Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village



Nak makan seafood sedap dan murah di Koh Samui? Sila cari di Hua Thanon Fishing Village | Satu komuniti harmoni di perkampungan nelayan di selatan Koh Samui menjadi tempat untuk melihat Koh Samui yang asli, tidak terjejas dek pembangunan berlebihan. Ianya hanya sepelaungan dari Hin Ta & Hin Yai 😀 dan utara pusat pelancongan Laem Set yang terkenal dengan Samui Aquarium, Tiger Zoo dan Butterfly Garden.



Image result for hua thanon fishing village
Sumber di sini.

Kampung ini agak laid back. Sepertimana namanya, majoriti penduduk bekerja sebagai nelayan. Oleh itu pasar basahnya menjadi lokasi untuk mendapatkan bekalan ikan mentah segar yang didaratkan nelayan di sana. Ia juga dirujuk sebagai "Koh Samui muslim village" kerana ramai penduduk beragama Islam berada di sini. Masih banyak rumah kayu di sini.

Bermula dengan kedatangan warga Pattani sejak 120 tahun lalu, ia juga dihuni oleh penduduk asal Thai beragama Buddha tanpa sebarang prejudis diantara satu sama lain. Kini terdapat kira-kira 600 kaum muslimin dan muslimat di kampung ini. Malah masjid terbesar di Koh Samui, Masjid Nurul Ihsaan, juga di sini.


Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.


Pelajar tahfiz dan jemmah masjid sedang berehat di hadapan Masjid Nurul Ihsaan, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui.

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Salurkan saham akhirat anda untuk membantu anak yatim di sini ke akaun Gongtunpeardekkampra di Government Savings Bank 0201-1-503896-8.

Bot-bot nelayan yang dipanggil kolae dengan warna terang kelihatan sangat menarik tersusun di tebing sungai bila nelayan tidak ke laut. Walau bagaimana kuat mereka bekerja, hasil tangkapan hanyalah untuk pasaran tempatan. Ye lah kan, tak terlawan bot besar yang serba lengkap. Ikan-ikan yang didaratkan ada juga yang dikeringkan menjadi ikan masin. Di Tak Bai (juga selatan Thailand) ada sejenis ikan masin yang mahai bukan main yang takde di tempat lain. Harga ikan masin pun mahal macam emas 😡 

Image result for hua thanon fishing village
Sumber di sini.

Ramai yang berniaga makanan halal. Sewa je motor untuk ke sini.





Di mana restoran makanan laut yang sedap di Hua Thanon tu?

Salah satunya yang ini,  Malayu Samuiseafood & Resort.


Malayu Samuiseafood & Resort, Hua Thanon Fishing Village, Koh Samui, Thailand

Tengoklah saiz udang tu. Paling bawah, kensom.

Oleh kerana berhampiran penempatan manusia dan menjadi lokasi pendaratan hasilan laut, pantai di sini tidaklah secantik pantai di Chaweng, Lamai dan Bo Phut. Namun tarikan utama ke kampung ini ialah pengalaman melihat Koh Samui yang asal dan kedai makanan halal yang banyak dengan harga murah berbanding di bandar. Kalau sewa motor/kereta pergilah ke sini cari sarapan pagi. Penginapan bajet juga ada di sini.


Untuk bacaan lain:

Resort yang best di Koh Samui ada di sini.
Restoran makanan halal pun banyak. Sila baca di sini.

Post a Comment

3 Comments

  1. Very good website you have here but I was curious if you knew of any user discussion forums that cover the same
    topics discussed in this article? I'd really love to be a part of group where I can get feedback from other knowledgeable individuals that share the same interest.
    If you have any recommendations, please let me know.
    Bless you!

    ReplyDelete
  2. Hello just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the images
    aren't loading correctly. I'm not sure why but
    I think its a linking issue. I've tried it in two different browsers and
    both show the same outcome.

    ReplyDelete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.