Thailand | Panduan memilih zipline @ flying fox operator di Phuket



Thailand | Panduan memilih zipline @ flying fox operator di Phuket | Phuket yang berada di selatan Thailand merupakan pulau yang terbesar di negara itu. Dihubungkan dengan Phang-Nga oleh Sarasin bridge, ia juga berdekatan Krabi yang sering sesak dengan kunjungan pelancong dari serata dunia. 


Seperti juga Ao Nang Beach yang lebih menjadi tumpuan di Krabi, begitulah Phuket. Sebagai sebuah pulau yang besar sudah pastilah Phuket menawarkan beberapa pantai yang cantik. Nak yang ramai pengunjung dan banyak aktiviti boleh ke Patong Beach. Kalau nak yang lebih privacy boleh ke Rawai, Patong, Karon, Kamala, Kata Yai, Kata Noi dan Mai Khao. Sewa motor je senang nak ke mana-mana.


Bentuk mukabumi Phuket
Berada sejauh 863km dari Bangkok, Phuket hanyalah 48km panjang dan 21km lebar. 70 peratus daripada muka buminya dari utara ke selatan bergunung-ganang manakala kawasan tengah dan timurnya landai. Sewa motor 200 baht boleh merempit sehari suntuk di pulau ni. 

Disebabkan adanya hutan, gunung dan pantai itulah bercuti di Phuket tak membosankan, ia bukan hanya ada pantai peranginan semata-mata. 


Apa aktiviti menarik yang boleh dibuat di Phuket?
Banyak outdoor activities boleh dibuat di sini. Antaranya mandi laut, makan makan, island hopping, para sailing, snorkelling, river rafting, ATV, ziplining, naik gajah atau dok saja jemur badan di pantai. Memalam enjoy the nightlife di Patong walking street tu (tidurkan anak dulu... tak seswai bawa budak 😮). Nak cari makanan halal sila baca di sini.

But, what a must do in Phuket??

Bagi aku, zipline! Serius best! Perasaan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dengan pantas tanpa menjejaskan alam semulajadi tak boleh dijelaskan dengan kata kata. Kena try sendiri baru tahu. Barulah boleh rasa macam orang utan tu hahahah...


Bagaimana untuk memilih syarikat pengendali zipline/flying fox? 
Eh jap, apa translation dalam Bahasa Melayu ya, musang terbang? 😁

Dari hari pertama di sana, aku dah survey beberapa syarikat pengendali dan harganya. Rasanya ada tiga syarikat yang menawarkan servis ini di Phuket. Yang popular Flying Hanuman dan Phuket Paradise Trip ATV & Zipline. Kalau baca review ramai mat saleh ikut Hanuman. Ada yang kena caj sampai USD250 untuk dua orang. Kalau kena kat mat saleh kerek, padan muka kau kena 'sembelih'. Aku memang meluat sangat kat hang hahahah... tak sempat lagi nak story mory kisah tu.

Basically apa maklumat yang kita perlu tahu atau bandingkan sebelum membuat keputusan ialah:

1) Safety feature.
Daripada brosur kita dapat tahu apa jenis alat keselamatan yang digunakan. Mesti ada safety helmet, safety harness, screw lock carabiner, double lock system dan safety zipline pulley. Biasanya mereka akan claim staf mereka berpengalaman. Harapnya begitulah kan?

2) Berat maksima yang boleh ditanggung.
Kepada yang berat melebihi 120kg tu baliklah kampung dulu, exercise. 120kg sahaja maksima.

3) Umur peserta yang dibenarkan.
Mereka menerima peserta dari umur 4-80 tahun. Seronok tengok budak-budak yang berani. Boleh terbang seorang, nak berdua dengan mak/ayah pun boleh. 

4)  Selain zipline itu sendiri apa lagi features yang menarik? Ada tak...
- sky bridge?
- spriral staircase?
- dual zipline?
- sky rail?
- berapa tinggi abseiling tu...15/20/40m?
- trekking?
- honeymoon sling?
- berapa tinggi?
- berapa panjang...100/200/400m?
- berapa platform... 16/18/28?
- berapa lama..sejam ke dua jam?

5) Harga
Bila dah compare yang di atas dan apa yang aku hendak, rasanya pakej Hanuman lebih mahal. Mungkin mereka menggunakan alat keselamatan yang lebih mahal tetapi yang lebih murah tak semestinya tak berkualiti. Marketing bagus ni...


Pengalaman dengan Phuket Paradise Trip ATV & Zipline
Aku beli pakej ni daripada ejen yang menjual di kaki lima kedai. Pepandailah tawar menawar. Hang beli kat tepi jalan ke atau kat pejabat rasmi ke.. ke situ juga dibawanya nanti. Dapat harga THB1200 kalau tak silap. Ke... 1100 baht?

Aku join trip tengahari sebab pepagi tu lah baru sibuk mencari pakej. Trip pagi pukul 8  /10 am, ejen tu dok sedap tidur lagi time tu unless dah beli the previous day.

Kita akan dijemput di hotel pada masa yang ditetapkan. Pakailah pakaian yang bersesuaian ya...t-shirt dan seluar sukan paling sesuai dipadankan dengan sandal bertali atau kasut sukan. Ada seorang peserta tu tak pakai kasut pun. Sling beg yang kecil dibenarkan. Sesampai di sana kita kena sign satu surat obligatory disclaimers (aku pun tak baca main sign buta je), diasingkan mengikut pakej dan dipakaikan harness. Then kena dengar briefing sekejap. Lepas tu kami dibawa naik pick-up truck ke atas bukit/gunung nun. Budak 15 tahun yang drive tapi badan punya besar, anak taukelah kot. 

Group kami tak ramai dan setiap group akan dikawal selia oleh sekurang-kurangnya dua orang guide. Merekalah yang akan pasang dan buka screw lock carabiner dan pulley tu, kita tak dibenarkan buat sendiri. Bab ni rasa yakin dah. Mereka sangat professional dan mesra. Ada satu tempat dulu tu, dia suruh kita buat sendiri huhuu...tak ke tangan kau terketar-ketar bila kena buat sendiri masa tinggi di atas pokok?

Lepas tu kita mulakanlah. Syok beb! Aku pilih yang 18 platform sebab masa nak book pakej tu otak aku ni dok kata, "eh hang berani ke? betul ke berani tu?" Keji. Menyesal tau, lebih baik beli pakej yang paling banyak platform sebab 18 platform tu sejam je dah selesai. Rugi.... bukan senang nak terbang sana sini. Lagipun pakej yang mahal tu boleh terbang sejauh 400m. 





Guide kami bagus, kalau nak terbang gaya Superman pun dia boleh uruskan. Kalau nak ambil gambar atau video minta tolong je dengan guide tu, dah selesai nanti bagilah token sikit. Video yang aku share kat instagram tu shot guna handphone je. Pegang elok elok, kalau terjatuh dalam hutan kira talkinkan aje.

Last sekali kena buat free fall abseiling. Tak lah tinggi mana tapi kecutlah juga perut bila tercampak ke bawah hehehh... part inilah yang paling mendebarkan bagi akak, dik. Akak tak takut pun meluncur 200 meter tu.

Bila dah selesai semua kita akan dijamu dengan buah-buahan. Lepas tu baliklah. Bila dah sampai ke hotel baru teringat di brosur kata dapat t-shirt tapi takde pun...

Kreatif guide ni.

So if you want to feel the adrenaline rush, zipline is a must do if you are in Phuket.

Post a Comment

0 Comments