8D 7N in Marvelous Myanmar | Kenapa Inle Lake patut dimasukkan dalam travel itinerary anda- Part 1



8D 7N in Marvelous Myanmar | Kenapa Inle Lake patut dimasukkan dalam travel itinerary anda- Part 1 | Inle Lake di barat negeri Shan terkenal dengan perkampungan dan kebun terapung. Ia sebahagian daripada Shan Hills di Myanmar. Gambar-gambar yang bakal anda lihat nanti akan menguatkan sebab untuk anda merancang percutian ke Inle Lake  😋😈


Nyaung Shwe digelar "land between the mountain". Inle Lake ialah tasik air tawar di Nyaung Shwe yang dianggarkan berkeluasa 116kmp, tasik kedua terbesar di negara tersebut. Uniknya ia berada 880m dari aras laut. Secara purata kedalamannya hanyalah tujuh kaki dengan yang paling dalam 12 kaki (3.7m) tetapi di musim tengkujuh ia boleh bertambah 1.5m lagi. Berada di sini seperti berada di dunia lain. Nak tengok memacam di Nyaungshwe elok sewa basikal, 1,500 kyat je sehari.

Ada sembilan spesis ikan dan 20 siput yang tiada di tempat lain tapi hidup subur berkembang-biak di tasik ini. Sedap nau kot air tasik ni hehee... some of the fishes kita boleh tengok di Inle Natural Heritage (Aquarium). Esok esoklah kita tunjuk, yang ni pun dah ada 31 gambar. Dari bulan November-January pula ada burung hijrah. Banyak ooo...20,000 ekor gak. Melancong time ni best sebab sejuk. Sejak 2015 Inle Lake telah diwartakan sebagai World Network of Biosphere Reserves yang pertama di Myanmar.


Kaum Intha, perkampungan dan kebun terapung
Tasik yang panjangnya 22km dengan lebar 10km dihuni oleh kaum Intha di 70 perkampungan yang keseluruhan hidupnya berkait dengan air. Makan, minum, mencuci pakaian, berkebun, mencari rezeki... semuanya di persekitaran tasik ini. Pelancongan juga salah satu sumber rezeki mereka. Rumah mereka juga dipacakkan juga dalam air. Hingga sekarang ni aku belum pernah dapat melihat sendiri proses pembinaan rumah air ni walaupun dah pergi ke Kampung Melayu Bako dan Panyee Island. Secara teori tu tahulah tapi still fikir...cemana eh?

Memang rasa hairan macam manalah mereka bercucuk tanam di atas permukaan air tu. Yang aku nampak pokok kiambang dikumpul dijadikan batas untuk menanam cili, tomato, bunga dan sebagainya. Pokok kekeciklah, untuk jualan. Dah bergenerasi mereka buat sistem pertanian begini yang ada pro dan kontranya. Efek negatifnya lebih kepada kualiti air kerana mereka menggunakan baja dan racun.

Apa lagi yang menarik mengenai orang Intha ni?

Cara mereka berdayung sampan dan menangkap ikan! Sangat berbeza tau. Camner eh mereka balance badan dengan sebelah kaki je memijak bendul bot (betul kot eh heheh..) dan sebelah lagi berkayuh. Cramp kaki aku ni kalau buat camtu.


Boat trip around Inle Lake

Pakej boat trip kita boleh dapatkan dari hotel je. Tempat berlepasnya pula sekitar jambatan di penghujung barat Yone Gyi Road in Nyaung Shwe.

Ada banyak yang boleh kita lihat dan pelajari di tasik ini.  Kalau niat kita berkelana tu hendak melihat ciptaan Tuhan kita dapat lihat keindahan tasik, gunung-ganang dan makhluk lain. Jika niat hendak belajar sesuatu...banyak kita boleh nampak. Salah satunya cara pemilik resort mewah menghadkan penggunaan bot berenjin untuk menjaga eko-sistem. 

Pastikan apa yang kita nak tengok atau minta suggestion dari tekong bot to fully utilize masa yang ada. Area Shwe Inn Tain Pagoda tu je pun dah makan masa, nak explore pasar kat situ lagi... nak bergambar kat bamboo forest tu lagi.. nak melawat Inle Heritage yang ada burmese cat lagi... nak melawat kilang siversmith, kain tenunan, cerut, nak makan bla bla bla... oih banyak! Boat ride itu sendiri pun best, tak puas rasanya.

Kami naik bot dari Aureum Palace Resort & Spa Inle. Di bawah ni salah seorang tekong bot. Boleh tahan juga kan? :))



Subhanallah cantiknya..


Nelayan ni yang kita nak tengok sangat tu. Untuk mendapatkan gambar yang berlainan, selepas kita membelakangkan matahari minta tekong bot beralih ke arah lawan matahari pula.






