Citrawarna 2017 berlansung dengan gahnya! Semenjak diperkenalkan pada tahun 1999, program Citrawarna menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara. Tahun ini ia kembali dengan hasil terbaik membuktikan budaya dan warna ada perkaitannya.
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September lalu iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan. Mengambil kira semua itu, edisi Citrawarna kali ini diberikan tema “The Sunrise, The Green and The Echo Within”.
Aktiviti bermula dengan program larian pagi "Kids Eco Dash" kanak-kanak 4-12 tahun di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Meriah betul perkarangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dengan kanak-kanak yang dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan umur. Yang kecil masih ngak ngerti dinamakan "caterpillar", yang mak pak ikut berjalan berlari bersama 😃. Program ini untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti luaran sambil menghargai alam semulajadi. Sesuai sangatlah dibuat dalam hutan di tengah bandar Kuala Lumpur tu.
Lompat ikut abang ye!
Seriusnya dia nak menang.. kalau berlumba dengan acik kalah acik ni dik.
Petangnya bermula jam 4.30 di Dataran Merdeka, Cillax Zone dibuka. Sambil menunggu acara utama perasmian Citrawarna 2017 para pengunjung yang datang diminta untuk membawa bersama sebatang anak pokok sebagai simbolik kempen hijau. “Bring Your Own Plant” ini ialah kolaborasi antara LOCCO (Local Companion) dan Daun. Pengunjung juga digalakkan menggunakan carbon-free public services like LRT and MRT. Eh buat apa nak drive kan? Naik MRT terus ke Dataran Merdeka. Naik LRT turun di Masjid Jamek. Senang.
Sementara hari masih siang pengunjung lepak santai di kawasan yang disediakan. Saja nak duduk dengan keluarga dan kengkawan sambil makan minum dan bermain congkak ke... nak bersandar di bean bag sambil membaca majalah Gaya Travel ke... nak main teng teng dan lompat getah ke... melawat gerai pameran ke... ada gerai seramik, batik, lukisan cat air, karikatur ermm... apa lagi eh? Masa dapat diisi dengan berfaedah dan gembira. Nak bersantap pilih saja mana food truck yang berkenan di hati.
Ruang untuk kita meluahkan rasa #SayangMalaysia pun ada. Sayang tak? Mestilah sayang kan? Kalau sayang jangan buang sampah merata-rata. Dah guna toilet tolong flush. Kalau guna toilet duduk tolong duduk bukan mencangkung. Faham?
Aktiviti di Chillax Zone ketika Citrawarna berlansung.
Main lompat getah yang mengimbau kenangan lalu. Seronok pelancong-pelancong mencuba.
Kemain dia bergambar.
Mahukan nama anda dalam bentuk kaligrafi? Atau mahukan hiasan dinding yang unik sebagai cenderahati? Emelkan pertanyaan kepada artcalligrafia@gmail.com .
Bapanya lebih hebat dapat melukis, anaknya pula serasi dengan seramik. Ada banyak produk yang mereka hasilkan melalui syarikat Bangkita Ceramic Studio. Emel je bangkitaartsstudio@gmail.com kalau nak tempah .
Mungkin ada yang bertanya, bagaimana nak solat jika dari petang membawa ke malam sudah berada di padang Dataran Merdeka? Kita kat Malaysia dik, kat underground DM tu ada surau. Ala..kalau solat atas padang tu pun apa salahnya kan? Kalau rajin boleh ke Masjid Jamek yang semakin berseri dengan projek River of Life. Cantik gilos!
Hampir jam 9 malam acara gilang-gemilang pun dimulakan setelah ketibaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz. Ramai juga VIP dan pegawai pelancongan yang datang, pengarah hebat Datuk Shuhaimi Baba dan Kavita Kaur pun ada. Persembahan kali ini merupakan kombinasi unik tarian, teater, musikal dan parades.
Dato' Seri Nazri berkata kementeriannya berharap Citrawarna tahun ini menjadi tapak untuk menghantar mesej betapa pentingnya alam bukan sahaja dalam bentuk budaya tetapi kesenian, warisan dan gaya hidup. Pada masa yang sama acara ini menjadi alat promosi kepada eko-pelancongan melalui nyayian, tarian, pencahayaan dan bunyian. Gabungan persembahan yang menampilkan pelbagai komuniti seperti Melayu, Cina, India, Siam dan orang asli sungguh menarik. Pastinya Bhangra mix lah best! Bergoyang badan.
A major landmark in the city, menara jam setinggi 41 meter di bangunan Sultan Abdul Samad.
Galeri Kuala Lumpur.
Fasa pertama yang telah berjaya disiapkan dalam projek River of Life. Cantik sangat Masjid Jamek sewaktu air tu keluar, berwap bagai di kayangan.
Dato' Seri Nazri sedang membuat ucapan perasmian.
Teater muzikal dalam 'MRT'.
Suku Mah Meri dari Selangor.
Ngajat dari Sarawak.
Berlatar belakangkan sawah padi di Sekinchan, Selangor.
Ning Baizura.
Bila acara yang berkonsepkan budaya ini tamat, tamat tu bila Pak Menteri join joget lambak heheh... (ingat senang ke jadi menteri budaya nih?... pinggang tak boleh keras, kang kena kutuk hahaha...) acara bersambung dengan persembahan penyanyi jemputan. Bermula dengan Ning Baizura, kemudian Shanel diikuti buskers... Aku masih hafal lagi lagu-lagu Ning Baizura daripada killer album dia dulu tu. Minat sangat dengan lagu-lagu dia yang dulu... siap beli kaset original lagi tapi bila dah jumpa dia dalam satu event tu tak nak minat dia dah hahah... aku nak minat chef-chef aje lah, pandai juga memasak kesudahannya. Kenyang perut suka hati gituh.
Selepas persembahan busker tu aku tak tengok dah, ikut rombongan Eat Travel Write Doodle 3.0 balik ke hotel. Cuak pula nak balik sensorang naik Grab/Uber/teksi/whatever.
Tahun depan 2018, kita akan mulakan kempen pelancongan untuk tahun 2020. Pasti lebih banyak acara menarik telah dirancang terutamanya dalam mengekalkan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah KEEMPAT TERBAIK DUNIA.
Nantikan Citrawarna 2018 pula ya, pasti best!
2 Comments
Hi & Assalamualaikum Ruggedmom! Thanks ya for the review! Senang-senang nanti boleh ngeteh-ngeteh kolaborasi 😊
ReplyDelete-artcalligrafia @ Art Calligrafia Mohamad
Memang cantik pun kaligrafi tu. Tahniah!
DeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.