Pulau Tinggi | Tempat bertandang hidupan marin



Pulau Tinggi | Tempat bertandang hidupan marin | Dari Pulau Besar kami ke Pulau Tinggi juga di Mersing, menyambung keasyikan mandi-manda air laut yang jernih seperti keluar dari paip. Pure bliss.


Bayangkanlah mendarat saja di jeti nampak air jernih kebiruan sambil ikan berenang di bawah jeti. Cantik! Dari 13 pulau (if I'm not mistaken) yang ada di Mersing, Pulau Tinggi merupakan salah satu daripada enam pulau yang dibuka kepada umum dan its cater for moderate and lower budget tourists. Kepulauan Mersing sebenarnya tidak terlalu digembar-gemburkan sebagai lokasi pelancongan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang ke sana tetapi ia dah lama menjadi 'syurga' kepada penyelam. Di tepi pantai tu pun ada banyak corals.

Bersama @neyrashazeyra

Saja nak tunjuk corals di bawah tu.


Waktu paling baik untuk bercuti di Pulau Tinggi ialah selepas musim monsun berakhir bermula Mac hingga September. Masa itu laut dah tenang dan pasir halus memutih di pantai. Bulan Jun dan Julai sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan diving kerana di waktu itu air sangat jernih. 

Rasanya perkara paling best di Pulau Tinggi ialah ia menjadi tempat penyu mendarat! Masa kami ke sana takde rezeki nak tengok tetapi di sebelah TAd Marine Resort ada Pusat Taman Laut Pulau Tinggi yang berfungsi sebagai turtle hatchery. Selain itu, ikan lumba lumba (dolphin) juga sering bermain di sini. Jika bernasib baik dugong pun berkeliaran. Biasanya dolphin dan dugong akan bermain dalam kumpulan kecil. Kalau mereka tak muncul, berpuas hati sajalah dengan 'dugong' yang dok berjemur di pantai tu 😁😁😁


Aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Tinggi

Selain bersantai di pantai, ada beberapa aktiviti lain yang boleh dibuat di sini. Diantaranya:

1. Melawat pusat penetasan penyu.

2. Island hopping. 
Kena arrange dengan pihak resort. Bila pergi ke pulau-pulau di Mersing ni kan, mesti kita akan rasa sangat kagum betapa cantiknya negara sendiri.


3. Jungle trekking ke air terjun Pulau Tinggi.
Masa ai pergi tu airnya keruh, mungkin disebabkan hujan lebat malam sebelum tu. Boleh tahanlah mendaki tu, boleh dengarlah bunyi nafas sendiri dalam video hahahah... mak pancit nakkk!


Berbaloi-baloi penat mendaki ke sini.

4. Mendaki Gunung Semundu.
Kepada yang lebih aktif dan sukakan cabaran cubalah naik ke gunung ini. Dari atas boleh nampak pulau-pulau lain di sekeliling Pulau Tinggi. Mesti puas hati mendaki tiga jam.

5. Snorkeling & scuba diving
Sila berurusan dengan pihak resort untuk dua aktiviti ini. Kita akan dibawa ke satu pulau kecil lain yang sangat banyak ikan. 

Yang lucunya masa kami pergi tu, dengan seluas-luas lautan boleh kami berasak-asak di satu tempat yang sama hahah... ini kes takut airlah ni. Aku dah tentulah fobia disebabkan kes hanyut di Khai Island Oktober lepas. Dalam video boleh nampak kaki oranglah, punggunglah... siap ada yang tersepak lagi heheh...

6. Berkayak


7. Melihat kunang-kunang (fireflies)


Berjarak 20 batu nautika dari tengara Mersing di Laut China Selatan, pulau ini sangat sesuai untuk short gateaway. Berehat di pantai indah bersama keluarga dengan hembusan bayu laut perghhh...! Ya Allah bahagia betul. Pulau ini agak besar juga. Ada dua resort tiga bintang, penginapan bajet di Tok Mok, enam buah kampung yang masih berpenghuni, masjid dan sekolah. 

Hanya ada sembilan murid dengan tujuh orang guru di sekolah tersebut. Memang heaven lah cikgu yang mengajar di sana... tapi personally aku rasa ia satu pembaziran. Adalah lebih baik guru-guru tersebut ditempatkan di sekolah yang kekurangan guru. Ada guru sekolah di bandar yang menanggung beban mengajar 45 orang murid dalam satu kelas.


Bagaimana untuk ke Pulau Tinggi, Mersing?
Sila naik feri atau bot dari jeti Tanjung Leman. Perjalanan dengan bot kira-kira 30 minit manakala feri 1 jam 30 minit.

Jangan lupa bayar jetty fee RM5.30 seorang dan yuran taman laut RM5 dewasa RM2 kanak-kanak.

Kos satu bot dengan 12 penumpang ialah RM450 sehala tetapi resort di sini dah siap buat pakej. Lebih mudah ikut pakej sebab dah siap makan sekali. Pulau kecil uols, barangan di kedai pun terhad.


Tips ke Pulau Tinggi

1. Sila bawa insect repellant jika mahu membuat aktiviti di hutan.

2. Bawa ubatan, tiada klinik dan hospital di sana.

3. Bawa jajan. Jenuh juga la berlapar kalau kau jenis tidur lambat.

4. Jangan risau sangat, line tenet tetap ada.


Pergilah, Pulau Tinggi memang best!



Post a Comment

1 Comments

  1. Bestnya dapat bercuti kat sini...pemandangan pun cantik sangat...boleh tenangkan fikiran kan..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.