Hachuuummmm...!! 😉

Nampak tak kaki dia sebelah je memijak bot? Lurus je batas tu. Ya Allah indahnya pemandangan pepagi ni.

Adik tu memakai longyi (kain sarung).


Kemain rambut ko dik, mentang mentang dah habis exam.


Di Myanmar ni bukan hanya Bagan tempat melihat stupa kuno malahan di Inle Lake juga. Di belakang restoran kat Indein, juga dieja Inn Thein, terdapat lebih daripada 1,000 stupa yang dibina rapat. Penemuan ini menunjukkan agama dan kehidupan orang Myanmar saling berkait sejak berkurun lama. Ya, manusia mesti hidup beragama supaya tahu batasan.

Indein Pagoda agak jauh tetapi rasa seronok naik bot pepagi tu. Orang lain tak pastilah tapi aku suka sangat naik bot melalui laluan yang lebih kecil. Aku membayangkan berada di zaman yang lain. Pergi tempat orang ni kan pokok kering pun nampak cantik 😀

No editing. Cantik kan daun kering tu berlatar belakangkan lagit biru?

Bebudak remaja lelaki biasanya dah tak pakai thanaka di pipi sebab tak nak kena ejek. Kata orang sana thanaka bagus untuk kesihatan kulit muka dan boleh menghilangkan jeragat.

Di seberang sana ada pasar.


Sama kan? Di Shwe Inn Thein pagoda juga ada pelukis jalanan yang sangat berbakat. Ada seorang lagi OKU tapi dia hasil kerjanya lebih kepada lukisan Buddha. Halus kerja dia.


Lama aku perhatikan budak berdua ni. Yang baju biru tu cerdik betul. Dia pakai dulu seluar yang nak dibawa mandi kemudian tarik keluar seluar biru tu. Yang seluar oren terus je bogel sebelum sarung seluar lain heheh..

Berkemban je main bola 😁. Indahnya hidup bebudak ni, bebas bermain di sungai. Jika anda pernah mengalami situasi kehidupan yang sama, percayalah ia akan menjadi kenangan manis suatu hari nanti. Bersyukurlah pernah melaluinya. Bebudak sekarang memerap kat rumah dengan handphone je.

Sebelah kiri tu bamboo forest.




Bagi pencinta kucing jangan lepaskan peluang melihat dan bermain-main dengan Burmese cat. Siap ada island sendiri lagi tau. Burmese Cat preservation project dijalankan untuk membiakkan binatang comel dan manja ni.


Bilakan waktu yang sesuai ke Inle Lake?
Between October to February. Waktu ni cuacanya enak bangat selepas reda musim tengkujuh.

Jangan lupa apply e-visa sebelum pergi. Cajnya USD50 untuk 28 hari. Bila masuk ke area Nyaungshwe kita wajib bayar 13,500 kyat as an Inle Zone fee.


Bagaimana untuk ke Inle Lake?
Kalau naik domestic flight dari Yangon turun di Heho Airport selepas terbang 1 jam 10 minit. Inle Lake 42km dari airport jadi untuk ke sana boleh naik teksi dengan tambang MMK30,000 = RM90. Kalau tong tong empat orang okaylah harga ni. Nak jimat sikit kena arrange dengan hotel in advance. 

Other options yang lebih murah naik bas atau trak pikap dari pekan Heho yang jauhnya 3km dari airport ke Nyaungshwe, pekan utama di kawasan Inle Lake. Jimatlah kan sebab baik teksi sampai ke pekan Heho je. 

Kalau naik train kena turun di Shwenyaung kemudian naik teksi atau pick-up truck (mereka panggil local truck) dan turun di Nyaungshwe Market. Local truck tu murah je tambangnya... 1000 kyat tapi kena tunggu penuh. Naik teksi 10,000 kyat, tuktuk roda tiga 3,000 kyat.


Peginapan pilihan - mewah atau bajet?

Pemandangan dari kafe Aureum Palace Resort & Spa Inle

For traveler yang berbajet ciput atau sederhana penginapan di pekan Nyaungshwe lah yang menjadi pilihan sebab resort at the lake shores tu mostly luxury. Aku ada share nama-nama resort tu di fb page: ruggedmom. Follow sekali eh hahah... Jadi bagi pelancong berbajet sederhana yang bercuti dengan keluarga tu bolehlah pilih stay dalam pekan. Ye lah kan.... tak bawa anak kang kena kecam pulak. Macamlah perjalanan hidup dan rezeki memasing sama. Perangai #bawangsangat

Nanti kita sambung part two sebelum blog post tentang lokasi shopping penduduk tempatan pula. Thank for reading.




Post a Comment

0 Comments