(Dikemaskini 2020)
Resepi Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan + Daun Puding | Tak berapa lama lagi kita semua akan menyambut hari raya Eidul Fitri. Bila hari raya makanan semua menjadi istimewa. Maklumlah ada yang jarang jarang sekali kita buat contohnya lemang, ketupat, ketupat palas dan sebagainya.
Bila kita makan lemang atau ketupat palas, paling sedap kita "judukan" dengan rendang ayam pedas berapi kerana pulut itu berlemak. Makanan berlemak ni kalau kita lawan dengan lauk pedas berapi memang tak ingat dunia dah hahah... serius beb. Kalau tak percaya cuba makan ayam/daging masak kurma + sambal belacan + ikan masin goreng dengan potongan cili dan bawang besar. Perghhh...
Okaylah kita nak bagi resepi. Ai guna ayam daging jer sebab itu yang mudah didapati. Kalau nak guna ayam kampung kena pergi ke pasar yang jauh. Tak kuasa ai setakat nak beli ayam seekor je pun.
Daun puding. Buangkan urat tengahnya tu.
Rendang Ayam Negeri Sembilan + Daun Puding
Seekor ayam daging
Santan daripada dua biji kelapa
Cili kering (optional, untuk membuatkan kuah menjadi merah)
Beberapa tangkai daun puding - basuh, lap, buangkan urat tengah.
1 sb kerisik
2 asam keping
Tiga batang serai -titik
Garam
Bahan kisar:
Dua genggam cili padi (kalau banyak cili hijau tambahkan kuantitinya sebab tak pedas)
2 inci kunyit hidup/kunyit serbuk
Lengkuas sebesar penumbuk
*Resepi mak tak guna bawang*
**Kalau nak tambah:
10 ulas bawang merah
5 biji bawang putih
Cara memasak:
1. Ayam dibersihkan dan toskan airnya.
2. Kecutkan ayam di dalam kuali. Gaulkan bahan kisar kepada ayam. Bila banyak air ayam keluar, buangkan air tersebut.
3. Masukkan santan, serai dan garam. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala supaya bawahnya tidak hangus. Raya hari tu blend dua genggam cili pun tak berapa pedas sebab banyak yang hijau daripada cili merah.
4. Bila kuahnya memekat masukkan kerisik, asam keping dan daun puding.
5. Biarkan rendang mereneh dengan api sederhana sehingga kuahnya berminyak.
6. Bila minyaknya dah berbuih sedikit (dengan api perlahan) kira dah siaplah tu dan bolehlah dimakan dengan lemang/ketupat/nasi atau dijadikan toppings pizza.
Tips memasak rendang ayam:
1. Jika menggunakan ayam pencen, gunakan santan cair dahulu. Bila ayam empuk baru masukkan santan pekat.
2. Cara menyukat santan, seekor ayam bersamaan dua biji kelapa.
Tips mengeluarkan lemang:
Ai takde nak bersusah payah cari parang nak belah buluh lemang. Kekadang buluh tu pulak bapak tebal dah umur atuk atuk agaknya hehehh...
Senang je nak keluarkan lemang...hentak hentakkan buluh tu untuk melonggarkannya lepas tu terbalikkan hentak lagi sampai lemang tu keluar. Senang kan? 😁😁😁
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.