Food Review | Koffee Kabin | Helloooo..!
Hah, tetiba ada food review pula kat sini. Sesekali ai pun makan di luar juga macam orang lain. Tukang masak pun nak merasa juga air tangan orang lain sambil mencari idea memasak untuk Geng Bas Sekolah.
Lately ni, selepas menghantar bos dan si bongsu aku agak kerap mencuba roti canai dan teh tarik di kedai berlainan di sekitar taman perumahan berhampiran. Setakat ini sudah ada dua yang ku rasakan sedap. Roti canai yang 'menjadi' seharusnya garing di luar tetapi lembut di dalam. Roti canai pepagi je, makan tengahari kekadang aku test juga sebab dah tinggal sensorang kan? Masak lauk untuk GBS tapi aku makan di luar hehee... nak reward diri sendiri kononnya.
Ahad lepas aku mencari tempat makan best di Senawang so I decided untuk try KoffeeKabin tapi tak order kopi pun sebab pada hari tersebut dah minum kopi di rumah. Tak elok minum bebanyak, ada kaffein. Aku order teh lemon panas, chicken chop dan pengat labu. Saja je nak try pengat labu sebab tak biasa makan.
Okay, ni komen aku.
Teh lemon - biasa je lah. Air teh boh lemon.
Chicken chop - dari segi harga di kafe Senawang... reasonable, porsi french fries pun besar. Kenyang weh. Kalau order Nasi Goreng + chicken chop lagi untung baru RM14.90 je. Mungkin ayam/breadcrumb tu kena letak garam sikit lagi kot. Aku pun tak terfikir nak minta garam daripada waiter. Coleslaw pula... aku suka jika lebih mayonis. I kalau makan di luar tak ambil kira berapa banyak lemak, kalori segala nih, tau nak makan sedap secukup rasa je.
Pengat labu? Kuahnya seimbang, tidak terlalu manis. Terasa lemak santan dan gula melakanya.
Disebabkan tiada regu nak berlawan makan, ai mampu makan satu hidangan je. Itu pun terasa kenyang hingga ke malam. Perut ai semakin mengecut agaknya (gituhhh). I would suggest, sebelum order makanan tengok sekeliling dahulu. Kalau porsinya terlalu besar buat you seorang, share je lah. Buat apa order dua then buang, kan? Please jangan buang rezeki. I tau duit you banyak but please don't, okay?

Harganya boleh tahan. Yang aku pelik kedai tepi jalan yang tak bayar sewa pun caj begini.
Minuman yang diberi nama mengikut daerah.
Inilah KoffeeKabin.
Di mana lokasi KoffeeKabin Senawang?
Okay, kalau anda menggunakan LEKAS menuju ke Senawang, anda akan jumpa Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di sebelah kiri. KK bebetul di belakangnya.
No 435 Jalan Pusat
No 435 Jalan Pusat
Jalan Bandar Senawang 18
Pusat Bandar Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-675 7473
Waktu perniagaan: 9:30 pagi–11:30 malam
***
Bulan ini jjcm kedai makan Senawang.
3 Comments
Lom pernah gi sini lagi. Tapi rasa harga okey kan kak. :)
ReplyDeleteRasanya harga standard restoran. Nasi + chicken chop tu murah
ReplyDeleteharga makanan dan minuman koffeekabin agak berbaloi. next time nak datang sini, roger la kak, saya duduk dekat Senawang. Boleh sembang-sembang pasal travel hehe
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.