Old Phuket yang Instagramable! | Aku purposely nak bermalam di bandar Phuket pada hari terakhir di sana sebab nak melihat apa yang menarik di pasar malam. Ya aku suka ke pasar malam dan pasar pagi di negara orang untuk melihat budaya dan cara hidup mereka selain makanan yang dijual.
Banyak yang menarik di Phuket, aku pun dah pernah buat senarai perkara menarik di sana tapi aku stay di pekan lama yang lebih bersejarah dan dipenuhi dengan deretan kedai bersenibina menarik.
Apa yang menarik di Phuket Old Town?
1) Bangunan rumah kedai bercirikan Sino-Portugis
Di kemuncak kemasyhuran Phuket sebagai kawasan perlombongan bijih timah pada kurun ke-19, para pelombong dan pedagang dari China dan Eropah datang 'menghurungi' Phuket seperti semut mendatangi gula. Mereka membawa sekali bahasa dan budaya. Percampuran pedagang dari China dan eropah inilah punca pembinaan bangunan rumah kedai yang bercirikan Sino-Portugis yang masih kekal teguh hingga ke hari ini malah sebahagiannya telah ditukar fungsinya menjadi bar, kafe dan rumah tetamu/hotel. Bangunan pertama yang ada di sini dikatakan telah dibina ketika pemerintahan King Rama V di antara 1853 and 1910.
Di Talang Road dan lorong-lorong di sekitarnyalah beradanya bangunan lama yang menarik tu. Di sini juga banyak kedai kopi, bar, kedai kain, guesthouse, kuil Buddha, kedai mainan dan kedai sensei. Kedai ubat tradsional Cina tertua di Phuket terdapat di sini dan mereja juga turut supply produk ke spa-spa di sana. Jalan sepanjang 350m ini dimeriahkan dengan kedai dan pejabat milik peniaga muslim Thai, India dan etnik Baba iaitu keturunan imigran dari China yang datang melombong bijih timah pada awal kurun ke-20 yang berkahwin dengan wanita tempatan. Di malam hari kedai-kedai ini akan 'ditembak' dengan lampu limpah yang bertukar warna dari biru-hijau-magenta.
The late King Bhumibol yang disayangi rakyatnya.
Semua sepesen je kaca kat atas tu.
Second trip in October 2018 at Talang Road, Phuket.
Gambar masa first trip bulan Ogos 2018.
Akhirnya dapat juga bergambar dengan King Bhumibol Adulyadej.
Belakang rumah orang 😃 Habis segala lorong aku masuk. Tu yang best jalan sensorang.
Phuket Thai Hua Museum.
Tempat letak kaki di skuter. Kat Thailand ni kan ada bermacam benda menarik yang made in Thai.
2) Mural @ Street Art
Mural- mural ni aku jumpa di Talang Road. Jalan ke Metropole Hotel pun ada juga.
3) Pasar malam @ Lardyai
Phuket Walking Street atau Lardyai ialah pasar malam yang dibuka hanya pada petang Ahad membawa ke jam 10 malam di Talang Road. Bermacamlah yang dijual di sini seperti makanan, cenderahati, passport cover, pakaian dan sebagainya. Tak perlu risau tentang makanan halal, tak muat perut!
Pintu masuknya di sebelah timur Talang Road yang ada pintu gerbang bertulis LARDYAAI dalam tiga bahasa; Thai, Cina dan English. Untuk tidak merosakkan "ciri-ciri lama" kawasan ini, kabel elektrik di sini ditanam pada tahun 2012. Jadi bila kita berjalan-jalan tu takdelah sakit mata melihat kabel elektrik yang berselirat seperti di tempat lain. Nak ambil gambar pun cantik je.
Berbagai makanan dan minuman dijual. Ada jugalah try beberapa jenis makanan manis yang kuyakini tiada bahan syubhah. Ada seorang peniaga tu dia jual sambal kering ikan bilis bercampur almong nuts yang macam kat Panyee Island tu. Sedap bag hang! Ratah gitu je. Anak bongsu aku yang lima tahun tu kemain suka walaupun pedas. Di sinilah juga pertama kali minum jus mulberi segar. Sedap, tapi tak berani minum lelebih bimbang perut menjadi lawas benar pagi esok. Nayalah aku time fly balik.
Sewaktu aku di sana ada pameran motor besar dan vintage car. Kereta lama macam milik peniaga je... agaknya sebagai tarikan. Lebih menariknya, ada tiga kumpulan membuat persembahan nyanyian denga tiga genre berbeza. Penuh kerusi!
The famous mango sticky rice (pulut mangga), makanan asli Thai.
Jarang aku ke pasar di waktu malam. Sesekali dapat juga memerhati bagaimana susahnya manusia lain mencari sesuap nasi.
Jika anda sukakan bangunan lama seperti yang masih wujud di Melaka dan Pulau Pinang, Old Phuket Town harus menjadi lokasi selanjutnya untuk dilawati dan selfie 😃
Bagaimana untuk ke Phuket dari Malaysia?
Naik MAS boleh, Malindo dan Air Asia pun ada. Phuket International Airport besar dan selesa cuma... bawa botol kosong eh untuk ke toilet. Surau juga ada tapi bukan di boarding area.
Jika masuk melalui jalan darat, jenuh jugalah sebab jauhnya 436km dari Hadyai so kena memandu selauh 6 jam 50 minit di Route 4. Pilihan lain dari Hadyai ialah bas dan keretapi.
Jika dari Patong Beach pula paling convenient sewa motor untuk ke Phuket Town. Rata rata sewanya 200 baht sehari. Naik bas pun boleh, 30 baht je tambangnya. Naik bas lama, best!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.