Menara Kuala Lumpur @ KL Tower yang masih relevan dalam industri pelancongan | Dalam program Eat.Travel.Write & Doodle ft Citrawarna 2017 anjuran Gaya Travel, Menara Kuala Lumpur turut menjadi salah satu destinasi lawatan kami selepas menyaksikan larian kanak-kanak Kids Eco Dash.
Pelancaran program Eat Travel Write & Doodle 3.0 oleh Dato' Rashidi.
Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara telekomunikasi yang berketinggian 421 meter. Ia terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 meter dari paras laut menjadikannya lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas (KLCC). Mula dibina pada tahun 1993 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.
Rekod terkini, Menara Kuala Lumpur merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Ia pernah menjadi yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia. Well... kata orang rekod mesti dipecahkan, tak gitu? Maka sekarang Tokyo Skytree sedang leading dalam 'perlumbaan' ini.
Masa aku kecil dulu, ada cable car di Bukit Nanas ni. Bukan kereta kabel seperti di Langkawi tu... yang di sini jenis terbuka seperti di Western Hill, Kunming. Boh palang besi gitu je. Syok baq hang hehee...
Setakat ini sahaja dapat zoom.
Mengapa Menara KL menarik?
Berdasarkan pemerhatian, Menara Kuala Lumpur dikunjungi ramai orang pada hari Sabtu tersebut. Menurut staf bertugas setiap hari ia dikunjungi kira-kira 2000 pelawat dari dalam dan luar negara dan meningkat seribu lagi di hujung minggu. Not bad considering it has start receiving visitor since 1996! Sudah 21 tahun beb!
1. Ia salah satu mercutanda Kuala Lumpur. Haruslah masuk dalam wish list kan?
2. Pelancong melawat Menara KL untuk mendapatkan pemandangan 360 darjah kota kosmopolitan Kuala Lumpur. Lif hanya mengambil masa 54 saat naik ke dek pemerhatian yang juga menempatkan "sky box". Ambil gambar di dalam kotak kaca tu memang WOW. Gempak giler gambar... itupun kalau hang tak gayatlah. I ok je.
Bagusnya di sini, kita dibenarkan mengambil gambar menggunakan kamera sendiri tetapi hanya boleh berada di sky box ini selama dua minit sahaja.
KLCC dar restoran berputar Atmosphere 360.
Hutan batu.
3. Makanan di restoran berputar Atmosphere 360 sangat sedap! Pilihan pun banyak. Tempahan perlu dibuat untuk makan di sini.
4. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.
5. Di luar bangunan ada Upside Down House.
6. Di luar juga ada mini zoo dan hutan dalam bandar, Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.
Tujuan pembinaan Menara Kuala Lumpur
Dibina untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan kejelasan penyiaran, Menara KL adalah simbol Kuala Lumpur.
Struktur ini dibahagikan kepada lima bahagian asas:
1. Rumah-rumah asas asas tiga tingkat bawah tanah untuk tujuan keselamatan, penyimpanan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
2. Bangunan pelancongan menanggung pejabat pentadbiran, kedai cenderamata dan 146 meter medan pejalan kaki panjang dengan kolam renang yang melata.
3. Aci menara terdiri daripada 22 peringkat dengan empat lif dan tangga dengan sejumlah 2,058 langkah.
4. Kepala menara memegang platform pemerhatian awam (276 m) dan restoran berputar, serta telekomunikasi dan stesen penyiaran.
5. Antena mast memahkotai menara dan digunakan untuk telekomunikasi dan penyiaran penghantaran. Rujukan wikipedia.
Bagaimana untuk ke Menara KL menggunakan pengangkutan awam?
Naiki monorel dan turun di stesen Bukit Nanas atau gunakan LRT dan turun di stesen Dang Wangi. Berpeluh jugalah berjalan tapi apa salahnya kan?
Jika anda masih belum melawat Menara KL, lakukannya bersama keluarga bulan ini. Nak tunggu bila lagi?
Menara Kuala Lumpur
No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.