The unconventional White Temple @ Wat Rong Khun in Chiang Rai | Hello.... sepertimana yang dah diketahui, aku telah menyambung trip Chiang Mai ke Chiang Rai. Dah dekat sangat takkan nak buang peluang melawat bandar lain di utara Thailand ni.
Pagi itu sangat dingin kerana mengalami musim sejuk di utara Thai. Janjinya tour guide akan datang pukul 7.15 pagi, jemput pelancong di hotel-hotel sebelum meneruskan perjalanan. Walaupun sangat sejuk setiap pagi aku mandi juga... tak biasa keluar berjalan tak mandi pagi, tengahari sure berlengaih. Dalam trip sehari suntuk ke Chiang Rai tu White Temple menjadi lokasi pertama yang ditujui.
Wat Rong Khun direka oleh seorang artis visual terkenal Thai, Chalermchai Kositpipat, yang sebahagian besarnya menggunakan dana sendiri. Sehingga kini ia masih belum benar benar siap. Dengan langit biru musim sejuk ni, White Temple kelihatan sangat cantik dari jauh. Tengok je lah gambar di bawah ni... cantik kan?
Sebelum kita naik ke jambatan tu ada ukiran tangan manusia mengambarkan golongan yang dimasukkan ke dalam neraka. Kuil itu sendiri tak besar tetapi dilengkapi dengan beberapa bangunan lain dengan fungsi memasing. Even the toilet itself gempak giler tapi aku tak masuklah sebab ramai sangat pelancong dari negara tutttt..... Malas gue haha...
White Temple @ Wat Rong Khun tidak seperti temple yang biasa kita lihat di Thailand. Selain warnanya, apa yang cuba disampaikan oleh sang artis berbeza. Dari luar lagi penuh dengan ukiran yang 'cuba menyampaikan sesuatu'. Unik! Kuil Buddha ini penuh berseni, secara spiritual mahupun falsafahnya menggambarkan visi perekanya, Chalermchai Kositpipat.
Untuk ke ruang utama, kita perlu melalui jambatan kecil yang mana di bawahnya tangan-tangan menggapai keletihan dan ketakutan minta diselamatkan. Gambaran tangan-tangan 'dari neraka' ini sama juga seperti kisah dalam al-quran. Beringatlah kita ya, sesungguhnya tuhan itu sentiasa melihat.
Tangan-tangan yang meminta tolong. Sepatutnya aku ke kiri sikit untuk mendapatkan komposisi yang lebih baik tapi aku takut orang-orang tanah besar tu potong queue 😒
Pandangan belakang.
The hanging prayer plates.
Tandas pun begini cantik.
Keseluruhan kompleks kuil ini berwarna putih kecuali tandasnya berwarna emas. Beribu cermin kecil dilekapkan pada dinding kuil menggambarkan sesuatu di dalam fikiran perekanya. Ada juga gantungan kecil seperti anting-anting di laluan keluar. Di luar pintu masuk pula ada sebuah galeri seni yang mempamerkan hasil kerja Kositpipat. Sama seperti di main prayer hall mengambil gambar tidak dibenarkan tetapi masuk percuma.
Kompleks kuil ini dijangka siap keseluruhannya dengan sembilan bangunan pada 2070 (err... sempat ke aku tengok?). So far Kositpipat telah menggunakan berjuta baht untuk merealisasikan kerja seninya ini. Sebahagian besar menggunakan dananya sendiri tetapi beliau sudi menerima sumbangan orang ramai yang kurang daripada THB10,000 supaya terus bebas berkreativiti. Betul sangat cara dia. Kita ni kalau asyik menjadi tangan yang di bawah, mudah 'dicekik' orang.
Jika dari Chiang Rai:
Jauhnya dari city center 20-30 minit. Kalau naik tuk tuk tambangnya 300 baht manakala teksi 500 baht round trip. Nak naik bas awam dari stesen bas Chiang Rai ataupun naik songthaew.
Jika dari Chiang Mai:
1) Boleh buat day trip. Ada banyak ejen yang menjual di hotel, hostel dan kedai. Tanya mereka apa yang include, termasuk lunch. Beritahulah kita nak vegetarian food tapi kalau rasa tak boleh telan sila bawa makanan sendiri. Cari roti halal di 7E.
2) Buat private day trip supaya lebih bebas nak berada berapa lama di satu satu tempat. Yang ini terbaik tetapi kosnya lebih tinggi.
3) Naik bas awam dari Chiang Mai’s Arcade Bus Station (the northern bus station). Syarikat bas yang popular ialah Greenbus. Tambangnya hanya 140 baht. Bas ada setiap 30 minit atau satu jam. Boleh beli tiket pada hari yang sama tapi peak season elok beli sehari awal. Basnya selesa siap ada tandas lagi bagi yang jenis VIP tu.
Bas ini akan berhenti di dua stesen. Sila turun di stesen pertama (Terminal 2) yang terletak 5km selatan bandar Chiang Rai. Stesen kedua (Terminal 1) tu di tengah bandar di sebelah night market. Tapi kalau terlepas naik je minibus atau songteaw, perjalanan dalam 15 minit ke stesen yang satu lagi. Bas VIP berhenti di city centre.
Agensi tiket Green Bus:
24 Inthawarorot Road, Old City (berhampiran Wat Phran Singh. Mereka caj komisyen 20 baht setiap tiket. Rasanya setiap setengah jam ada bas.
4) Stesen keretapi terdekat hanya di Chiang Mai jadi menaiki keretapi bukan pilihan.
Tips ke White Temple @ Wat Rong Khun
1) Kalau nak bergambar dengan clean background sila datang awal.
2) Jika anda jenis orang yang sukakan seni, jangan ikut pakej day trip dari Chiang Mai sebab masa yang diberikan untuk explore kompleks wat tersebut tak lama.
3) To muslims, if ada muslim day tour package ke sini better ikut mereka. Senang nak makan solat segala.
Tak boleh blah rupa kon ni.
Selepas ini kita boleh continue ke Segitiga Emas (Golden Triangle) 34 batu dari Chiang Rai dimana Burma, Thailand, and Laos bersempadan. Takde apa sangat pun tapi bolehlah...
Waktu beroperasi: 8 pagi hingga 5 petang
Tiket masuk untuk pelancong asing : THB50 seorang
Wat Rong Khun
Pa O Don Chai
Amphoe Muang Chiang Rai
Chiang Rai 57000
Thailand
Puas hati aku dah sampai 😀
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.