Islamic Art Museum | The largest museum of Islamic arts in South East Asia



The largest museum of Islamic arts in South East Asia | Teringat kata-kata Tan Sri Mokhtar Al Bukhary, "kalau nak tunggu hutang habis baru nak bersedekah, bimbang kita mati sebelum hutang selesai dibayar".


Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur telah dibina oleh Yayasan Al Bukhary milik bilioaire negara, Tan Sri Mokhtar Al Bukhary. Yayasan ini yang menumpukan kepada pendidikan mahukan umat Islam menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang kerana percaya hanya dengan ilmulah dapat merubah pemikiran dan cara manusia bertindak. Ilmu juga dapat memberikan kefahaman yang lebih baik antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Image result for islamic arts museum malaysia
Sumber di sini.

Muzium Kesenian Islam Malaysia yang dibuka pada 12 Disember 1998 merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Bangunannya direka oleh rakyat Malaysia yang mempamerkan keindahan senibina Islam dengan ciri yang paling menonjol adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar, sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan.


Muzium ini berada di kawasan hijau Perdana Botanical Gardens, bersebelahan dengan Masjid Negara. Ia juga berdekatan Taman Burung Kuala Lumpur dan Planetarium Negara. Muzium Kesenian Islam mempunyai 12 galeri utama yang diklasifikasikan mengikut jenis artifak. Kini ia menyimpan sehingga 7 ribu artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik Islam dari pelbagai negara. 

Muzium bertema ini sangat educational. Koleksinya sangat banyak, unik, bernilai tinggi dan dilabel dengan baik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab. Di sini kita dapat melihat hasil kerja seni masyarakat Islam sejak ratusan tahun dahulu, sejak zaman kuno hinggalah ke dunia moden hari ini. Jika buku teks sekolah hanya memaparkan gambar baju besi yang digunakan semasa peperangan, di muzium ini kita dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri. Ia juga memiliki perpustakaan mengenai buku-buku kesenian Islam. Kagum sangat dengan kemampuan orang dahulu kala yang mampu menulis ayat al quran dalam skala yang sangat kecil. Hebatnya mereka!

Sewaktu ternampak al quran kecil yang berusia 300/400 tahun tetiba teringat sesuatu cerita. Hmmm... milik beliau kah? Menurut staf bertugas, ada juga koleksi milik peribadi di sana. Mungkin tujuannya untuk berkongsi... tengok sensorang tak untung. Mudah je nak kumpul pahala ni, kongsikan sesuatu yang baik.

Dalam setiap seksyen yang luas ini ada banyak bahan yang kita boleh lihat dan amati. Ada bahagian fesyen, penjilidan buku, rekabentuk pistol dan pedang, perabot dan bahan seramik, fabrik serta pakaian, wang syiling dan pelbagai lagi yang digunakan di zaman dahulu. Sehelai kiswah iaitu kain yang menutupi Kaabah turut dipamerkan. Ingatkan dedulu mereka guna pedang saja rupa rupanya pistol bangsawan dan penguasa dahulu kala bukan main gempak. Siap ada kepala harimau! Tengok pistol pun dah takut, belum kena tembak lagi 😁😁

Di Galeri Senibina terdapat set Masjidil Haram berskala kecil. Bilik The Standard Chartered Ottoman mempamerkan hiasan sebenar abad ke-19 di rumah keluarga Ottoman Syria.

Jika diperhatikan setiap artifak tersebut adalah barangan yang sering digunakan seharian. Contohnya pakaian, perhiasan wanita dan baranagan seramik. Ia cantik serta unik dan digunakan di rumah atau istana. Ia bukan sekadar perhiasan yang disimpan dalam almari. Orang Islam biasanya tidak menggantung potret untuk dikagumi seperti di Eropah. Kita lebih praktikal. Buku-buku pula digunakan untuk menyebarkan syiar islam.

Jom tengok sebahagian artifak di sini.

Perhiasan wanita


Kalau nak hantaran barang kemas serba berdiri, minta yang begini dik, bila nak cari modal untuk deposit rumah boleh jualkan satu persatu 😜.


Senjata





Pakaian rasmi

Cap mohor
Dulu senang cap mohor dibuat dalam bentuk cincin atau berantai seperti di bawah, mudah dibawa kemana mana.

Bekas menyimpan perhiasan

Sepasang pemberat permaidani kurun ke-18M/12H dari Canton, China

Kendi air
Berdebar nak basuh tangan hehehe..

Kedai di tingkat bawah ini menjual banyak barangan yang menarik. Mata tertangkap pada fridge magnet dan shawl dengan design eksklusif.
Image result for islamic arts museum malaysia


Adalah penting untuk menjaga keberadaan muzium seperti ini supaya sejarah tetap terpelihara. Tiada yang baru tanpa yang lama. Setiap penciptaan sesuatu barangan dan alatan menceritakan sesuatu di waktu itu. Semoga generasi kini dan akan datang menghargai apa yang telah dicipta oleh orang islam dahulu dalam bidang sains, seni, dan budaya. Ingatlah, Islam pernah hebat suatu ketika dahulu. 

Masa yang perlu anda peruntukkan di sini seelok-eloknya tiga jam. Mengambil gambar dibenarkan tetapi mestilah tanpa penggunaan lampu denyar (flash) kerana ada bahan pameran yang sensitif terhadap cahaya.

Muzium ini turut mengadakan pameran sementara dengan tema tertentu. Terkini adalah seperti di bawah. Pastikan anda selalu menyemak www.iamm.org.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Pameran khas yang sedang berlansung di Muzium Kesenian Islam
Seni Jilid Islam / Islamic Book Binding
Galeri 2
8 Mei - 31 Disember 2017 / 11 Syaaban 1438H - 12 Rabiul Akhir 1439H

"Faith Fashion Fusion"- Gaya wanita muslim di Australia
Galeri Khas 1
2 November 2017 - 28 Januari 2018


Waktu beroperasi:
Isnin hingga Ahad dan cuti umum
10 pagi - 6 petang

Tiket Masuk:
Dewasa                                         RM14
Kanak-kanak (6 tahun kebawah)  PERCUMA
Pelajar (dengan kad pelajar)         RM7
Warga emas (55 tahun keatas)      RM7

Tiket dijual dengan harga RM12 dan RM6 sekiranya galeri khas ditutup.
*Caj GST 6% dikenakan


Islamic Arts Museum Malaysia
Jalan Lembah
Kuala Lumpur 50480, Malaysia
Tel: +60 3-2274 2020
https://www.iamm.org.my/



Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.