Hotel Review | Bayu Lestari Island Resort- resort terbaharu di Mersing, Johor



Bayu Lestari Island Resort- resort terbaharu di Mersing, Johor | I know ramai yang nak bercuti dalam Malaysia since nilai ringgit jatuh and want to save cost nak buat passport dan visa. Nak yang mudah diakses, senang nak bawa staf reramai atau anak berderet. So I nak suggest, pilihlah salah satu pulau di Mersing.

Dengan hanya 30 minit menaiki bot dari jeti Mersing (Mersing dua jam dari Johor Bahru) anda akan sampai ke Pulau Besar, Mersing.


Pulau Besar yang sepi dan damai
Nama asal pulau yang cantik semulajadi di Taman Laut Sultan Iskandar ini ialah Pulau Babi Besar (Big Boar Island? hmmm tak sedap bunyinya...). Daripada 13 buah pulau yang termasuk dalam taman laut, Pulau Besar merupakan salah satu daripada enam pulau yang berpenduduk dan dibuka kepada orang ramai.

Terdapat tiga atau empat resort berstatus sederhana dan bajet di sini berbeza dengan Pulau Rawa yang mengkhususkan kepada pelancong 'yang mampu berbelanja tanpa had'. Namun begitu air lautnya tetap jernih kehijauan dengan hamparan pasir halus di pantai. Berlatar belakangkan hutan tebal di tengahnya Pulau Besar sangat sesuai dijadikan tempat untuk merehatkan badan dan minda.




Kini hanya empat buah keluarga dengan jumlah ahli yang kurang daripada 20 orang masih kekal menetap di sini. Kekurangan pemastautin lelaki yang sudah akil baligh tidak memungkinkan solat Jumaat diadakan di masjid jadi jika anda ke sini pakat pakatlah imarahkan masjid tu. Sedih melihatnya, masjid cantik dibina kerajaan tidak berseri kerana ketiadaan jemaah. Boleh rasa tau perbezaan masjid yang sering digunakan untuk bersolat dengan masjid yang jarang orang masuk ni.

Masjid Kg Busung, Pulau Besar, Mersing.

Rumah terbiar yang menjadi lokasi photoshoot yang menarik.


Kenapa perlu memilih Bayu Lestari Island Resort?
Sewaktu ke sini bulan lalu, resort ini baru saja dibuka selama tiga minggu tetapi kami bukanlah tetamu yang pertama. Menariknya jeti kampung terus menuju ke resort ini. Pelancong lebih sukakan jeti kampung berbanding jeti kerajaan tidak jauh dari situ.


Berdua lebih baik gittew...

Setiap hari tiga ekor helang akan berlegar-legar di hadapan resort mencari rezeki. Ralit melihatnya.

Paling aku suka sebab kedudukannya di tepi laut, luas mata memandang. Pokok pun banyak untuk melindungi dari sinaran matahari. Rasa relaks duduk berborak santai di balkoni sambil ditiup angin laut. Daripada 22 chalet berbeza konsep terpulang untuk kita memilih garden view atau seaview. Bilik honeymoon dilengkapkan dengan katil bertiang dengan langsir putih. Romantik! Bilik kami pula Executive Suite dua tingkat yang boleh memuatkan 12 orang. Di bilik tingkat atas ada katil queen dan single, lengkap dengan bilik air dan pendingin hawa. Yang tingkat bawah ada kipas je tapi luas dengan bumbung tinggi. Malam pun taklah rasa panas sebab ada lubang angin di bawah tingkap. Bilik air dengan hiasan kayunya pun luas.

Lobi resort ini bersekali dengan restoran. Dengan sofa tebal dan comfy, dengan warnanya yang terang... cozy sangat! Pihak resort juga menyediakan beberapa kotak games untuk mengisi masa lapang di sana.

Kalau uols pembaca setia blog ini mesti perasan yang aku jarang post tentang food review. For some reasons aku kadang-kadang je review makanan tapi kali ni nak pujilah sesungguhnya resort ini ada tukang masak yang memang pandai memasak. Puas hati makan. Nasi lemaknya SANGAT SEDAP. Bukan aku je kata but almost everyone. Aku rasa yang kureng cuma lauk daging masa lunch tu je lah sebab ada yang liat. The rest aku bagi lima bintang termasuk barbeque. Penting oih makan sesedap time bercuti kat sini, bukannya ada restoran mamak nak cover balik.

Suite eksekutif untuk 12 orang.

Tingkat atas ada air-cond, tingkat bawah ada kipas je tapi itu tak menjadi masalah besar sebab masuk nak tidur je pun.



Balancoire





Terpencil tapi tidak bosan
Walapun pulau ini kecil tetapi ia tidaklah membosankan. Pada aku, kalau ke pulau kena beramai dengan keluarga atau kawan. Nak datang sensorang tu taklah kot, melainkan nak mengubat hati yang lara akibat putus cinta atau mencari ilham menulis buku.

Apa aktiviti yang boleh di buat di Bayu Lestari Island Resort?

1) Lepak sajer...sangat best oih!

Best nya lepak kat sini... https://www.instagram.com/p/BhiAvS6gZpV/

2) Naik basikal ke hujung kampung

3) Hiking ke sebalik pulau.

4) Mandi laut


5) Snorkeling & diving

6) Berkayak

7) Sukan rakyat seperti tarik tali, bermain bola pantai, bola tampar


8) Menunggu penyu mendarat di musimnya

9) Kejar ketam pepagi hehhehe... jenuh nak cekau sekor.


*Oleh kerana pulau ini berada di taman laut, bermain jet ski tidak dibenarkan.

2 hari 1 malam di sana aku tak buat pun yang nombor lapan tu... sekadar mandi-manda di laut yang jernih dan bersembang di lobi, balkoni bilik dan berehat atas hammock je. Sayang pula nak meninggalkan walau sekejap. Nyaman sangat!

Takkan semua sempurna? Ofkos ada tapi kita dah bagi tau kat bos dia. Baru tiga minggu beroperasi masa tu haruslah ada kekurangan di sana sini. Yang pasti banyak yang best daripada tak best. Duduk saja tak buat apa apa pun best hahahah...



Bagaimana untuk ke Bayu Lestari Island Resort
Mersing jauhnya 350km dari Kuala Lumpur, dekat lima jam jugalah nak sampai menggunakan PLUS Highway. Pilihan lain:

Kapal terbang
Kapal terbang akan mendarat di Lapangan Terbang Senai dan mengambil masa 3 jam untuk ke jeti Mersing.

Bas
1. Jika dari Kuala Lumpur sila naik di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Banyak bas yang ke Mersing. Perjalanan terpantas 4 jam 45 minit.

2. Jika dari Johor Bahru sila naik bas Causeway Link, Transnasional atau S&S Express di Terminal Bas Larkin. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam.

Bot
Perkhidmatan bot dua hala dari Jeti Mersing-Pulau Besar-Jeti Mersing mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Tambangnya RM90 seorang dua hala/ RM450 satu bot 12 orang sehala. Biasanya pengangkutan air sudah dipakejkan bersama penginapan dan makan.


So apalagi? Jomlah! #dekatje


Bayu Lestari Island Resort
4 Pulau Besar
Mersing
86800 Mersing , Johor
Johor
019-779 7455


Post a Comment

1 Comments

  1. Wow! This blog looks just like my old one! It's on a completely different
    topic but it has pretty much the same page layout and
    design. Excellent choice of colors!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.