Open to the new shades of Amazing Thailand



Semalam Tourism Authority of Thailand (TAT) Malaysia Office telah melancarkan kempen terbaru "Open to the new shades of Amazing Thailand".

Related image

Kempen yang diketuai oleh Gabenor TAT Mr. Yuthasak Supasorn, menggalakkan pelancong untuk meneroka lokasi baru untuk mendapatkan pengalaman baru. Dalam ucapan Mr. Tanes Petsuwan, TAT Deputy Governor for Marketing Communication pula mahukan pelancong membuka minda dan hati untuk mnerima sesuatu yang baru. Mungkin ke lokasi sama tetapi memandang dari sudut berbeza. Makan makanan yang sama tetapi dari 'tangan' yang tidak sama. Pelbagaikan.

Kempen ini akan memperkenalkan produk terbaru ataupun menjual kelainan dari produk sedia ada. Makanan, alam semulajadi, pantai, kesenian dan kebudayaan ialah apa yang ditawarkan di Thailand. Bagusnya negara gajah putih ini selalu menang dari sudut hospitaliti.

Dalam majlis tersebut pelbagai produk Thai seperti payung hiasan, anyaman rotan, mengukir sabun dan buah-buahan, pembuatan wayang kulit dari kulit kerbau, kain sutera Thai selain makanan dipamerkan. Puas hati dapat makan miangkham. Tak sangka pula akan dimakan sekali dengan kelopak bunga teratai. Tarian klasik Thai dan muay Thai juga dipersembahkan. Di Thailand sana ada banyak tempat yang menawarkan kursus muay Thai. Kalau sekadar belajar untuk suka suka pun boleh. Aku pernahlah pergi ke Superpro, muay Thai training centre di Koh Samui tahun lepas. Bagus sukan ni sebab semua anggota badan kita digerakkan selain fikiran dan mata yang kena sentiasa alert dengan tindakan pihak lawan. 


Off the beaten path
Dah rancang nak ke Thailand tapi tak pasti mahu ke mana?

Selain lokasi popular yang sering dikunjungi rakyat Malaysia di selatan Thai, masih ada lagi beberapa tempat yang juga di selatan yang kurang dikunjungi. Kempen ini mahu menarik pelancong untuk menggabungkan destinasi popular dengan destinasi baru contohnya instead of Hadyai- Songkhla package yang too mainstream, why not do Hadyai-Koh Lipe? Air lautnya lagi cantik.


Kempen berfokus
Tahun ini juga TAT mahu lebih fokus kepada muzik dan konsert. Mungkin disebabkan itu jugalah Mr. Koh Saxman, a famous Thai saxophonist dibawa bersama. Meniup saksafon di sebelum dan semasa majlis berlansung mengiyakan bahawa dirinya seorang pemuzik yang baik. Jazz memang best! Konsert terdekat Hua Hin Jazz Festival pada 18-19 Mei ini. Air Asia dah ada direct flight ke sana. Rasa nak pergi... tiket balik murah, pergi tu kena turun di Bangkok lebih jimat kot.

Jangan tak tahu 2018 ialah tahun ketiga kempen Womens Journey Thailand dibuat. Kebiasaannya ada laluan khas di imigresen untuk wanita. Ada applikasi khas untuk shopping. Ada juga hotel yang mengkhaskan lantai tertentu hanya untuk wanita sahaja siap dengan penggunaan swimming pool berasingan waktu untuk lelaki dan wanita. Secara amnya Thailand selamat untuk female solo traveller. Ni cakap berdasarkan pengalaman sendiri ni.

Selain daripada itu segmen Luxury Travel, Weddings and Honeymooners, famili, pelajar universiti dan wanita yang baru bekerja juga diberikan perhatian. Pelancong Malaysia diberikan visa-on-arrival, isi je borang VOA bila sampai di sana. Orang Malaysialah yang paling ramai melancong ke negara Siam tu. Tahun lepas je 3.5 juta orang ke sana. Apa yang best sangat eh selain makan dan shopping?

Come come! masassss...cheap cheap! 😂😂 Jaga laki kau kak hahahah...


Gambar-gambar semalam daripada Redmi Note 5A. Hauk gaklah dalam low light tapi gambar selfie ok pula.

Dapat payung seorang satu yeayy!!



Nampak apa apa yang pelik tak? hahahahha....mujur aku gi solat Asar semalam. Kalau tidak...sampai ke sudah camtu hahahah....bengong.







Post a Comment

0 Comments