikenakan. Sangat murah kan? Aku berharap segala gua dan nature reserve di Malaysia ini KEKAL dibawah seliaan agensi kerajaan supaya kita tidak 'terdera' oleh bayaran masuk yang tinggi. Toksah ikutlah negara lain tu... benda dah wujud semulajadi pun hendak dicaj sampai berpuluh beratus ringgit? Takkan kos buat toilet dan gerai habis berjuta ringgit kot?
TAK SABAR NAK MASUK GUA
Selepas membayar entrance fee teruslah kita bakar lemak naik tangga setinggi bangunan empat tingkat untuk ke mulut gua. Tips memanjat tangga: Teruskan langkah, jangan pandang atas 😁. JANGAN CEPAT MENGAKU KALAH, anak ai yang berumur empat tahun tu tak mengeluh pun tau💪 . Balik ke Kuching kita upah dia aiskrim gula apong.
Biasalah bila masuk ke dalam gua suasanya agak gelap dan lembap disebabkan titisan air dari bumbung gua. Berbanding Wind Cave, gua ini lebih banyak ditembusi cahaya. Untuk melihat pemandangan yang lebih hebat, kita kena panjat tangga kayu yang agak curam tetapi tidaklah sampai empat tingkat. Sikit je tapi berhati-hati kerana tangga ni basah. Jika anda mengalami claustrophobic harap dapat bersabar sekejap kerana sesuatu yang hebat menghampar di hadapan. Sungguh!
Bila sampai di atas masyaAllah cantiknya.... besar betul gua tu dengan batu kapur beraneka bentuk dan moss yang menghijau segar dalam suhu lembap. Banyak cahaya dapat masuk di dalam Fairy Cave ni dan disesetengah tempat terasa sejuk berangin. Untuk explore ikut sahaja foot path dan tangga yang disediakan.
Dah sedia...??

Naik tangga empat tingkat ini dulu.
Gambar ini tak cantik, tidak menggambarkan keadaan sebenar. You kena tengok sendiri.
Mulut Gua Pari-Pari (Fairy Cave).
Bagaimana untuk ke Fairy Cave?
Kebiasaannya para pelancong akan mengambil half-day tour package yang cover Wind Cave dan Fairy Cave yang akan mengambil masa kira-kira empat jam. Kosnya RM100 seorang. Disebabkan kami ramai dan nak singgah beberapa tempat dalam laluan yang sama kami sewa van dari Go Travel Holiday Sdn Bhd dan bergerak mengikut signboard. Jimat masa dan duit. Kalau nak sewa call En Malik 016-8889432. Maklumat lain tentang van di sini.
Di Kuching ada syarikat yang menyewakan kereta dan skuter juga.
Cara ke Fairy Cave dengan bas
For the cheapest mode of transport, naik bas ke pekan Bau di terminal bas Jalan Masjid di bandar Kuching. Kemudian tukar ke bas nombor 2 menuju Krokong. Beritahu pemandu bas yang kita ni nak ke Fairy Cave nanti dia akan turunkan di persimpangan ke Fairy Cave then you have to walk 1.5km. Sanggup? hahahha... sewa skuter je lah beb.
Waktu lawatan:
8.30 pagi hingga 4.30 petang
Bayaran masuk: RM1
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.