Thailand | Santai di homestay Mae Kampong Village & The Giant Coffee



Thailand | Santai di homestay Mae Kampong Village & The Giant Coffee | Lain negara lain tarikannya. Sekalipun produk yang sama ada di negara sendiri melihat produk tersebut di tempat lain akan memberikan kita pengalaman baru.


Homestay Baan Mae Kampong yang berletak di Mae On district berdekatan San Kampaeng ialah inap desa yang pertama dan popular di kalangan pelancong tempatan Thailand. Mae Kampong Nok, Mae Kampong Glang dan Mae Kampong Nai bergabung membentuk Baan Mae Kampong. Perkataan "kampong" berasal daripada sejenis bunga gunung "dok Kampung" yang berwarna kuning dan merah yang sering tumbuh berhampiran sungai di kampung tersebut.


Homestay di pergunungan
Dalam perjalanan naik ke pergunungan tu kami singgah sebentar di Maetakhrai National Park (ke depan sikit dari simpang ke Mae On). Lokasi perkhemahan di tepi jalan ini mengalir sungai di tengahnya. Cantik! Masa tu pasukan pengakap dan pandu puteri sekolah sedang buat aktiviti mereka. Best lah camping kat sini weh. 

Maetakhrai National Park. Siap ada band lagi dalam perkhemahan ni.

Kehidupan di Baan Mae Kampong
Terletak 1300 meter dari paras laut, kebanyakan penduduk di sini menanam teh, kopi dan hasil pertanian lain. Tehnya boleh dituai lima kali setahun. Gaya hidup kira-kira 300 penduduk di kampung ini sangat berlainan daripada kota Bangkok. Kampung ini bersih, relaks dan mendamaikan. Suhu di waktu malam dan pagi juga rendah, bawalah jaket dan stokin ye sekiranya menginap di sini... sejuk oih! Bukan di musim sejuk je rasa sejuk.

Untuk ke sini sebaiknya kita menyewa kenderaan atau mengikuti pakej yang banyak ditawarkan. Boleh semak brosur di hotel penginapan atau ejen di tepi jalan. Kalau naik songteaw macam susah sikit dari Chiang Mai, kena turun di San Kampaeng dan tukar songteaw lain. Jika memandu kenderaan sendiri kita kena tinggalkan di kaki gunung yang ada ladang strawberi tu dan naik tuk tuk. Tambangnya 100 baht seorang. Terpaksa naik tuk tuk untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di atas sana.


Bukan musim menuai strawberi. Ada lah empat lima biji...

Seperti yang pernah aku ceritakan di blog post lalu, mana mana perkampungan yang agak mundur di Thailand suatu waktu dahulu diadakan Royal Project, iaitu projek ekonomi kampung dibawah naungan King Bumidhol Adulyadej untuk mengubah keadaan sosio ekonomi mereka. Kawasan yang kontang dibina empangan dan terusan. Begitu juga di sini. Mereka mengeluarkan kuasa hidro-elektrik daripada sungai yang mengalir.

Sebagai menyahut cabaran kerajaan Thai supaya setiap sub-district mengeluarkan satu produk, servis atau aktiviti "One Tambon One Product (OTOP)",  tok ketua telah menjadikan kampung ini sebagai satu lokasi eco-tourism yang menarik serta mudah dicapai oleh pelancong. Sungai, air terjun dan keindahan kampung itu sendiri telah berjaya 'dijual' sehinggakan 20 homestay diwujudkan untuk menampung permintaan yang semakin tinggi akibat populariti yang meningkat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang homestay di Mae Kampong Village kena tanya Tourism Authorithy of Thailand. Orang kampung boleh berbahasa Inggeris sesikit je... but I guess still boleh berkomunikasi dengan body language kot? Sewaktu aku ke sini pun ada homestay yang penuh maklumlah peak sesason. Muslim tourist elok bawa ration sendiri.


Apa yang menarik di Mae Kampong Village?
1) Selain kehidupan yang tenang, orang yang sukakan sukan ekstrim boleh mencuba zipline/flying fox Flight of The Gibbon. Patutlah pakejnya agak mahal, lokasinya kira-kira 50km dari bandar Chiang Mai. Kos transport nak kena ambil kira juga.

Dengan menggunakan zipline kita boleh pergi ke tempat yang jauh di dalam hutan. Best tau, cubalah!

2) Air terjun bertingkat

3) Kafe kampung yang menarik. Minum kopi dan teh hasil tanaman penduduk di kafe-kafe ini merupakan acara wajib bagi pengunjung.


Dalam kesejukan winter terasa sedap pula pisang salai tu.

Bunga loceng ni hanya tumbuh di kawasan sejuk saja ke? Ada juga nampak di Gunung Bromo hari tu.

Dari Mae Kampong Village kami bergerak ke The Giant Coffee. Naik songteaw 500 baht per car. Jalan nak ke situ huhuuu... pepaham je lah jalan gunung yang bengkang bengkok. Masa sampai tu terus WOWWW... menariknya!

Kafe ini dibina dia atas pokok. Untuk ke situ kena melalui jambatan gantung yang pendek 😍😍 tapi jangan risau, jika anda gayat boleh gunakan tangga. Makanan yang ditawarkan tidaklah banyak tapi orang suka duduk relaks sambil minum kopi panas. Yang sebenarnya si pemilik menjual suasana bukan makanan sangat pun. Pokok-pokok yang mengelilingi kawasan ini dan pemandangan gunung-ganang di kejauhan...waduh waduhhh sangat memukau. Ishhh menarik sangat!





Pemandangan malam. Cantik gilos!
Image may contain: tree, plant, outdoor and nature
Sumber di sini.

The Giant
Baan Pok village
Huaykaew, Mae On
Chiang Mai province
50130 Ban Pok Nai
Waktu beroperasi: 8.30 pagi - 5 petang

Jangan datang hari Isnin, kafe tutup.













Post a Comment

0 Comments