Mudahnya mendapatkan makanan halal di Chiang Mai. 12 Lokasi restoran untuk anda cuba masakan utara Thailand



Mudahnya mendapatkan makanan halal di Chiang Mai. 12 Lokasi restoran untuk anda cuba masakan utara Thailand | Masyarakat Islam di Thailand berjumlah empat peratus daripada keseluruhan penduduk dan berstatus minoriti. Kebanyakannya bertumpu di Bangkok dan selatan Thai. Penduduk di Sungai Golok, SatunYala, Pattani dan Narathiwat adalah komuniti Melayu-Siam yang beragama Islam dan berbahasa Thai serta Bahasa Melayu dialek Kelantan. Oooo kecek Klate kito.


Selain daripada Bangkok dan selatan Thai, warga beragama Islam bertebaran di pelbagai daerah dan wilayah akibat penghijrahan, dakwah dan perkahwinan. Di Chiang Mai, masyarakat Islamnya tidaklah terlalu ramai dan bertumpu di kawasan bandar. Mereka ini terdiri daripada chinese muslim yang datuk neneknya berasal dari Yunnan, China. Ada juga dari India selatan dan sebahagian kecil pula dari Myammar.

Masjid Hidayatul Islam Banhaw berdekatan Night Bazaar menjadi masjid utama di Chiang Mai. Kawasan Ban Haw dan Sanphakoi didominasi etnik Yunnan malah masjid tersebut dibina oleh mereka selain enam masjid Cina yang lain di bandar ini. Manakala kawasan Chang Peuak and selatan Changklan didominasi orang Asia selatan seperti Benggali. Perkampungan yang bermula seawal 1830 ini turut memiliki Masjid An Nur berwarna hijau-putih yang terletak di Chotana Road, selepas Chang Peuak Gate.

Mendapatkan makanan halal di bandar Chiang Mai yang tenang ini tidaklah susah cuma agak mencabar sedikit bila ke luar kota. Sama ada kita berlapar sehingga balik ke city centre, bawa bekal atau makan seafood dan sayuran di mana-mana restoran.


Lokasi untuk mendapatkan makanan halal di Chiang Mai

Tips penting: Carilah masjid!

1) Halal Street Hilal Town (berdekatan night bazaar)
Ini kawasan di sekitar Masjid Hidayatul Islam Banhaw sepanjang 200 meter. Ada banyak kedai makan Islam di sini. Nak citarasa Thai atau Cina, semua ada.




2. Khao-Soi Islam (082-3920142 / 095-4472557)
Alamat: 22-24 Charoenprathet Rd Soi 1, Muang Chiang Mai 
(berdekatan Masjid Hidayatul Islam Banhaw)

Waktu beroperasi: 10 pagi – 6 petang (Jumaat tutup)
Harga: THB30-50 setiap satu

Restoran ini terkenal dengan resepi asli Khao Soi - egg noodles with coconut curry broth tops with dried condiments. Kalau tour guide aku suggest mee ni mesti aku try. Aiyoo rugi. Menu lain yang popular ialah Thai beef briyani (khao mok neua). Cubalah bila ke Chiang Mai.


3. Anusarn Market
Hanya 200 meter daripada Masjid Hidayatul Islam Banhaw, banyak halal food yang ditawarkan sama ada nak selera Thai, Arab, India atau Cina. Walau pun makanan Arab dan India tu sedap tetapi perhati dulu harga sebelum order, takut berderau darah bila terima bil  😂😂😂


4. Box Shop
Alamat: 185/6 Changklan Road.

Jika dari Anusarn Market, jalan terus melepasi Royal Princess Hotel.


5. Masjid At Taqwa atau San Pa Koi Mosque
Alamat: 141 Bumrungraj Rd Soi 2.

Ada halal mini market bersebelahan . Restoran makanan halal pun ada. Kalau berjalan kaki dari night bazaar tu dalam 20 minit.


6. Gerai Chicken Biryani 
Dekat Chiang Mai Gate (malam sahaja), depan of 7-Eleven. Di weekend night market pun ada.

IMG_4636new
Sumber di sini.

7. Tang Jai Tham Halal Cuisine
Tak jauh dari Chiang Mai Gate. Berpeluh aku tawaf mencarinya huhuu... salah jalan. Padahal kalau ikut jalan sebelum The Dorm Chiang Mai tu dekat sangat.




8. Yaring Cuisine (+66 53 234 414)
37 Old Changmoi Road, Chiang Mai 50300, Thailand
Waktu beroperasi: 10 pagi – 8 malam

Restoran ini milik warga Malaysia yang juga memiliki hotel muslim friendly sendiri.
Sumber Yaring Cuisine.

9. Baan Pi Huen Nong Halal Restaurant (053-963438 / 098-8892688)
Alamat: 349/1 Moo 5, Super Hightway (Chiang Mai - Lampang) Rd., Yang Noeng, Saraphi, Chiang Mai 50140
Waktu beroperasi: 11 pagi - 10 malam

Satu-satunya restoran di Chiang Mai yang menghidangkan Khan Toke Muslim, makanan utara Thai dalam peralatan kayu. Restoran dengan binaan kayu keras ini berkonsep terbuka, boleh makan di meja atau duduk bersila. Setiap hari ada cultural show bermula 7.30 malam. 



10. Babylonian Iraqi Restaurant
Alamat: MAYA Lifestyle Shopping Center, Chiang Mai. 
Waktu beroperasi: 11 pagi – 10 malam

MAYA ni tak jauh dari One Nimman shopping gallery yang baru tu. Restorannya di tingkat empat. Mereka juga ada outlet di Kalare Night Bazaar. Aku makan cheese naan, lembut dan sedap! THB120 sekeping 😭


11. Fatimah Burger House (+66 53 820 690)
Alamat: Charoen Prathet 1 Alley, Tambon Chang Moi, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50100, Thailand (depan Masjid Hidayyatul Islam)
Waktu beroperasi: 9 pagi - 9 malam
Harga : THB50- 200 setiap satu

Kedai ini famous dengan homemade burger mereka sendiri. Pizza, fish and chip, tuna salad dan steak dihidangkan dengan porsi yang besar, boleh dimakan dua orang. Makanan Thai pun ada.

12. Mae Guan Udomtara Dam
- Sebuah restoran di empangan. Aku tak berani kata ini restoran halal sebab tak tak tengok pun menunya tetapi tour guide dah order ikan dan udang goreng garing, seafood tomyam dan sayur. Punyalah banyak ikan dan udang tu... sayang kalau tak dihabiskan 😁😁. Memang lapaq sungguh time tu sebab makan awal pagi tu ja.


So.. don't worry about halal food when travel to Thailand. Jika di bandar insyaAllah ada saja restoran yang memenuhi keperluan muslim.


***
I really appreciate if you can share this article with your friends. Halal food is for everyone.







Post a Comment

2 Comments

  1. Excellent, what a website it is! This web site presents valuable data to
    us, keep it up.

    ReplyDelete
  2. Blh jadi rujukan.. teringin nak ke Chiang mai n chiang rai juga ni kak...

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.